Cikgu Lee
    <description>Cikgu Lee</description>
Bangunlah Sayang
    Saya ada temujanji dengan seorang tamu yang baru sahaja  dikenali. Kami pernah berjumpa sekali sahaja dan selebihnya kami berhubung  melalui telefon. Disebabkan perjumpaan pertama yang agak singkat saya kurang  pasti sama ada saya masih meningati wajahnya atau tidak. Dia mengajak saya  berjumpa di lobi sebuah hotel.         Semasa saya tiba di lobi hotel, ada dua orang sedang duduk  di sana. Salah  seorang daripadanya sedang menunggu kenderaannya. Tidak langsung tidak  memandang ke arah saya. Tumpuannya pada kenderaan di luar hotel. Saya pasti dia  bukan orang yang ingin saya jumpa.    ... (more)</description>
Anak Orang
    Menurut berita yang terkini, seramai 16 orang pelatih  Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) telah meninggal dunia sama ada semasa  menjalani latihan mahupun tidak lama setelah tamat menghadiri program  tersebut.  Jika dibandingkan dengan  jumlah pelatih yang telah tamat program ini berjumlah beratus ribu angka 16 ini  adalah terlalu kecil. Kalau dimasukkan dalam satu perbarisan, 16 orang daripada  beratus ribu tidak penting malahan biarpun mereka tidak wujud langsung ia tidak  memberikan sebarang kesan langusng kepada jumlah yang sebegitu besar.        Namun begitu setiap mereka yang... (more)</description>
Kerja Sampingan
 Kebanyakan daripada kita lebih mengutamakan kerja sampingan  daripada kerja rasmi. Ramai orang menghabiskan lebih banyak masa untuk  menguruskan kerja-kerja sampingan daripada kerja dan tugas rasmi. Ramai orang  mudah terpengaruh dengan kerja sampingan yang dilakukan dan mengurangkan  timbangan untuk kerja rasmi. Ramai juga orang mendapat kenaikan pangkat dan  anugerah kerana kerja-kerja sampingan.         Memang telah menjadi isu dan rahsia terbuka bahawa ramai  guru memeberi kelas tambahan atau kelas bimbingan di luar bilik darjah untuk  mencari pendapatan tambahan. Ada  yang meminta... (more)</description>
CCTV
Selepas kes pembunuhan seorang Pembantu Menteri Sabah wanita di sebuah hotel terkemuka di Kota Kinabalu. Hotel tersebut telah dilengkapi dengan kemudahan televisyen litar tertutup atau CCTV (Closed Circuit Television). Walaupun pemasangan CCTV di hotel tersebut tidak dapat membantu penyelesaian kes pembunuhan yang pernah menjadi bualan kedai kopi tetapi ia sekurang-kurangnya telah memberi amaran kepada mereka yang ingin melakukan perkara-perkara yang tidak baik di hotel tersebut. Dengar khabar langganan kamar di hotel tersebut bertambah selepas kes pembunuhan itu.
Tayangan video yang... (more)</description>
Kucing dan Harimau
      <description>Bagi mereka yang sudah lama menggunakan email tentunya banyak menerima pelbagai email yang membuat berbagai-bagai tawaran istimewa. Semua tawaran ini cukup menarik sehinggakan kita amat teringin untuk mencubanya. 
Di antara tawaran yang paling popular ialah skim cepat kaya. Caranya mudah dan sekali imbas cukup logik. Kita diminta mendaftar menjadi ahli dengan bayaran sejumlah wang sebagai pelaburan asas. Selepas itu kita dikehendaki memperkenalkan skim ini kepada 8 orang yang lain dengan pelaburan yang sama. Cara ini diteruskan. 
Jika orang yang kita perkenalkan itu berbuat seperti... (more)</description>
Bocor Lagi
Soalan peperiksaan UPSR bocor lagi. Kali ini seorang lelaki yang mengakui dirinya seorang guru mendakwa mendapat soalan Bahasa Malaysia and Matematik bocor. Belia mendapat soalan tersebut sebelum peperiksaan dijalankan. Ada juga laporan mengatakan bahawa soalan-soalan diperolehi dengan mudah di negeri Kedah sehingga guru-guru mengumpul pelajar untuk membuat latihan terakhir.
Adakah dakwaannya itu benar? Bagi saya besar kemungkinan ianya benar. Sudah banyak kali soalan peperiksaan pada pelbagai peringkat bocor. Sayangnya tidak ada tangkapan, hukuman atau penyelesaian yang sebenar... (more)</description>
Mahu Ke Mana?
Semasa pendudukan Jepun di Malaya kita pernah dipaksa untuk menyanyikan lagu kebangsaan Jepun. Kita dipaksa mempelajari bahasa Jepun. Kita dipaksa menggunakan wang Jepun. Kita dipaksa menghormati orang-orang Jepun.
Selepas kemerdekaan, kita mempelajari Bahasa Malaysia, Bahasa Kebangsaan. Harapan kita agar dengan adanya satu bahasa perantaraan utama yang digunakan oleh rakyat yang berlainan keturunan dan latar belakang, kita akan dapat bersatu padu. 
Kita menterjemahkan segala macam bahan pendidikan yang boleh untuk membolehkan pelajar-pelajar kita mempunyai bahan pelajaran yang... (more)</description>
Kembalilah
Dalam satu jamuan makan malam amal untuk mengisi tabung sekolah kanak-kanak kurang upaya, seorang bapa dijemput untuk memberikan ucapan. Ucapan beliau meninggalkan kesan yang amat mendalam pada setiap orang yang hadir pada malam itu. Ucapannya akan kekal sehingga selama-lamanya.
Setelah berterima kasih kepada pihak sekolah serta kakitangannya yang bertanggungjawab, beliau memulakan ucapan dengan satu soalan. 
“Pada kebiasaanny, jika tidak ada sebarang pengaruh luar hukum alam semulajadi akan menentukan segala kesudahannya dengan kesempurnaan. Akan tetapi anak saya, Shay, tidak... (more)</description>
Cakap-cakap
Salah satu masalah besar yang dihadapi oleh guru-guru di sekolah ialah pelajar-pelajar yang suka bercakap. Salah satu masalah besar yang dihadapi oleh orang-orang penting yang menyampaikan ucapan juga merupakan penonton yang suka bercakap. Pendek kata jika orang lain bercakap semasa kita sedang bercakap, ia mendatangkan masalah, atau sekurang-kurangnya rasa tidak senang.
Percakapan pelajar-pelajar menjadi masalah apabila ia mengganggu proses penngajaran dan pembelajaran atau ia mengganggu sesuatu perjalanan majlis atau upacara. Masalah percakapan pelajar menjadi lebih serius apabila... (more)</description>
Duit Raya, Duit Belanja
Hari Raya Aidil Adha, Hari Raya Aidil Fitri, Deepavali,  Krismas dan Tahun Baru Cina adalah perayaan yang ditunggu-tunggu oleh  kebanyakan orang. Bagi kanak-kanak, inilah masanya untuk mendapatkan duit raya  atau ang pao daripada ibu bapa, sanak saudara and keluarga sahabat handai. Ang  Pao, duit raya atau apa jua wang yang diberi ketika perayaan datang dalam  pelbagai bentuk. Ang Pao memang berwarna merah bungkusannya. Bungkusan duit  raya berwarna hijau sementara bungkusan unggu diberikan ketika perayaan Deepavali.        Duit Raya, ang pao atau apa sekali duit yang... (more)</description>