|
Saya menerima email daripada seorang bapa yang meminta pandangan saya. Emailnya saya paparkan di bawah tetapi namanya saya rahsiakan. Selamat petang Cikgu Lee, Surat Pembaca yang disiarkan dalam Berita Harian tersebut adalah seperti berikut: - Rencana & Pendapat - WAJARKAH murid Tahun Dua berumur lapan tahun dihukum ketuk ketampi 200 kali kerana gagal menjawab soalan mengenai perkara yang membatalkan wuduk?
Jika benar apa yang ditulis oleh Mak Long, maksud saya apa yang berlaku sama seperti yang ditulis, maka ia amat sedih, tetapi bukan perkara yang ganjil. Saya pernah menulis tentang hukuman guru di sekolah dan meminta agar dinilai semula hukuman yang diberikan oleh guru terhadap pelajar-pelajar mereka. Untuk bacaan lanjut sila rujuk Menilai Semula Hukuman Guru Di Sekolah. Anatara lain saya mengatakan bahawa: Denda dan hukuman terhadap mereka yang bersalah adalah patut untuk menyedarkan mereka yang bersalah bahawa apa yang mereka lakukan itu salah. Hukuman yang dijalankan juga diharap akan dapat ingatan kepada mereka supaya kesalahan yang sama tidak akan diulangi. .... Hukuman yang berkesan adalah hukuman yang memberi peluang kepada pelajar mengubah sikap serta memahami sebab mengapa mereka didenda. Hukuman yang tidak diperjelaskan tujuannya akan menyebabkan pelajar dendam kadang-kadang sampai seumur hidup lamanya. Jika kita tidak mahu melahirkan generasi yang terkawal oleh emosi kita sendiri harus menjauhi perbuatan menghukum, mendenda malah memarahi dengan emosi. Apa yang berlaku telah berlaku. Hukuman yang dirasakan tidak setimpal telahpun dikenakan oleh guru berkenaan dan murid-murid telah mengalami kecederaan. Jadi apakah pula penyelesaian yang terbaik? Saya tidak berhasrat untuk mencampuri hal rang lain. Saya sekadar memberikan pendapat kerana diminta oleh salah seorang bapa kepada anak yang didenda. Jika ibu bapa kepada anak-anak yang telah didenda merasa marah, geram dan ingin membalas dendam, maka tindakan atau cara penyelesaian yang dipilih akan menjurus kearah kemarahan dan memuaskan hati yang marah. Tindakan yang diambil dalam masa kemarahan adalah berbentuk kemarahan jua. Kemarahan akan disahut kemarahan jua. Pihak yang dituduh akan mencari pelbagai alasan untuk mempertahankan diri demi maruah, pekerjaan dan periuk nasi. Pihak yang menuntut bela pula akan mencari apa jua asalan untuk menghalalkan tindakan mereka. Ini bukan cara penyelesaian tetapi memuaskan rasa tidak puas hati. Untuk menyelesaikan masalah dengan baik, kita harus sedar apakah matlamat dan prinsip yang ingin dicapai dalam penyelesaian yang dicari. Tindakan yang diambil nanti mestilah berlandaskan matlamat dan niat kita dalam penyelesaian yang dicari. Pada pendapat saya, matlamat dan prinsip kita dalam hal ini ialah: 1. Tindakan guru menghukum murid-murid yang tidak betul tidak boleh diulangi supaya ia tidak menakutkan murid-murid lain yang berada dalam kelas atau sekolah yang sama. 2. Guru yang melakukan kesalahan, jika didapati dakwaan itu benar, harus diambil tindakan. Apakah bentuk tindakan yang akan diambil terpulang kepada pihak sekolah dan Jabatan Pendidikan. Kebijaksanaan pihak sekolah dan Jabatan Pendidikan harus dihormati. 3. Pihak sekolah atau Jabatan Pendidikan harus mengembalikan kepercayaan ibu bapa dan orang ramai dalam menangani masalah murid-murid yang melakukan kesalahan. Mereka harus diberikan jaminan agar hukuman yang diambil hendaklah setimpal dengan kesalahan yang dilakukan. 4. Murid-murid yang telah didenda haruslah terus diberi peluang belajar dalam sekolah yang sama tanpa dikenakan sebarang tindakan, sama ada secara sengaja atau tidak oleh guru-guru yang lain. Mereka tidak seharusnya dipandang serong atau diberikan layanan berbeza kerana ibu bapa mereka telah membuat aduan. 5. Sebarang aduan hendaklah dilakukan melalui saluran yang betul. Institusi yang sedia ada harus dihormati. Jangan sekali-kali guru terlibat diancam atau dimaki hamun. 6. Walaupun kes ini telah dihebahkan tetapi ia tidak seharusnya dijadikan sebagai ancaman terhadap guru-guru lain yang akan mengambil tindakan disiplin terhadap pelajar-pelajar yang melakukan kesalahan. Pihak sekolah juga tidak seharusnya terlari daripada landasan dan panduan asal mereka dalam hal menangani masalah disiplin pelajar. 7. Yang paling penting, murid-murid jangan sekali-kali dijadikan mangsa jika berlaku sebarang pertelingkahan atau perbalahan. Tindakan menghalang anak-anak daripada pergi ke sekolah atau memboikot sekolah jangan sekali-kali ditimbulkan. Dengan mempunyai peringatan di atas, saya percaya penyelesaian akan dilakukan dengan baik, dengan kedua-dua pihak dapat bertolak ansur and mengeratkan lagi hubungan ibu bapa – guru. Semua pihak perlu memberikan kerjasama, kefahaman dan kesediaan untuk bertolak ansur. Penyelesaian akan menemui jalan buntu tanpa tolak ansur. Saya doakan agar semua masalah dapat diselesaikan dengan niat yang baik. Tulisan saya yang lain mungkin boleh dijadikan rujukan: |
| pn. nora March 1, 2008 06:54 PM PST saya tertarik dgn isu ini. Dan yg paling menarik sekali guru yang DITUDUH itu adalah jiran lama saya. Guru itu bukanlah seorang yang pemarah malah bersikap ambil berat terhadap muridnya. Kejadian tersebut menjadikan beliau amat terkilan. Bukan apa, maklong yg menulis artikel tu tak pernah berjumpa atau bertentang muka dgn guru tersebut. Jika benar tindakan guru itu salah, pikirlah sedara. Logik tak?? 300 kali ketuk ketampi. Boleh pengsan anak-anak kita. Ini budak yg dikatakan itu masih blh berlari waktu Pendidikan jasmani selepas waktu agama tersebut. Bagi saya, ini tak adil. Dan ajaibnya murid itu boleh datang ke sekolah seperti biasa keesokan harinya seperti biasa. Tetapi dengan surat doktor mengatakan kakinya bengkak. Dimanakah guru tersebut perlu bersuara? Jika keikhlasannya dipertikai. Maruahnya tercemar. Di mana keberkatan ilmu itu. Episod cerita tersebut berakhir dgn guru itu tidak menghalalkan ilmunya dek kerana sikap maklong yang bagai melontar batu sembunyi tangan di belakang. Saya juga mendengar selepas itu, keluarga maklong itu berpindah dan mempunyai masalah family. Wahai maklong, pikirlah kembali. Kepada guru itu, saya ucapkan Tahniah kerana tabah menangani masalah ini dengan profesional. Ini contoh pada ibu bapa, pikir dulu sebelum ambil tindakan. Kepada guru-guru, jgn mudah putus asa. Selagi anda berada di landasan yg benar, jgn takut terima cabaran. | ||
| Asif January 4, 2007 10:18 PM PST Sdr, Memang benar susah mengajar anak sendiri. Tetapi harus diingat, guru ialah profession. Dengan yuran yang mahal dan pelbagai kelengkapan diperlukan, adalah normal bagi ibu-bapa berharapan tinggi. Saya setuju bahawa perkara sedemikian perlu ditangani secara lebih rasional, tidak mengikut perasaan marah. Tetapi masalah di SK Kota Warisan ialah Pengetua bersikap angkuh dan PIBG tahun tersebut seolah-olah dikuasai oleh pihak sekolah. Ibu-bapa tidak mendapat penjelasan dan tidak pihak sekolah tidak berminat menyelesaikan secara "dewasa". Tandanya, semasa AGM 2006 bila saya utarakan beberapa kemusykilan, YDP merujuk kepada Pengetua yang bercakap seolah-olah ibu-bapa tidak berhak mengutarakan pendapat. Walaubagaimanapun, saya bersetuju antara punca kelemahan PIBG ialah ibu-bapa sendiri yang tidak berminat mengambil bahagian atau tergesa-gesa berhadapan dengan guru tanpa memikirkan kehadiran pelajar-pelajar sendiri. | ||
| bahtiar July 28, 2004 03:40 PM PDT Cikgu, izinkan saya menyatakan pendapat saya. Saya rasa kes-kes seperti ini sudah banyak berlaku dan dilaporkan di suratkhabar negara kita; tetapi ianya masih berlaku angkara segelintir guru yang ikut perasaan. Guru juga manusia, ada perasaan; dan kerja-kerja mengajar bukan lah perkara mudah. Kalau mudah kenapa kita tak ajar sahaja anak kita sendiri. Saya juga suka jika ada hubungan dua hala antara guru dan ibubapa. Dewasa ini kita ibubapa amat sukar untuk luangkan masa berjumpa guru sekiranya berlaku apa-apa masalah. Terus nak lapor ke pihak media. Hal-hal yang sebegini masih boleh kita bawa berunding. Untuk anak-anak kita juga. Kita sendiri pergi siasat, jangan terus lapor ke balai polis. Kalau dah dihebohkan oleh pihak media, heboh jadi kes polis; anak kita juga yang jadi mangsa; angkara kita nak puaskan rasa marah. Apa-apa pun kita sebagai iibubapa mestilah bertindak rasional; lebih-lebih lagi guru wajib bertindak rasional samada semasa di kelas mahupun dalam kehidupan seharian, kerana guru walau dimanapun tetap akan dijadikan benchmark oleh masyarakat. | ||
| Leave a Comment: |