Cikgu Lee - sebelum, semasa dan selepas menjadi seorang guru
[ Home ]-[ Recent ]-[ Archive ]-[ About Me ]-[ Speaker ]-[ Toastmasters ]-[ Contact Me ]-[ FAQ ]





Nama: Lee Chye Ewe
Lahir: 1961
Tempat: Kuala Krai, Kelantan

Pelajar
SRJK(C) Yuk Chai, Kuala Krai, Kelantan (1968-1973)
SM Sultan Yahya Petra, Kuala Krai, Kelantan (1974-1979)
SM Hamzah, Machang, Kelantan (1980-1981)

Guru
SM Georgetown, Pulau Pinang (1983)
SM Perempuan Cina, Pulau Pinang (1984)
SMK Abdullah, Semporna, Sabah (1985-1988)
SMK Kuhara, Tawau, Sabah (1989-1997)


<< April 2004 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03
04 05 06 07 08 09 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30

Metacrawler Search
Site search Web search

powered by FreeFind

Untuk Dijual

Jaringan

Kem Pelajaran
Portal Pendidikan
Maktab Perguruan
PBSMM Blogroll Cikgu Lee!


Project Petaling Street



Lee Chye Ewe's Facebook profile


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Friday, April 09, 2004
Menilai Semula Hukuman Guru Di Sekolah

Sering kali kita terdengar ibu bapa memarahi anak-anak mereka dengan pelbagai perkataan yang kasar, menghina dan kata-kata yang amat negatif. Kadang-kala ada juga yang sampai menyumpah-nyumpah dengan pelbagai kejadian buruk. Keadaan yang terlalu biasa ini telah menjadi sebahagian daripada budaya kita. Malah adegan demikian turut dimuatkan dalam layar televisyen dan layar perak.

 

Apabila kemarahan ibu bapa sudah tidak dapat dibendung maka anak-anak yang melakukan kesalahan ini akan dihukum dengan pelbagai cara. Yang ringan barangkali menggantung wang saku anak untuk seketika sehinggalah seberat-berat hukuman dengan memukul, merotan dan menampar. Tidak kurang juga yang menyepak dan menendang.

 

Denda dan hukuman terhadap mereka yang bersalah adalah patut untuk menyedarkan mereka yang bersalah bahawa apa yang mereka lakukan itu salah. Hukuman yang dijalankan juga diharap akan dapat ingatan kepada mereka supaya kesalahan yang sama tidak akan diulangi.

 

Namun satu persoalan yang paling besar ialah apakah bentuk hukuman yang dianggap sebagai memadai dan wajar berdasarkan kesalahan yang dilakukan. Oleh kerana tidak ada tatacara kepada ibu bapa apakah bentuk hukuman yang sesuai dikenakan ke atas anak yang merokok, misalannya, maka hukuman yang dijatuhkan berbeza di antara satu keluarga dengan satu keluarga yang lain serta bergantung kepada tahap kemarahan ibu bapa. Pernah berlaku kes ibu bapa mengikat anaknya di bawah pokok dalam keadaan bogel kerana gagal dalam peperiksaan!

 

Dilema sedemikian juga berlaku dalam dunia pendidikan. Sehingga kini, belum lagi ada sebarang garis panduan yang lengkap apakah jenis hukuman yang boleh digunapakai oleh guru-guru untuk menghukum pelajar mereka yang bersalah. Bagaimanakah berat atau ringannya kesalahan seseorang itu disukat dan diukur tidak dijelaskan. Walaupun guru besar dan guru disiplin diberi kuasa untuk merotan pelajar yang melakukan kesalahan serius, piawaian merotan tidak ditetapkan. Apakah jenis rotan yang digunakan, sepanjang mana, sebesar mana, setinggi mana hayunan tangan dan sekuat mana pukulan itu tidak dinyatakan dengan jelas.

 

Kekaburan yang disengajakan ini menyebabkan hukuman di sekolah tidak jauh bezanya daripada hukuman yang dilakukan oleh ibu bapa di rumah. Yang bezanya cuma seseorang guru itu akan didakwa oleh ibu bapa jika hukumannya dianggap melampaui batas. Hukuman ibu bapa pula tidak dipertikaikan.

 

Saya masih teringat salah satu denda yang saya sering gunakan, malah sering juga digunakan oleh guru-guru lain, iaitu meminta pelajar-pelajar berdiri. Kesalahan ringan akan dikehendaki berdiri sementara kesalahan berat akan diminta berdiri di atas kerusi atau meja. Kita semua pernah melalui denda seperti ini.  Apabila saya menjadi guru saya secara automatik meniru denda yang pernah dikenakan terhadap saya dalam menggunakan cara yang sama untuk mendenda pelajar-pelajar saya yang melakukan kesalahan seperti tidak menyiapkan kerja rumah atau melakukan kesalahan pelajaran yang disengajakan.

 

Akan tetapi saya cuma menggunakan denda itu selama 4 tahun. Selepas 4 tahun mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Abdullah Semporna, saya meminta pertukaran ke Sekolah Menengah Kebangsaan Kuhara, Tawau. Suatu hari saya ditanya satu soalan yang tidak pernah terlintas dalam otak saya.

 

Saya mengajar Bahasa Inggeris ketika itu dalam sesi petang. Penyelia Petang saya, Encik Zulkarnain memanggil saya selepas melihat saya mendenda pelajar saya berdiri di atas kerusi. “Lee, cuba bayangkan apa akan terjadi jika pelajar anda tiba-tiba pengsan semasa berdiri di atas meja?”

 

Soalan yang cukup mudah tetapi menusuk cukup dalam ke hati saya. Saya terus merasa gementar dan berpeluh membayangkan jika benar keadaan seperti itu menimpa saya. Saya bernasib baik sebelum ini kerana tidak ada kejadian buruk berlaku. Akan tetapi nasib baik mungkin tidak akan menyebelahi saya buat selama-lamanya. Dengan serta merta saya memberhenti denda seperti itu.

 

Namun pelajar yang melakukan kesalahan berulang masih perlu didenda. Saya memilih denda di sebaliknya. Saya meminta mereka duduk di hadapan kelas. Saya dapati cara ini lebih berkesan daripada berdiri kerana, pertama ia selamat dan kedua, mereka merasa amat malu duduk di hadapan kelas. Rasa malu menyebabkan mereka berubah sikap.

 

Walaupun hukuman tidak digariskan dengan jelas dalam panduan yang diberikan, guru-guru harus peka, berinovatif dan bertenang ketika menjatuhkan hukuman dan dendaan. Kita tidak seharusnya dikawal oleh emosi dan perasaan marah yang melampau.

 

Hukuman yang berkesan adalah hukuman yang memberi peluang kepada pelajar mengubah sikap serta memahami sebab mengapa mereka didenda. Hukuman yang tidak diperjelaskan tujuannya akan menyebabkan pelajar dendam kadang-kadang sampai seumur hidup lamanya.

 

Jika kita tidak mahu melahirkan generasi yang terkawal oleh emosi kita sendiri harus menjauhi perbuatan menghukum, mendenda malah memarahi dengan emosi.


Dicatat pada 10:54 pm oleh cikgulee
(19) Pandangan diberi  

Next Page