Cikgu Lee - sebelum, semasa dan selepas menjadi seorang guru
[ Home ]-[ Recent ]-[ Archive ]-[ About Me ]-[ Speaker ]-[ Toastmasters ]-[ Contact Me ]-[ FAQ ]





Nama: Lee Chye Ewe
Lahir: 1961
Tempat: Kuala Krai, Kelantan

Pelajar
SRJK(C) Yuk Chai, Kuala Krai, Kelantan (1968-1973)
SM Sultan Yahya Petra, Kuala Krai, Kelantan (1974-1979)
SM Hamzah, Machang, Kelantan (1980-1981)

Guru
SM Georgetown, Pulau Pinang (1983)
SM Perempuan Cina, Pulau Pinang (1984)
SMK Abdullah, Semporna, Sabah (1985-1988)
SMK Kuhara, Tawau, Sabah (1989-1997)




Tusyen Secara Online Terkini dan Terbaik Masakini
Custom Search



Untuk Dijual


Free counter and web stats

Lee Chye Ewe's Facebook profile


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Monday, April 05, 2004
Surat Akuan

Apabila membelek sijil-sijil lama saya terjumpa Surat Akuan yang dikeluarkan oleh sekolah asal saya, Sekolah Menengah Sultan Yahya Petra, Kuala Krai, Kelantan.

Saya bersekolah di sana mulai 1974 dalam Kelas Peralihan (kerana saya berasal daripada sekolah rendah Cina) dan tamat pangajian Tingkat 5 pada tahun 1979.

Surat Akuan berwarna merah jambu ditanda tangan oleh Guru Besar ketika itu, Encik S. A. John. Antara kandungannya adalah seperti berikut:

Kegiatan Luar Bilik Darjah
- Presiden Persatuan Seni Perusahaan (1978-1979)
- Naib Presiden Persatuan Ilmu Hisab & Sains
- AJK Persatuan Bahasa Malaysia
- AJK Persatuan Bahasa Inggeris
- Ahli Persatuan Ilmu Alam & Sejarah
- Wakil Rumah dalam Permainan Bolasepak, Bola Tampar dan Olahraga

Watak dan Kelakuan
Seorang murid yang rajin, tegas dan bertanggungjawab. Kelakuan sangat baik dan beliau adalah seorang Ketua Pengawas yang bertugas dengan penuh dedikasi.

Lain-lain Keterangan Am
- Ketua Pengawas 1979
- Mengambil bahagian dalam Perbahasan Peringkat Negeri Kelantan (1978)
- Mendeklamasi Sajak Peringkat Negeri Kelantan (Johan)
- Perayaan Hari Kanak-kanak Sedunia 79 Peringkat Jajahan

Itu adalah di antara catatan kenangan manis dalam hidup saya. Saya masih mengingati guru-guru yang pernah mengajar saya.

Dicatat pada 11:16 pm oleh cikgulee

(1) Pandangan diberi  

Next Page

Tusyen RM33/sebulan Untuk Semua Matapelajaran