Cikgu Lee - sebelum, semasa dan selepas menjadi seorang guru
[ Home ]-[ Recent ]-[ Archive ]-[ About Me ]-[ Speaker ]-[ Toastmasters ]-[ Contact Me ]-[ FAQ ]





Nama: Lee Chye Ewe
Lahir: 1961
Tempat: Kuala Krai, Kelantan

Pelajar
SRJK(C) Yuk Chai, Kuala Krai, Kelantan (1968-1973)
SM Sultan Yahya Petra, Kuala Krai, Kelantan (1974-1979)
SM Hamzah, Machang, Kelantan (1980-1981)

Guru
SM Georgetown, Pulau Pinang (1983)
SM Perempuan Cina, Pulau Pinang (1984)
SMK Abdullah, Semporna, Sabah (1985-1988)
SMK Kuhara, Tawau, Sabah (1989-1997)




Tusyen Secara Online Terkini dan Terbaik Masakini
Custom Search



Untuk Dijual


Free counter and web stats

Lee Chye Ewe's Facebook profile


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Tuesday, April 05, 2005
Hadiah Perkahwinan

Apabila menerima jemputan untuk menghadiri sesuatu majlis perkahwinan, perkiraan pertama yang harus dibuat ialah apakah yang akan dijadikan hadiah kepada pasangan pengantin. Ada orang suka membeli barang kemas dan ada juga yang suka menghadiahkan perkakasan dapur dan sebagainya. Tidak kurang juga yang memberikan wang tunai.

 

Saya pernah dijemput ke pelbagai majlis perkahwinan sahabat handai. Berbagai-bagai jugalah jenis hadiah yang pernah saya berikan. Saya pernah bertanyakan pasangan pengantin apa yang mereka perlukan supaya hadiah yang saya bawa benar-benar sesuai untuk digunakan.


  Pelamin Pengantin Bajau


Saya juga pernah membawakan hadiah yang pada pendapat saya sesuai dan diperlukan oleh pengantin. Akan tetapi biasanya saya lebih suka memberikan wang tunai dalam bentuk ang pao (sampul merah berisi wang). Bagi saya pasangan pengantin boleh menggunakan wang tersebut untuk apa saja.

 

Setahu saya, cara menyerahkan hadiah dalam bentuk wang tunai adalah dengan memasukkannya ke dalam ang pao bagi orang Cina atau diserahkan secara separuh tersembunyi semasa bersalaman. Inilah cara yang sering diamal.



 Bendera orang Bajau dikibar sebagai tanda keramaian.


Suatu perkara yang amat menarik perhatian saya ialah apabila saya dijemput untuk menghadiri satu majlis perkahwinan orang Bajau di Semporna baru-baru ini. Hampir semua jemputan datang dengan tangan kosong. Saya amat hairan. Saya hadir dengan membawa hadiah yang diserahkan kepada tuan rumah semasa ketibaan.


  Ketibaan pengantin baru.



Apa yang saya saksikan agak berlainan sama sekali dengan majlis perkahwinan orang Bajau yang pernah saya hadiri. Saya pernah tinggal di Semporna selama 4 tahun semasa bertugas di sana.



 Penyanyi menghiburkan para hadirin.


Majlis berjalan seperti biasa dengan kedua mempelai bersanding di atas singgahsana. Dua orang gadis tidak henti-henti mengipas kedua pasangan pengantin.



Setelah semua tetamu dijamu dengan makanan dan dihiburkan dengan tarian tradisional Bajau iaitu Daling-Daling, pasangan pengantin pula dijemput untuk mengalai atau mempersembahkan tarian Daling-daling.



 Tetamu dijemput untuk menari bersama


Tarian ini bukanlah tarian asal orang Bajau di Daerah Semporna, sebaliknya ia dibawa oleh orang-orang Suluk dari Kepulauan Mindanau, Filipina. Pertumbuhan masyarakat Bajau dan Suluk yang saling mempengaruhi telah membentuk tarian ini sebagai milik masyarakat Bajau yang menetap di Semporna. Perkataan Daling-daling berasal daripada perkataan Inggeris darling yang bererti kekasih. Tarian ini adalah tarian hiburan di majlis-majlis tertentu yang sifatnya berbalas pantun di antara penari lelaki dan perempuan.

 


 Giliran sepasang pengantin baru pula untuk menari.

 


Dalam sekelip mata sahaja tetamu mulai naik ke pentas dan menyelitkan wang riggit di jari kedua-dua pengantin. Rupanya inilah cara hadiah atau wang diberikan kepada kedua mempelai.

 


Tetamu menyelitkan wang ringgit pada jari kedua pengantin


 




Inilah hadiah perkahwinan mereka daripada para tetamu


Cenderamata untuk tetamu

 


Dicatat pada 10:15 pm oleh cikgulee

rossa
October 19, 2013   09:40 PM PDT
 
saya juga orang bajau..tapi dari suku lain..asal lahad datu...apa yang saya ingat, tarian "mengalai" sudah saya kenal sejak saya kecil, kerana pada waktu itu, saya selalu bkunjung ke rumah jiran yang berbangsa suluk. dan pada waktu itu juga, saya belum mengenal bajau semporna atau orang semporna. Dan pada waktu itu juga jiran tersebut adalah pendatang baru dari Filipina. tetapi, saya sering melihat anak perempuan mereka menari "mengalai/pasangbai" dalam bahasa mereka. kerana itu saya andaikan, "mengalai" itu asalnya kepunyaan bangsa suluk, kemudian di popularkan atau berkemungkinan wujud kesamaan budaya antara bangsa Suluk dengan bangsa Bajau di Semporna walaupun dengan sebutan atau nama tarian yang berbeza.
moncler jackets sale
December 22, 2012   05:54 AM PST
 
It's great to hear from you and see what you've been up to. In your blog I feel your enthusiasm for life. thank you.,554786,http://cikgulee.blogdrive.com/comments?id=91
moncler women
September 29, 2012   01:21 AM PDT
 
I really do appreciate your feedback. I'm still struggling with the technology but I wish everyone all luck with this competition. I've been pinned down with a sick grandchild and today a very sick daughter - both with gastric flu which afflicts us all at this time of year - so this is the first moment I've had to get to the computer,652873,http://cikgulee.blogdrive.com/archive/91.html
Air Jordan Shoes Outlet
September 21, 2012   08:10 AM PDT
 
To be honest. How nice! Very good, and we share information! Too amazing things. Thank you for your masterpiece, worth reading.,060855,http://cikgulee.blogdrive.com/comments?id=91
coach factory outlets
September 20, 2012   01:40 AM PDT
 
I thank thee that I am none of the wheels of power but I am one with the living creatures that are crushed by it.,762156,http://cikgulee.blogdrive.com/comments?id=91
cheap chanel bags sale
September 17, 2012   01:41 AM PDT
 
There are many foods that increase cholesterol levels and you should avoid them as most of them are also bad for your figure. For example, butter and similar fatty products we use for cooking. These products have a high concentration on fat that together with other fat we take during the day can increase the total fat levels very much,558234,http://cikgulee.blogdrive.com/archive/91.html
LV Bags
April 26, 2012   02:14 AM PDT
 
I'd be interested in hearing. The TOS seems rather clear that it is not unless expressly approved by Amazon. I guess if the library got it in writing then they would be ok. ,411222,http://cikgulee.blogdrive.com/comments?id=91
Pandora Charms UK
April 24, 2012   07:01 PM PDT
 
This post is awesome,ecpecting the newest!!!LIKE IT LIKE IT LIKE IT!!!,954328,http://cikgulee.blogdrive.com/archive/91.html
cheap oakley sunglasses for sa
April 20, 2012   09:57 AM PDT
 
It is a great article. Thank you for choosing to visit our website. <a href="http://www.cheapoakleysunglassesforsale.net/">cheap oakley sunglasses for sale</a> We are happy to tell you that we are the direct importer of oakley sunglasses.
Pandora Charm Bracelets
April 10, 2012   07:39 PM PDT
 
It's great to hear from you and see what you've been up to. In your blog I feel your enthusiasm for life. thank you.,177923,http://cikgulee.blogdrive.com/archive/91.html
arifin
July 8, 2011   10:57 AM PDT
 
ye la...samah @ sampah tu tu bukan bajau...ntah la nape dowang kata dowang tu bajau...isshhhh...iisss....issshhhh...
o.k..syah..aku nk tambah lg ciri2 owg suku sampah atau samah : 1-pendek2...2-jelek2...3- tolek2....4- sengkek2..5-pundek2...hahahahhahaha...kelakanyerr...owg samah @sampah yerrr..ciann...
syah
July 2, 2011   04:31 PM PDT
 
betol tu..aduka..andika...suku SAMAH atau SAMPAH..BUKANlah bajau seperti yang didakwa...mereka ini suku SAMAH @ SAMPAH....ciri-ciri owg SAMPAH@SAMAH.....1-PENDEK-PENDEK...
2- JELEK-JELEK..3- TOLEK_TOLEK...4- SENGKEK-SENGKEK...4- BODOH !!!
berdasar pengalaman sy...sy ada kawan ngan owg SAMPAH@ SAMAH...dowang ni pengotor....umah dowang kt kampung kota belud tu tak da tandas..dowang berak dlm hutan...eeeeeeeeeeeeeee....daifnya..nama kg tu..kg menunggui...uuuwwweeekkkkk....
dan..sadar(kekar bajo indonesia)..selamat datang..kita bajau nusantara..tapi kenapa kita tak cakap bahasa bajau kt sini arr..boleh ajar saya ckp bahasa bajau indonesia ?? boleh ka ?? bahasa kita masih tak lari kan ?? masih bahasa nenek moyang kita lg eaaa....
bajau ade di tanah besar indonesia...termasuk kalimantan..sumatera...palembang..sulawesi..bajau juga ada di tanah luas myanmar..sri lanka...thailand...afrika..amerika..filipina sudah tentu....
salam untuk semua BAJAU NUSANTARA....
andikadukaara
May 12, 2011   12:23 AM PDT
 
perhatian kpada orng yang maki2 kaum sendiri iaitu bajau/sama atau badjau e2 ada lah salah..kita 1 sabah mesti bersatu padu ,,bak pepatah bercerai kita roboh bersatu kita teguh!!!! aluuuna
Shaharir
April 18, 2011   06:30 PM PDT
 
Terima kasih dengan perkongsian ini. Sabah sememangnya kaya dengan kebudayaan suku kaumnya yang unik. Hargailah ia semoga tidak pupus di telan zaman.
sadar(kekar bajo indonesia)
July 8, 2010   02:03 PM PDT
 
I would like to say many thanks to all Bajau \Sama commentator in this page.but my advice to all of you is don't make mistake in your life only debate or claim about bajau community.so let's together thinks how to develop our community in Capacity building,skill,knowledge,science,and etc.in this case,bajau community needs life improvement in future.
ADUKA
July 4, 2010   07:36 PM PDT
 
perhatian kepada binatang bernama
" sama".....betol tu pa ko ckp....suku SAMAH..yakni setelah menerima SISIPAN HURUF "P" dan hasilnya SAMPAH.....bukan BAJAU.... bajau bangsa yang budiman, elok pekerti, sopan santun....bukan macam bangsa kamu iaitu suku SAMPAH...
bangsa BAJAU pandai bertutur bahasa ENGLISH.....bukan macam bangsa kamu TOLLOL...BEGGOK...KAMPUNGAN...tau makan SIRIH ja...eeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee......KOTOR....bangsa BAJAU sudah ramai yang mencapai kejayaan...sama ada dalam ilmu perubatan yakni profesion kedoktoran, saintis, perguruan @ cikgu, politik, usahawan berjaya, hartanah, pensyarah, dan sebagainya.....bangsa SAMAH @ SAMPAH ada????? BODOH.....duduk kampung saja kamu tahu....dasar kampungan!!!!!!!....lagi satu....bangsa BAJAU itu kaya dengan budaya seni khazanah warisan zaman berzaman....dan BAJAU ada makanannya tersendiri....sedap dan lazat....termasuklah kuih muih...yang bangsa kamu cedok dan ciplak...KUIH JAH @ JALA, WAJID, KUSUI, DARAL, TABID, PASUNG, PENYAM @ PENYARAM, BAULU, dan mcm2 lagi...SAMAH @ SAMPAH yang KOTOR....uuuuuwwweeekkkkkkkkkk....jijik sa.....JANGAN PULAK LEPAS NI KAMU( SUKU SAMPAH ) KATA...."SAGOL" JUGA ADALAH MAKANAN SUKU SAMPAH @ SAMAH.....WEEEEEEEKKKKKKKKKKKKKK....dasar ketandusan budaya....
ANDIKA
July 4, 2010   07:33 PM PDT
 
perhatian kepada binatang bernama
" sama".....betol tu pa ko ckp....suku SAMAH..yakni setelah menerima SISIPAN HURUF "P" dan hasilnya SAMPAH.....bukan BAJAU.... bajau bangsa yang budiman, elok pekerti, sopan santun....bukan macam bangsa kamu iaitu suku SAMPAH...
bangsa BAJAU pandai bertutur bahasa ENGLISH.....bukan macam bangsa kamu TOLLOL...BEGGOK...KAMPUNGAN...tau makan SIRIH ja...eeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee......KOTOR....bangsa BAJAU sudah ramai yang mencapai kejayaan...sama ada dalam ilmu perubatan yakni profesion kedoktoran, saintis, perguruan @ cikgu, politik, usahawan berjaya, hartanah, pensyarah, dan sebagainya.....bangsa SAMAH @ SAMPAH ada????? BODOH.....duduk kampung saja kamu tahu....dasar kampungan!!!!!!!....lagi satu....bangsa BAJAU itu kaya dengan budaya seni khazanah warisan zaman berzaman....dan BAJAU ada makanannya tersendiri....sedap dan lazat....termasuklah kuih muih...yang bangsa kamu cedok dan ciplak...KUIH JAH @ JALA, WAJID, KUSUI, DARAL, TABID, PASUNG, PENYAM @ PENYARAM, BAULU, dan mcm2 lagi...SAMAH @ SAMPAH yang KOTOR....uuuuuwwweeekkkkkkkkkk....jijik sa.....JANGAN PULAK LEPAS NI KAMU( SUKU SAMPAH ) KATA...."SAGOL" JUGA MAKANAN SUKU SAMPAH @ SAMAH.....WEEEEEEEKKKKKKKKKKKKKK....dasar ketandusan budaya....
aduka
July 4, 2010   04:26 AM PDT
 
perhatian kepada binatang bernama
" sama".....betol tu pa ko ckp....suku SAMAH..yakni setelah menerima apitan "P" dan hasilnya SAMPAH.....bukan BAJAU.... bajau bangsa yang budiman, elok pekerti, sopan santun....bukan macam bangsa kamu iaitu suku SAMPAH...
bangsa BAJAU pandai bertutur bahasa ENGLISH.....bukan macam bangsa kamu TOLLOL...BEGGOK...KAMPUNGAN...tau makan SIRIH ja...eeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee......KOTOR....bangsa BAJAU sudah ramai yang mencapai kejayaan...sama ada dalam ilmu perubatan yakni profesion kedoktoran, saintis, perguruan @ cikgu, politik, usahawan berjaya, hartanah, pensyarah, dan sebagainya.....bangsa SAMAH @ SAMPAH ada????? BODOH.....duduk kampung saja kamu tahu....dasar kampungan!!!!!!!....lagi satu....bangsa BAJAU itu kaya dengan budaya seni khazanah warisan zaman berzaman....dan BAJAU ada makanannya tersendiri....sedap dan lazat....termasuklah kuih muih...yang bangsa kamu cedok dan ciplak...KUIH JAH @ JALA, WAJID, KUSUI, DARAL, TABID, PASUNG, PENYAM @ PENYARAM, BAULU, dan mcm2 lagi...SAMAH @ SAMPAH yang KOTOR....uuuuuwwweeekkkkkkkkkk....jijik sa.....
aduka
July 4, 2010   03:38 AM PDT
 
perhatian kepada binatang bernama
" sama".....betol tu pa ko ckp....suku SAMAH..yakni setelah menerima apitan "P" dan hasilnya SAMPAH.....bukan BAJAU.... bajau bangsa yang budiman, elok pekerti, sopan santun....bukan macam bangsa kamu iaitu suku SAMPAH...
bangsa BAJAU pandai bertutur bahasa ENGLISH.....bukan macam bangsa kamu TOLLOL...BEGGOK...KAMPUNGAN...tau makan SIRIH ja...eeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee......KOTOR....bangsa BAJAU sudah ramai yang mencapai kejayaan...sama ada dalam ilmu perubatan yakni profesion kedoktoran, saintis, perguruan @ cikgu, politik, usahawan berjaya, hartanah, pensyarah, dan sebagainya.....bangsa SAMAH @ SAMPAH ada????? BODOH.....duduk kampung saja kamu tahu....dasar kampungan!!!!!!!....lagi satu....bangsa BAJAU itu kaya dengan budaya seni khazanah warisan zaman berzaman....dan BAJAU ada makanannya tersendiri....sedap dan lazat....termasuklah kuih muih...yang bangsa kamu cedok dan ciplak...KUIH JAH @ JALA, WAJID, KUSUI, DARAL, TABID, PASUNG, PENYAM @ PENYARAM, BAULU, dan mcm2 lagi...SAMAH @ SAMPAH yang KOTOR....uuuuuwwweeekkkkkkkkkk....jijik sa.....
ANDIKA
July 3, 2010   04:09 PM PDT
 
betul tu arjuna.....
SAMAH tu bukan BAJAU.....tapi bangsa SAMPAH.....orang-orangnya kampungan.....eeeeeeeeeeeeee......
makah sirih....mulut penuh sirih kemerahan...mcm hantu jembalang baru siap isap darah...dasar bangsa sesat.....orang BAJAU tidak lama lagi jadi ketua menteri sabah....majoriti bangku-bangku kerajaan dikuasai oleh org2 BAJAU....ingat tu....itu menunjukkan bangsa BAJAU itu BIJAK...
arjuna
July 3, 2010   04:01 PM PDT
 
SAMAH itu bukan BAJAU....
bangsa SAMAH yang tumpang glamour perkataan BAJAU....
SAMAH tu sama maknanya dengan SAMPAH....ia menerima sisipan huruf "P"......
ellleehhhh.....mcm la KOTA BELUD tu maju sangat....orang-orang nya semua bodoh2....saya ada kawan bangsa SAMPAH....bodohya...patutlah bangku-bangku kerajaan didominasi oleh bangsa BAJAU....bukan bangsa SAMPAH@ SAMAH....tak sedar diri....
budaya dan pemakaian pown hasil tiruan dari bangsa BAJAU.....uuwweeeekkkk....
Awang marjan
May 9, 2010   10:34 PM PDT
 
INFO: Bajau Kota Belud dan Bajau Pantai Barat Dari Kawasan Pitas,Kudat,Kota Marudu,Langkon,Tuaran,Kota Kinabalu,Putatan,Petagas,Kawang,Papar dn yg lain2-Dari segi bahasa 80% adalah sama dan juga Adat dari segi Perkahwinan dan Amalan juga Agama ISLAM..Bajau Semporna dan kawasan Pantai Timur adalah banyak perbezaannya..JADI Dua bangsa ini adalah Berbeza Fikir2kanla..Tgk Bangsa Melayu Semenanjung,Melayu tapi banyak juga bezanya SPT Minang,Jawa,Bugis,melayu Kelate..JADI ianya Berbeza tapi Kita Semua Bangsa NABI ADAM as..dijadikan berbeza untuk saling kenal mengenal dan saling belajar adat yg berlainan
oto\'
April 9, 2010   05:05 PM PDT
 
Untuk makluman saudara SAMA, nama lain bagi bangsa bajau ialah SAMA. saya rasa pengetahuan saudara sama tentang bangsa bajau amat cetek dan hanya bangga dgn bajau KB yang tidak lah semaju mana jika dibandingkan dgn bajau lain di Sabah. SAMA/bajau tidak akan kuat di negeri ini jika ada usaha untuk memisahkan bajau KB dgn bajau lain khususnya dari pantai timur sabah yang lebih majoriti dan dominan di sabah. sama/bajau di dunia ini adalah sama dari leluhur yang sama.
oto'
April 9, 2010   04:58 PM PDT
 
sedikit pembetulan tentang kenyataan saudara SAMA.
saya rasa pengetahuan anda tentang masyarakat bajau tidak luas walaupun anda seorang SAMA. Untuk makluman saudara SAMA, dimana-mana pun wujudnya masyarakat bajau di dunia ini mereka juga membahasakan diri mereka sebagai SAMA bukan orng Bajau KB sahaja, di Semporna, Filipin, dan Indonesia juga membahasakan diri mereka sebagai SAMA. persamaan antara bajau di KB, semporna, Indonesia dan Filipina tidaklah jauh berbeza, anda semua adalah SAMA/BAJAU dari leluhur yang sama.
sadar Kekar Bajo indonesia
March 24, 2010   04:22 PM PDT
 
jika kita berbicara tentang bajau tentu akan terpengaruh pada wilayah administratif suatu daerah.alangkah baiknya bilamana membahasnya melalui kajian berbagai dimensi ke ilmuan agar menyimpulkan mempunyai landasan yang kuat( moch.sadar-indonesia asli bajau)
miss ain
January 25, 2010   06:27 PM PST
 
sesiapa yang tiada idea ingin memberi tetamu hadiah..anda boleh memberi mereka bunga sabun berbentuk mawar,dimana ia tahan lama,wangian tak pernah hilang,tahan pecah,dan mempunyai perbagai warna.berikanlah kelainan kepada majlis pertunangan atau perkahwinan anda..harga bunga serendah 0.60 tanpa tangkai...inginkan maklumat lanjut boleh HUBUNGI SAYA MISS ANN NUR AIN 019-2132858(SRI GOMBAK)..HARGA BOLEH DIRUNDING LAGI...
KELEBIHAN BUNGA SABUN:- WANGI,BERMACAM WARNA,SAIZ PERBAGAI,TAHAN LAMA,TIDAK MUDAH PECAH DAN PALING PENYING...PASTI MEMIKAT HATI ANDA DAN TETAMU ANDA
Chong
August 27, 2009   12:54 PM PDT
 
can ia know where did cikgu Lee make this researh? where kampung at semporna or where islang?thanks
Isabella
July 31, 2009   01:42 PM PDT
 
sy ingin tahu maklumat tentang tarian kuda pasu iaitu tarian bagi kaum bajau yg tdpat d sabah...especialy dari segi sejarah, gerak tarian dn pakaian yg d gunakan semasa tarian ini dpersembahkan....

sesapa yg ada mklmt tsbut boleh hntr d email sy

pinkysabella@yahoo.com

tq...
anne
July 28, 2009   03:15 PM PDT
 
saya nak tahu tentang masyarakat bajau secara mendalam terutamanya budaya perubatan dan kesihatan bajau..sesiapa ada maklumat tolong email kat loksrp@yahoo.com
Lora
July 11, 2009   04:47 PM PDT
 
boleh kongsi tak maklumat mengenai tarian kuda pasu??

sila emailkan kepada Lo_LuvLaa@hotmail.com
atau
ixoralora@yahoo.com

terima kasih.
nadia
May 18, 2009   01:22 PM PDT
 
biar betol pengantin kena menari??
saya nie bakal melangsungkan perkahwinan di semporna..
suami kaum bajau..
takut jugak nie..
shera
April 7, 2009   07:57 PM PDT
 
ermm...cg lee tngk khwn nie dmna??
semporna..apa nama kg dia..
rsa mcm ada jak tngk khwn nie..
huhuhhhhu
Bulldozer
March 3, 2009   12:14 AM PST
 
di semporna tiada istilah bajau darat atau bajau laut. bg orang semporna mereka hanya memanggil 'bajau semporna' dan bajau laut sebagai 'palauh' tp sesetengah orang yang datang mengandaikan palauh sebagai bajau laut dan yang tinggal di darat sebagai bajau darat 'anda silap'. kpd BGP anda perlu membuat kajian yang terperinci dan selidik secara mendalam tentang bajau kerana sy sendiri tidak tahu sangat tentang sejarah bajau di sabah khususnya di KB dan Semporna walaupun terdapat bajau lain di daerah seperti LD, SANDAKAN, KUDAT tp orang tidak sebut bajau LD, bajau SANDAKAN ataupn bajau KUDAT orang akan sebut bajau ubian, simunul, sibutu dan lain. Berlainan dengan bajau Kota Belud dan Semporna mereka akan menyebut mereka Bajau KB atau mereka Bajau Semporna. minta penjelasan asal kedua-dua bajau daerah berkenaan khususnya dan bajau didaerah lain amnya. tq
sem4naa
March 3, 2009   12:00 AM PST
 
kepada sama anda tidak perlu membandingkan bajau di kota belud ngn bajau di semporna kerana bajau di semporna dan jg di kota belud masing2 m'punyai budaya dan identiti tersendiri datang ke semporna dan lihat budaya disana jgn kata bju kb tukar kepada sama sebab bajau banyak yg guna. anda lupa di FILIPINA pun perkataan sama / sinamah wujud. so u kena lihat pd sejarah jgn main tangkap muat saja. kpd ckg. lee wang yang diberikan kpd pengantin bukanlah hadiah tp msy disemporna memang akan menabur duit 'sabod / nisaboran kpd sesiapa saja setiap kali memperlihatkan tarian igal2 mereka. ia satu budaya bukan haiah.
Mohd Shah Shah A. Hassan
October 18, 2008   01:53 AM PDT
 
Saudara Adzmar telah memberi cadangan yang bersemangat. Terima kasih.

Walau bagaimanapun, Badan Galak Pusaka (BGP) bukanlah satu badan NGO seperti Persatuan Kebudayaan / Kesenian dan Kebajikan sesuatu etnik. Sebaliknya BGP adalah satu badan penyelidikan yang khsusus untuk mengkaji kebudayaan masyarakat Bajau.

Jika saudara Adzmar dari kelompok masyarakat Bajau saya jemput saudara untuk menyertai Badan Galak Pusaka atau jadilah ahli kepada Portal BGP di http://bgp.forumarena.com/ (demikian juga pembaca lain, jika anda orang Bajau)

Mohd Shah A.Hassan
Badan Galak Pusaka



Mohd Shah Shah A. Hassan
October 18, 2008   01:31 AM PDT
 
'Sangbai' adalah kata akar dalam Sinamah (bahasa Bajau). Ia mempunyai dua entri yang membawa dua makna yang berlainan. 'Sangbai' adalah termasuk dalam golongan kata kerja.

'Sangbai' sebagai kata akar boleh menerima imbuhan awalan, sisipan, akhiran atau apitan.

Sangbai-
- magsangbai, pagsangbai, nisangbai (menerima awalan)
- sinangbai, sumangbai (menerima sisipan)
- sangbaian, sangbaiun, sangbain (menerima akhiran. Dalam 'sangbain' itu sebenarnya sangbai + in tetapi salah satu huruf 'i' itu telah mengalami peleburan bunyi)
- panangbaian, pagsangbaian, pagsangbaiun (menerima apitan)

Selain daripada itu, kata 'sangbai' juga boleh diterbitkan menjadi kata ganda seperti

- pinagsangbai-sangbai
- magsausangbai
- sausangbai (ini adalah kata ganda tetapi dalam bentuk terikat yakni tidak boleh berdiri sendiri kecuali menerima awalan seperti 'mag-' dsb)

Makna sangbai=

Sangbai I = memegang (anak kecil atau bayi) sambil melambung-lambungkannya ke atas;

Sangbai II = memuji-muji dengan perkataan yang menyenangkan hati orang yang dipuji (disangbai)

Dalam Sinamah, 'pag-' adalah imbuhan kata kerja untuk memberi maksud 'perihal' melakukan makna yang didukung oleh kata kerja yang diimbuhinya. Maka, 'pagsangbai' bermaksud 'perihal memuji-muji dengan perkataan yang menyenangkan hati'; atau ‘perihal’ memegang dan melambung-lambungkan anak kecil atau bayi sebagai tanda kasih sayang kepadanya.

Sekadar dikongsikan bersama.

Itulah penemuan kami setakat ini dalam mengkaji Ikhtisar Tatabahasa Sinamah (Bahasa Bajau).


Mohd. Shah A.Hassan
Badan Galak Pusaka

adzmar
September 24, 2008   03:41 AM PDT
 
salam,ini satu cadangan bagi memperluaskan,memperkenalkan,mempromosikan,memajukan,mengembangkan sayap badan galak pusaka:-
1) menubuhkan satu yayasan badan galak pusaka bagi membantu golongan kurang upaya,orang2 tua,ibu2 tunggal,anak2 yatim piatu..
2) minta kerjasama dari jabatan belia dan sukan @ jabatan2 kerajaan @ agensi2 yg berkaitan utk membantu golongan belia bajau sama dlm menentukan hala tuju masa depan anak2 bajau sama spt, ceramah,motivasi,panduan dll..
3) mohon semua majlis tertinggi @ ajk2 badan galak pusaka bergiat lebih aktif lagi dlm aktiviti2 kemasyarakatan agar badan ini di kenali khususnya di sabah dan malaysia amnya..

sekiranya saya ada terkasar bahasa mohon di maafkan..
sekian.
Name
August 8, 2008   12:02 AM PDT
 
best x kt sm hamzah???sklh saya tu..
alin
July 16, 2008   02:10 PM PDT
 
bajau dan suluk is totally different. lazimnya, orang samal atau bajau adalah berkulit gelap berbanding suluk(tausug). tetapi kerana kahwin campur, kaum bajau berevolusi dan lahirlah seperti yang kita boleh lihat di sabah. but, the truth is, budaya also berbeza. lainlah jika anda tidak mengenali kaum suluk dan menjadikan sampel yang sedikit untuk dijadikan rujukan sebagai hipotesis untuk membuktikan budaya tersebut dan kaum tersebut sama.ini bertitik tolak daripada toleransi di antara kedua-dua kaum tersebut yang sudah mula menampakkan ciri-ciri menrima antara satu sama lain memandangkan kedua-dua kaum ini tidak pernah sefahamn dulu.
alin
July 16, 2008   02:02 PM PDT
 
mungkin di sabah, tarian mangalai tersebut telah diperuntukkan istilahnya kepada igal. dan dalling-dalling untuk golongan maknyah yang mempopularkannya. tetapi apa yang berlaku, dalling-dalling tersebut adalh istilah yang digunakan oleh kaum bajau untuk tarian tersebut dan dipersembahkan bukan sahaja oleh golongan maknyah tersebut tetapi oleh seluruh masyarakat bajau. dan mengenai bajau kota belud adalah berasal dari sabah dan bajau yang lain dariapda filipina,saya seratus peratus tidak bersetuju.pakaian budaya dan kuda yang dipraktikkan oleh bajau kota belud adalh warisan yang boleh kita lihat di kepulauan sulu oleh bangsa moro(samal, bajaos n tausug). tetapi kita juga perlu tahu, sebahagian kecil daripada sabah dulu adalah milik kepulauan sulu. kerana itu, bangsa moro ini juga dipercayai adalh imigran daripada borneo ke kepulauan sulu filipina.
alin
July 16, 2008   01:46 PM PDT
 
untuk pembetulan kepada en mohd shah, dalling-dalling bukannya tarian asal yang dipopularkan oleh golongan maknyah. tetapi ia merupakan budaya asal keturunan sulu di filipina iaitu tausug. ini boleh dibuktikan melalui sumber buku dan warisan nenek moyang saya sendiri. tarian ini dicedok oleh kaum bajau(samal) yang tinggal bersama dan berkongsi budaya di kepulauan sulu tersebut.lagu dan rekaan asal adalah dalam bahasa suluk(tausug) dan dikenali sebagai pangalay. tetapi malangnya warisan ini diabaikan oleh kaum suluk di sabah kerana beberapa faktor yang terlalu panjang untuk dihuraikan. bukan sangbay tapi pagsangbay yang sama maksudnye dengan pangalay atau dalling-dalling.
Mohd Shah A.Hassan
May 31, 2008   07:34 AM PDT
 
Saudara Dani307 dari Kelantan mengepos tiga kali bertanyakan hal yang sama, iaitu mengenai bangsa Bajau atau Samah.

Memandangkan ruangan ini hanya untuk komen saya tidak menjawab pertanyaan saudara di sini.

Jawapan kepada persoalan saudara itu bolehlah dibaca di url berikut:

http://my.opera.com/BGP/blog/show.dml/993961

kepada saudara dani307 yang bertanya secara langsung kepada saya, terima kasih. Mudah-mudahan pertanyaan saudara dan jawapan dalam tulisan saya 'ASAL USUL BANGSA BAJAU' dalam blog BGP di url di atas itu dapat mengelakkan kita daripada bertikam lidah dan termasuk dalam watak KISAH TIGA ORANG BUTA DENGAN SEEKOR GAJAH.

Sebagaimana Melayu, Dusun, Matsaleh (Orang Putih) tidak mendapat nama tanpa dinamakan oleh orang lain, demikianlah orang Bajau tidak mendapat namanya tanpa dinamakan oleh orang lain.

Dalam Kamus Dewan (DBP) terdapat perkataan bahasa Melayu 'bajau' yang bermakna 'bantai, pukul, bunuh'

Mungkinkah nama Bajau itu dikaitkan dengan aktiviti perlanunan di lautan di Nusantara pada zaman dahulu? Tugas cendekiawanlah untuk membuat kajian lanjut mengenainya.
dani307
May 12, 2008   01:52 PM PDT
 
sadara sha.

orang dususn kata, bajau di sabah berasal dari filipina betul ke? kecuali bajau kota belud sahaja.

orang dusun faham bahasa bajau kota belud, bahasa bajau semporna, sandakan dll lagi serupa dengan bahsa dari filipina betul ke?

bertanya sahaja.
dani307
May 12, 2008   03:15 AM PDT
 
Saudara Sha, saya dari kelantan.

Member saya Dusun Kata. Bajau, Bajau suluk dan Sama/Samal berbeza.

Bajau sabah adalah Bajau Kota Belud.
Bajau Suluk dan Sama @ Samal berasal dari Filipina.

Bangsa Dusun faham bahasa bajau kota belud, tapi bajau suluk dan Sama/Samal, orang Dusun tak faham.

Suluk bukan bajau,tapi berasal dari sulu.
Sama pun bukan bajau tapi orang sulu panggil Samal, yang datang dari kepulauan Filipina spt:-
samal bagingi,tando bas, sibutu dan banyak lagi. Betul ke? minta penjelasan

dani307
May 12, 2008   02:48 AM PDT
 
kepada saudara muhd sha,Saya dari kelantan ada member dari sabah dia kata bangsa Dusun bumiputera Sabah. pertanyaan, suku suluk tergolong dalam bajau juga ke?
Dia kata Bajau kota belud @ Sama/samal semporna berbeza? Suluk dan Sama/samal datang dari Filipina, Bajau kota belud datang darimana plak?
Mohd Shah A.Hassan
March 3, 2008   01:49 AM PST
 
Posted by zuriema @ 01/04/2008 10:29 AM PST
Diharap tarian dalling-dalling di perkenalkan dengan lebih dekat di W.P Labuan. Ia boleh menjadi salah satu produk tarian yang boleh diamalkan. so nice..

-------------------------

Saya menyokong penuh keinginan dan cadangan saudari Zuriema.

Satu cadangan untuk anda jika anda mahu tarian dalling-dalling dikenali di Labuan; adakan Pertandingan Dalling-Dalling. Berdasarkan pengalaman saya di Sandakan, ia adalah cara terbaik dan berkesan.

Sekiranya saudari Zuriema memerlukan khidmat nasihat, saya sedia membantu anda. Hubungi saya pada bila-bila masa di alamat email berikut:-

shahaikal@yahoo.com

Terima kasih

Mohd Shah Ali Hassan
Yang Dipertua
Badan Galak Pusaka
Sandakan
Mohd Shah A.Hassan
March 3, 2008   01:31 AM PST
 
Asal nama bangsa Bajau ialah SAMAH; satu perkataan tertutup iaitu dieja dengan [ s - a - m - a - h ]. Ia buka satu perkataan terbuka yang dieja sebagai [ s - a - m - a ]. Oleh itu perkataan SAMA yang merupakan satu kata perbandingan tidak ada kena-mengena dengan perkataan SAMAH yang merupakan kata nama untuk merujuk satu suku bangsa di Nusantara. Berdasarkan penelitian kami, ramai terkeliru di sini sehingga ada yang menasabkan kata perbandingan 'sama' sebagai nama kepada satu suku bangsa di Nusantara kerana kononnya mereka (bangsa tersebut) mempunyai persamaan antara sesama mereka di banyak pelusuk di Nusantara. Sebenarnya tidak begitu. Anda jangan hanya menggunakan aspek sebutan untuk membuat kesimpulan sendiri. Oleh kerana nama dan perkataan adalah aspek penting bahasa, maka haruslah dikaji selok-belok bahasa sesuatu bangsa untuk mengetahui lebih dalam akan bangsa tersebut.

Demikianlah penemuan kami.

Adapun nama bangsa Bajau itu sebenarnya ialah Samah - satu kata nama. Daripada nama suku bangsa Samah inilah juga bahasa mereka mendapat nama iaitu Sinamah. Kata Sinamah adalah kata terbitan daripada kata Samah yang menerima sisipan -in- antara huruf 'S' dan 'a' yang pertama. Untuk makluman dan pengetahuan pembaca, dalam bahasa Bajau atau Sinamah terdapat dua bentuk sisipan iaitu -in- dan -um-. Sebagai tambahan untuk pengetahuan pengetahuan pembaca, dalam Sinamah terdapat tiga bentuk akhiran iaitu -an, -in dan -un. [Kajian awal Ikhtisar Tatabahasa Bahasa Bajau oleh Mohd. Shah Ali Hassan (2000) - hasil kajian belum sempurna dan masih dalam bentuk .doc file]

Mohd Shah Ali Hassan
Yang Dipertua
Badan Galak Pusaka
Sandakan
zuriema
January 4, 2008   10:29 AM PST
 
Diharap tarian dalling-dalling di perkenalkan dengan lebih dekat di W.P Labuan. Ia boleh menjadi salah satu produk tarian yang boleh diamalkan. so nice..
Mohd Shah A.Hassan
November 5, 2007   11:48 PM PST
 
'Pakiring' bermaksud 'miring' dalam bahasa Melayu. Perkataan tersebut menggambarkan bentuk atau lenggok badan semasa menari. Itu betul.

Akan tetapi 'pakiring' bukan satu bentuk tarian. Pakiring adalah satu tajuk lagu yang berentak 'dalling-dalling' dan oleh itu kerap digunakan sebagai muzik bagi mengiringi persembahan dalling-dalling. Oleh kerana lagu 'pakiring' juga dinyanyikan untuk menyangbai (memuji) penari dalling-dalling, maka lagu 'pakiring' sebenarnya adalah sangbaian (pujian) kepada penari.

Terdapat sedikit kekeliruan antara dalling-dalling dengan igal (tarian suku kaum Suluk). Igal adalah gerak tari yang memperlihatkan liuk-lentuk bodi, dan kelembutan jari-jemari penari. Gerakan igal lebih kurang sama dengan dalling-dalling, yang membezakan kedua-dua tarian ini ialah pada (1) Sangbai (pujian-pujian), dan (2) Gerakan kaki.

Dalling-dalling mempunyai sangbai yang dinyanyikan semasa penari menari. Selain daripada itu, gerakan kaki penari dalling-dalling 'magtagendek' atau 'pahengket' iaitu kaki terangkat atau diangkap mengikut irama sangbai.

Dalam igal-igal, sangbai tidak ada. Penari menari beriringkan irama paluan agung (gong) dan kulintangan. Kaki bergerak seperti gerakan gonggok di atas tanah. Kaki tidak terangkat/diangkat atau melangkah sebaliknya mengengsut.

Dalling-dalling adalah tarian yang dipopularkan oleh golongan makk nyah (bantut) dan merupakan tarian masyarakat marhaen manakala igal adalah tarian suku kaum Suluk yang lebih bersifat tarian bangsawan (ketiadaan gerakan mengangkat kaki) melangbangkan ketinggian adat yang terkandung dalam tarian igal-igal.

Sekian.

Yang Dipertua
Badan Galak Pusaka
Badan Galak Pusaka
November 5, 2007   11:25 PM PST
 
Sesiapa yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai bangsa Bajau dan kebudayaannya, bolehlah melayari blog dan forum yang dipautkan di bawah ini:-

http://my.opera.com/BGP/blog

http://bgp.forumwise.com

Sekian, terima kasih.


Yang Di-Pertua
Badan Galak Pusaka
Name
June 18, 2007   02:37 AM PDT
 
boleh beri saya contoh folio untuk tingkatan 3
farah_tawau
June 5, 2007   02:23 PM PDT
 
boleh berikan adat2 perkahwinan bajau dekat saya??saya pelajar form 3 nak memenuhi kehendak menteri pelajaran malaysia....beri cpt sikit yea....trimas..
zULARIEL
June 4, 2007   08:52 AM PDT
 
sAYA NIE BDK FORM 3.. SAYA NAK TANYA, SEMUA ADAT PERKAHWINAN BAJAU SAMA KE??
azim bdk knrt
May 5, 2007   11:59 AM PDT
 
saya budak form 3,boleh berikan ringkasan dan kaedah yang lebih mudah,sebab masa tak cukup lagi lar. . . .hehehehe
Mohd Ghadafi
May 2, 2007   01:28 PM PDT
 
saya pelajar tingkatan 3 memohon supaya, keterangan lanjut tentang perkahwinan kaum bajau di beri dengan lebih lanjut.. sila hantar ke..
www.misyakuteji@yahoo.com(my sister email) or just go to my sister page www.myspace.com/cheekymissteen..


ini kerana saya ingin memenuhi kehendak kementerian pelajaran, yang memebeeri tugasan kepada setiap pelajar form3...

harap saya mendapat maklum balas secepat munglin.. heheheee...

assalamualaikum..
smoga berbahagia dgn pasangan anda... encik.lee
budak_seberang
April 30, 2007   12:29 PM PDT
 
saya pelajar tingkatan tiga.saya ingin mengetahui lebih lanjut tentang adat perkahwinan kaum bajau
KiRoRo_fm
April 8, 2007   11:30 AM PDT
 
tak bolehkah baju perkahwinan org bajau diganti dgn yg lbh moden?? tak syok la kalau begitu jak designnya... Erm,sapa ada maklumat lbh pasal perkahwinan org bajau, contact saye ek bab sy nak wat kerja kursus form 3 la.... ekekeke.... ;p
debbie
April 1, 2007   01:11 PM PDT
 
hello.saya pelajar tingkatan 3.saya nk tahu tentang perkahwinan org bajau dgn lbh detail.ini akan membantu saya dalam kerja kursus saya nanti
Putera Sulu
March 14, 2007   10:13 AM PDT
 
Sedikit pembetulan tentang maklumat daripada saudara Mohd Shah A.Hassan

Sebenarnya tarian yang dipopularkan oleh golongan bantut (Mak Nyah) suku kaum Bajau ialah tarian 'Pakiring'. Tarian ini agak popular di Daerah Semporna dan agak mirip kepada tarian Daling-daling yang dibawa oleh orang Suluk.
syarifah
February 21, 2007   02:17 PM PST
 
cikgu tahu tak laman web yang menerangkan tentang adat perkahwinan kaum bajau dengan lebih detail??
sama
January 4, 2007   03:54 PM PST
 
perkataan 'bajau' terlalu umum. tarian tersebut bukanlah tarian bajau sama kota belud.itu tarian bajau laut semporna.bajau laut(semporna) dan bajau sama kota belud sungguh jauh bezanya dari segi bahasa dan adat resam.kini bajau sama kota belud tidak gunakan perkataan bajau lagi sebaliknya suku kaum 'SAMA'pasal perkataan bajau telah diikuti oleh ramai kaum yang lain.tumpang glamor......
Cikgu Lee
July 20, 2006   12:54 AM PDT
 
Saudara Mohd Shah,

Terima kasih banyak-banyak atas pembetulan fakta serta penjelasan yang diberikan.

Saya pasti dengan penjelasan saudara akan memanafaatkan semua pembaca dan mereka yang membuat penyelidikan.
Mohd Shah A.Hassan
July 13, 2006   06:40 PM PDT
 
Sedikit pembetulan untuk pengetahuan Cikgu Lee dan para pembaca. Untuk makluman.

1. Tarian daling-daling sebenar adalah tarian yang dipopularkan oleh golongan Bantut (Mak Nyah) masyarakat Bajau.

2. Sebutan sebenar nama tarian tersebut bukan 'daling-daling' tetapai 'dalling-dalling' [dal-ling-dal-ling]. Perkataan dalling-dalling bukan dipinjam daripada BI 'darling' sebaliknya adalah pertakaan daripada bahasa Bajau itu sendiri yang bermaksud 'gerak atau gerakan atau pergerakan seluruh badan'.

3. Perbuatan menyelitkan wang dijari-jari pengantin yang menari bukan cara masyarakat Bajau memberi hadiah kepada pengantin. Sebenarnya, ia adalah nilai budaya yang tersirat dibalik tarian dalling-dalling itu sendiri. Wang sedemikian akan diberikan kepada sesiapa sahaja yang menarikan tarian tersebut dan ia dikenali sebagai 'sabud' atau 'saburan'. Dalam kes pengalaman Cikgu Lee, secara kebetulan, pengantin menarikan tarian dalling-dalling dan mereka pula adalah raja sehari, jadi penghormatan wajar ditujukan kepada mereka (bukan hadiah tetapi lambang penghargaan).

4. Dalam tarian dalling-dalling, pantun memang wujud dan dikenali sebagai 'sangbai' yakni memuji-muji 'orang yang menari'. Kedudukan pantun atau sangbai bukan disampaikan oleh penari tetapi oleh penyanyi yang mengiringi tarian mengikut rentak muzik. Penari akan menyusun gerak mengikut arahan dalam 'pantun' atau 'sangbai' dan/atau 'pantun' (sangbai) diolah mengikut gerak penari. Inilah keunikan tarian dalling-dalling yang memerlukan keharmonian dan keserasian tiga pihak iaitu penari, penyanyi dan pemuzik.

Sekian, sebagai pembetulan untuk makluman dan pengetahuan semua.


Mohd. Shah A.Hassan
Yang Dipertua
Badan Galak Pusaka
Sandakan

Cikgu Lee
April 7, 2005   03:49 PM PDT
 
Hi Susan,

I have quit teaching since 1997 but I still remain in Sabah. Currently I am working in Tawau
Susan
April 7, 2005   12:30 AM PDT
 
Wow what a great photo u had snap! Good work u had done a good job since u were in semporna, must be lots of memory dont you?
Teacher Lee may i know are you still teaching?Where?is it back to your hometown?
dave
April 6, 2005   02:49 PM PDT
 
'sociopractice' yang amat menarik. ;)
Cikgu Lee
April 6, 2005   08:02 AM PDT
 
Kalau wang ringgit terjatuh, ada pembantu yang tolong kutipkan. Asalkan sudah diberikan, wang ringgit itu tetap menjadi kepunyaan pasangan pengantin tersebut
Eileen
April 5, 2005   11:37 PM PDT
 
Cara tetamu bagi hadiah amat berbeza. Saya tidak pernah menghadiri perkahwinan orang Bajau. Kalau wang ringgit terjatuh macam mana? :)
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry

Tusyen RM33/sebulan Untuk Semua Matapelajaran