Cikgu Lee - sebelum, semasa dan selepas menjadi seorang guru
[ Home ]-[ Recent ]-[ Archive ]-[ About Me ]-[ Speaker ]-[ Toastmasters ]-[ Contact Me ]-[ FAQ ]





Nama: Lee Chye Ewe
Lahir: 1961
Tempat: Kuala Krai, Kelantan

Pelajar
SRJK(C) Yuk Chai, Kuala Krai, Kelantan (1968-1973)
SM Sultan Yahya Petra, Kuala Krai, Kelantan (1974-1979)
SM Hamzah, Machang, Kelantan (1980-1981)

Guru
SM Georgetown, Pulau Pinang (1983)
SM Perempuan Cina, Pulau Pinang (1984)
SMK Abdullah, Semporna, Sabah (1985-1988)
SMK Kuhara, Tawau, Sabah (1989-1997)




Tusyen Secara Online Terkini dan Terbaik Masakini
Custom Search



Untuk Dijual


Free counter and web stats

Lee Chye Ewe's Facebook profile


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Saturday, January 29, 2005
Taman Bukit Tawau


Taman Bukit Tawau pada 29/1/2005


Salah satu aktiviti tahunan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia di Sekolah Menengah Kebangsaan Abdullah, Semporna, semasa saya menjadi ketua guru penasihatnya ialah berkelah di Taman Bukit Tawau. Ia berlaku di antara tahun 1985 hingga 1988.



Air Terjun Taman Bukit Tawau pada tahun 1985
 

Pada ketika itu, Taman Bukit Tawau atau Tawau Hills Park juga dikenali sebagai Table Waterfall. Kami terpaksa mengambil masa selama dua jam untuk tiba di sana dari Semporna. Jaraknya adalah kira-kira 130KM dari Semporna. Di sinilah kami, guru penasihat dan ahli-ahli persatuan bermandi-manda, berenang, bergurau senda, berkelah dan menenangkankan fikiran.

 

Biarpun tempatnya agak jauh tetapi air terjunnya yang cantik dan air yang sejuk amat menyegarkan. Ia ditambah pula dengan hutan semulajadi yang mengelilinginya menjadikannya tempat rehat yang amat sesuai. Pada setiap penghujung tahun selepas peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP yang telah ditukar kepada PMR sekarang), berkelah di Taman Bukit Tawau telah menjadi satu aktiviti yang dinanti-nantikan oleh semua pihak.

 

Semasa bertugas di Sekolah Menengah Kebangsaan Kuhara Tawau, saya juga pernah membawa pelajar-pelajar saya untuk berkelah di sana selepas SRP. Saya amat sukakan tempat ini. Biarpun begitu, pada setiap kali saya membawa pelajar-pelajar saya ke sana, saya akan kenakan syarat yang ketat yang harus dipatuhi oleh semua orang. Setiap ahli rombongan tidak dibenarkan bermain atau merayau di tempat yang tidak dibenarkan dan tidak dibenarkan bermain bersendirian. Tanggungjawab saya sebagai guru penasihat amat penting dalam memastikan pelajar-pelajar di bawah jagaan saya selamat.

 

Walaupun mempunyai pemandangan yang cantik, batu-batan di sungai terutama sekali yang berdekatan dengan air terjun amat licin. Ia agak bahaya. Kolam di bawah air terjun juga agak dalam dan melengkung ke dalam. Jika tidak berhati-hati semasa terjun dari atas, kita mungkin terperangkap di bawah batu. Inilah punca kepada banyak kemalangan yang berlaku.

 

Tidak ada perkara yang tidak diingini berlaku selama saya dan pelajar-pelajar saya berkunjung ke sana. Akan tetapi bagi pengunjung yang engkar, ada juga yang terlibat dengan kemalangan. Ini tidaklah bermakna tempat ini tidak sesuai untuk kunjungan orang ramai tetapi ia samalah dengan mana-mana tempat pelancongan, biarpun cantik dan menarik, bahayanya tetap ada jika kita tidak berhati-hati.


 Pintu Masuk Utama Taman Bukit Tawau


Setelah lebih daripada 10 tahun lamanya, saya mengambil keputusan untuk kembali melawat Taman Bukit Tawau pada 29/1/2005 untuk melihat semula tempat yang sering saya dahulu. Ia terletak 20 KM daripada Bandar Tawau. Tidak sama dengan dahulu, jalan kelikir berdebu dahulu telah bertukar wajah kepada jalan aspal. Ia juga dilengkapi dengan kemudahan letrik dan air. Perjalanan ke sana juga amat mudah biarpun bagi pengunjung kali pertama kerana terdapat papan tanda yang terang di semua simpang jalan.


Tiket kemasukan ke Taman Bukit Tawau


 

Taman Bukit Tawau meliputi kawasan seluas 27,972 hektar telah digazetkan sebagai Taman Negara pada tahun 1979. Selain daripada menjadi punca kepada Sungai Tawau ia juga merupakan kawasan tadahan hujan bagi seluruh daerah Tawau. Taman ini kini diletakkan di bawah jagan Taman-Taman Sabah. Setiap pengunjung akan dikenakan bayaran sebanyak RM3.00 seorang. Wang kutipan digunakan untuk perbelanjaan pemuliharaan.



 Pondok rehat di atas kolam


Tempat berkelah dan beristirehat


Pondok serbaguna


Tandas yang cantik lagi bersih

Pelbagai kemudahan perkelahan telah dibina di Taman ini. Antara lain ialah Blok pentadbiran, kantin, tandas, rumah rehat, pondok rehat, tempat membakar, jambatan gantung dan banyak lagi. Untuk keselamatan pengunjung terutama sekali mereka yang suka berenang, pondok pengawal juga disediakan dengan pengawal bertugas.



Bagi mereka yang suka berenang atau sekadar berendam di dalam sungai


Jambatan gantung menyeberangi sungai


Akan tetapi kawasan air terjun yang pernah menjadi tumpuan para pelancong tetah dipagar dan tidak lagi dibenarkan masuk. Kawalan ini terpaksa dilakukan berikutan dengan beberapa peristiwa yang tidak diingini berlaku.



Air Terjun yang kini terlarang

 

Sungai ini menjadi alternatif kepada air terjun


Walaupun demikian, tarikannya tetap ada sebagai satu-satunya tempat rehat untuk orang ramai yang ingin mendekati alam semulajadi. Ramai juga pemuda-pemudi yang menjalankan pelbagai aktiviti riadah di sini. Ada juga pelajar yang berkhemah di sini sambil mengikuti kursus motivasi dan membina semangat.



 Pelbagai aktiviti boleh dijadakan di sini


Dan di sini


Selain daripada tempat berkelah di tepi sungai, terdapat juga tempat menarik yang lain di sini seperti Airterjun Bukit Gelas, Air Panas, dan Gunung Lucia. Jika anda kebosanan dan ingin keluar daripada kesibukan pejabat dan Bandar, inilah tempatnya.



Papan tanda dalam Taman

Pokok keladi gergasi


Jalan menuju ke tempat penginapan

 


Dicatat pada 09:20 pm oleh cikgulee

north face jackets sale outlet
October 23, 2012   12:52 AM PDT
 
I also follow through Google Reader!,294008,http://cikgulee.blogdrive.com/archive/89.html
mulberry alexa outlet
August 12, 2012   06:33 PM PDT
 
Don't know what is wrong what is rite but i know that every one has there own point of view and same goes to this one,183341,http://cikgulee.blogdrive.com/archive/89.html
gucci outlet online store
June 4, 2012   04:31 PM PDT
 
It's great to hear from you and see what you've been up to. In your blog I feel your enthusiasm for life. thank you.,885784,http://cikgulee.blogdrive.com/archive/89.html
swee lee
June 5, 2010   07:18 PM PDT
 
hurm, saya nak tahu kalau tempat ni sesuai tak untk honeymoon???? then, pakej apa y d sediakan d taman bukit tawau????
Maulana
January 21, 2010   08:28 PM PST
 
tempat yg sangat cantik hanya itu taman cantik yg berda di tawau....so so beautiful place.saya amat rindu akan taman bukit tawau.kalau boleh saya minta kepada pensyarah politeknik sandakan untuk membuat camping d taman bukit tawau..........
zaid
April 21, 2009   12:29 AM PDT
 
hi.kebetulan grup kami buat kajian sungai tawau di kawasan table so dpt jg info yang bole digunapakai untuk kerja amali.
dayang
September 28, 2008   01:37 PM PDT
 
cantiknya lama x pegi cikgu tlg lah letak gambar lain yg menarik tentang bandar tawau.
yan
February 4, 2008   05:25 PM PST
 
cantiknya tawau daerah ku,aku betul2 rindulah ngan tawau ,cikru lee tmbh gmbr tmat air panas n air terjun bukit gelas
beatrice wong
December 17, 2007   11:46 AM PST
 
Hi sir Lee..im beatrice wong from SM Holy Trinity,Tawau,Sabah form 3 student..i just want 2 know my pmr result before the result come out on December 24..i search alot of website 2 check my result but it ends up zero..so i hope sir Lee can help me...if can..thx alot & hope sir Lee add me in MSN > beatrice_wong92@hotmail.com< im too nervous of my Pmr result..hope 2 hear u soon.
rozai pd
November 28, 2007   12:48 PM PST
 
menarik,kami sekeluarga sedang mencari-cari tempat menarik untuk dilawati sepanjang kami berada di sabah hujung tahun ini...tp di semenanjung pun memang byk tempat begini...
zariah@zek_ums
October 24, 2007   08:14 PM PDT
 
saya melakukan kajian tahun akhir d sini
byk penambahan infrastruktur tp kecantikan smulajadi tetap terjaga
bersama menghargai anugerah alam..
Name aini
February 14, 2007   09:24 PM PST
 
perbaharui maklumat terkini mengenai taman bukit tawau .adakan lawatan terbaru kesana.
lee
January 18, 2007   02:20 PM PST
 
,hj,h
Mohd. Faizal Bin Katok
November 6, 2006   01:16 PM PST
 
Boleh Ka Minta Semua Penerangan Tentang taman ni...Saya nak buat presentation berkaitan dengan tempat menarik di malaysia dan saya pilih table sebab saya asal dari Tanjung batu keramat tawau..
saya sekarang di Politeknik kuching sarawak..
hasbullah@b_88
October 17, 2006   01:01 PM PDT
 
saya nak mnta tolng cikgu masukkan lagi gmbr-gmbr di tmn bukit tawau,sebab rindu lah dgn tawau,blh buat pnghilng rindu sbb saya asal tawau tpi skrng ni bljar di sarawak...tlnglah ya cikgu!...
hasbullah@b_88
October 17, 2006   01:01 PM PDT
 
saya nak mnta tolng cikgu masukkan lagi gmbr-gmbr di tmn bukit tawau,sebab rindu lah dgn tawau,blh buat pnghilng rindu sbb saya asal tawau tpi skrng ni bljar di sarawak...tlnglah ya cikgu!...
YANTHO
August 19, 2006   11:28 AM PDT
 
u website very nice cikgu,tmn bukit tawau n table membuat saya teringat akan tawau,saya harap cikgu dapat memuatkan gambar2
di tawau akan datang

from yanto johor bahru.
ang
July 12, 2006   02:06 PM PDT
 
I plan to go Gunung Lucia, can get local guide from Tawau Cikgu Lee?
mieyla & pooja
September 5, 2005   12:05 PM PDT
 
wow.......terujanya kami meninguk...cantiknya!!!!!!!! kami dah pi tempat tu,cute abisssss. rugi o.....tak pi.bravoooo,marblessss, fantastikkk.rooomantikaaaa. emmmmuaaaalah...
Lobak
February 24, 2005   11:41 PM PST
 
Wah Cikgu!! No offense, but it's so typical of a teacher - your blog. I don't know why but I always link teachers and BM. Have almost stopped using the language since I left high school, although I still have a little of the Malay slang with me when I speak. Forgive me if you find me rude, but I express myself better in English.

Btw, the pictures are awesome (AMAT MENGAGUMKAN!!) I'm planning to Visit Taman Negara, Pahang this coming semester break with my dad. Hope to see something as spectacular as this, if not better.

Sekian, Terima kasih ;)
jela
February 20, 2005   12:00 PM PST
 
saya baru balik dari sabah tak sempat berkunjung taman ini. Cantik juga. teruskan dengan gambar gambar lain sekiotar tawau
dave
February 4, 2005   04:16 PM PST
 
mungkin saya akan mengunjungi tempat itu suatu hari nanti :)
danish
January 30, 2005   06:26 AM PST
 
sangat cantik
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry

Tusyen RM33/sebulan Untuk Semua Matapelajaran