Cikgu Lee - sebelum, semasa dan selepas menjadi seorang guru
[ Home ]-[ Recent ]-[ Archive ]-[ About Me ]-[ Speaker ]-[ Toastmasters ]-[ Contact Me ]-[ FAQ ]





Nama: Lee Chye Ewe
Lahir: 1961
Tempat: Kuala Krai, Kelantan

Pelajar
SRJK(C) Yuk Chai, Kuala Krai, Kelantan (1968-1973)
SM Sultan Yahya Petra, Kuala Krai, Kelantan (1974-1979)
SM Hamzah, Machang, Kelantan (1980-1981)

Guru
SM Georgetown, Pulau Pinang (1983)
SM Perempuan Cina, Pulau Pinang (1984)
SMK Abdullah, Semporna, Sabah (1985-1988)
SMK Kuhara, Tawau, Sabah (1989-1997)




Tusyen Secara Online Terkini dan Terbaik Masakini
Custom Search



Untuk Dijual


Free counter and web stats

Lee Chye Ewe's Facebook profile


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Sunday, October 17, 2004
Siapa Yang Ponteng?

Masalah ponteng sekolah tiba-tiba menjadi perhatian umum apabila akhbar melaporkan 50% daripada pelajar di sebuah sekolah menengah di Felda, Setiu Trengganu, mencatatkan hanya 50 peratus pelajar sahaja yang ke kelas terutamanya pada hari Ahad dan Khamis.

 

Dengan cepat guru dipersalahkan. Mereka dikatakan ‘tidak pandai mengajar’ (perkataan yang digunakan oleh pihak media) sehingga menyebabkan masalah ponteng di kalangan pelajar. Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Mahadzir Md. Khir berkata, segelintir guru yang tidak kreatif dalam pengajaran sehingga menyebabkan sesi pengajaran membosankan, akan mendorong pelajar ponteng kelas.

 

Malah, menurutnya, tiada aktiviti yang menyeronokkan serta berfaedah yang boleh diisi terutamanya selepas musim peperiksaan turut mendorong ke arah perbuatan terbabit.

 

Beliau berpendapat subjek yang diajar tiada kaitan dengan keperluan pelajar dan tidak minat belajar juga sering dikaitkan berlakunya gejala ponteng.

 

Mahadzir juga memberitahu, pihak pengurusan sekolah perlu berusaha untuk memastikan sekolah menjadi tempat yang seronok kepada para pelajar mereka bagi menangani masalah ini. Selain itu, hubungan mesra antara guru dengan murid, kemudahan untuk menyokong kehadiran mereka ke sekolah serta keprihatinan ibu bapa dan masyarakat dijangka dapat menyelesaikan isu tersebut.

 

Sementara itu Menteri Pelajaran Datuk Hishammuddin Tun Hussein mengakui masih banyak faktor lain menjadi punca masalah ponteng sekolah. Kementerian beliau menyedari gejala ponteng sekolah di kalangan pelajar bukan hanya disebabkan guru yang `dikatakan tidak pandai mengajar' serta ketiadaan aktiviti berfaedah selepas musim peperiksaan.

 

Oleh itu, beliau menuntut usaha bersepadu antara pihak kementerian, ibu bapa, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pihak berkuasa dan kementerian-kementerian lain untuk turut bersama membanteras gejala ponteng berkenaan.

 

Beliau berpendapat isu ponteng tidak boleh dilepaskan kepada guru dan sekolah sahaja, ibu bapa perlu memainkan peranan kerana menurut pemerhatian kementeriannya, kebanyakan ibu bapa tidak tahu-menahu langsung aktiviti anak-anak mereka.

 

Selaras itu, kata beliau, peranan ibu bapa dalam Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), NGO, pihak polis dan kementerian-kementerian lain akan diambil kira dalam usaha memperkasakan perancangan kementerian.

 

Dalam pada itu, Hishammuddin berpendapat, golongan guru perlu lebih kreatif dalam kaedah pengajaran mereka agar dapat `menangkap' dan mengukuhkan minat para pelajar. Dengan pembangunan dan perubahan kini yang melahirkan anak-anak yang lebih moden, guru-guru dituntut mempunyai kemahiran lebih daripada hanya kemahiran mengajar. Mereka tidak harus menumpukan kepada aspek akademik semata-mata tetapi mengambil pendekatan yang lebih menyeluruh.

 

Mengulas isu yang sama, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu guru-guru yang dikenal pasti `tidak pandai mengajar' diberi kursus latihan dan kemahiran pengajaran tambahan sebagai salah satu usaha membendung masalah ponteng sekolah yang semakin berleluasa.

 

Tegas Timbalan Perdana Menteri, kursus itu perlu supaya penguasaan para guru dalam teknik pengajaran mampu dipertingkatkan untuk menarik minat pelajar terhadap mata pelajaran yang diajar. Para guru perlu berusaha menjadikan suasana pembelajaran di bilik darjah sentiasa segar bagi memupuk emosi seronok dan minat yang berkobar-kobar di kalangan pelajar untuk belajar.

 

Reaksi daripada Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) dalam perkara ini agak keras. Mereka dengan tegas menolak dakwaan kononnya guru `tidak pandai mengajar' menjadi punca masalah pelajar ponteng sekolah semakin berleluasa.

 

Mereka meminta Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Mahadzir Md. Khir supaya tidak menuding jari menyalahkan guru semata-mata dalam isu berkenaan. Mereka meminta Mahadzir menyiasat perkara berkenaan dengan lebih mendalam kerana ia bukan isu baru dan jika terdapat guru yang bermasalah, semua pihak yang bertanggungjawab harus bekerjasama menyelesaikannya.

 

Mereka merasa tidak puas hati kerana dipersalahkan dalam hal ini. Banyak punca menyebabkan pelajar ponteng seperti kekurangan guru di sekolah, guru kerap dipanggil berkursus, mengikuti seminar dan menghadiri mesyuarat pada akhir tahun.

 

Persatuan itu juga mendakwa 40 peratus waktu guru digunakan untuk tugas perkeranian, pelajar terlalu tertekan dengan trend kecemerlangan dalam peperiksaan, tarikh peperiksaan kebangsaan kurang sesuai dan pengaruh luar seperti Internet, televisyen dan rakan sebaya, merupakan punca lain yang menyebabkan masalah ponteng sekolah. 

 

Malah NUTP meminta Bahagian Pendidikan Guru meneliti semula sama ada kurikulum untuk latihan guru yang diguna pakai sekarang sesuai dengan peredaran masa.

 

Sementara itu Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat pula berpendapat, Kementerian Pelajaran perlu menyediakan kursus motivasi kepada guru bagi membolehkan mereka mendapat inspirasi baru dan lebih kreatif menyediakan program menarik minat pelajar. Tekanan kerja dan kurang pendedahan dengan program kursus yang bersesuaian dapat mengakibatkan guru merasa bosan dan ketandusan idea kreatif untuk mendidik.

 

Saya menjangkakan isu ini akan mengisi ruangan pelbagai media buat beberapa ketika. Semua orang akan memberikan pendapat. Ada yang membincangkan masalah sebenar. Ada pula yang akan membahaskan maruah golongan tertentu yang merasakan mereka dipersalahkan. Selepas itu ia akan dilupakan dengan begitu sahaja, seperti juga yang pernah berlaku sebelum ini.

 

Masalah ponteng bukanlah masalah yang baru. Punca timbulnya masalah ponteng juga bukan merupakan sesuatu yang baru. Perbahasan boleh diteruskan. Perbincangan boleh dilanjutkan dan tuduh menuduh biarlah sampai ke tujuh keturunan, tetapi yang nyata masalah ini tidak akan selesai.

 

Jika hendak ditunggu fakta dan data dalam bentuk statistik yang dikumpul, dianalisa dan dibuat keputusan selepas beberapa siri mesyuarat, gejala ponteng yang ada akan tetap berleluasa. Jika kita merasa tersinggung kerana sesuatu yang benar dipaparkan di depan muka kita dan mencari alasan untuk dialihkan pandangan serta mencari mangsa lain untuk menanggungnya, alamatnya tidak akan dapat selesai masalah ponteng sekolah.

 

Kalau setiap guru meluangkan sedikit masa yang lebih, biar dalam keadaan yang sibuk dengan apa jenis kerjapun, untuk mengambil tahu tentang masalah pelajar, lebih waspada dengan perwatakan dan tingkah-laku pelajar-pelajar di bawah kawalannya, masalah ponteng akan dapat dikesan dan dibendung terlebih awal.

 

Jangan tunggu kita dilantik sebagai guru disiplin atau guru kaunseling barulah kita hendak mengambil berat tentang latar belakang dan masalah pelajar, lakukan sahaja asalkan kita seorang guru, cikgu. Jangan ditunggu arahan ketua bidang, pengetua, pegawai pendidikan bahagian, pengarah pendidikan mahupun menteri pelajaran, lakukan sahaja apa yang baik untuk pelajar. Itu memang tugas kita.

 

Kalau setiap ibu bapa meluangkan sedikit masa yang lebih, biar dalam apa jua keadaan, untuk mengetahui gerak-geri anak-anak kita, mengetahui perkembangannya di sekolah dan melibatkan diri dengan aktiviti di sekolah tentunya kita tidak akan dipanggil oleh pihak sekolah apabila anak kita tidak pergi kesekolah. Jangan sekali-kali membandingkan wang ringgit pekerjaan dengan masa depan anak-anak.

 

Kalau setiap ketua, biar ketua besar atau kecil, ketua tua atau muda, ketua lelaki atau perempuan, dapat melaksanakan tugas bersama-sama dengan orang di bawah jagaannya, seperti saranan Perdana Menteri, “Bekerja dengan saya bukan bekerja untuk saya” maka apa juga masalah yang dikesan bukan lagi menjadi masalah orang lain atau orang bawahan kita tetapi masalah kita bersama. Kita tidak akan lagi tuduh-menuduh sekadar melindungi diri dan lari atau ponteng daripada masalah yang sebenar.

 

Kalau kita dapat melakukan sedikit lebih daripada apa yang sedang kita lakukan, tanpa disuruh atau dipinta, kita akan dapat melihat hasilnya dalam masa yang terdekat. Bezanya, mahu atau tidak?

 

Jangan kerana pelajar ponteng sekolah kita juga ponteng pejabat, ponteng kerja, ponteng tugas dan ponteng tanggungjawab! Kita semua diperhatikan dan kita semua dinilai atas apa yang kita lakukan dan apa yang kita perkatakan.

 

 

Rujukan:

Di sebalik Masalah Ponteng Pelajar


Dicatat pada 05:01 pm oleh cikgulee

Moncler Frakke
April 26, 2012   09:15 PM PDT
 
Love those! I enjoy following your posts on facebook and rss!,493061,http://cikgulee.blogdrive.com/archive/69.html
Air Jordan 2012
April 12, 2012   06:43 PM PDT
 
Blogs are so informative where we get lots of information on any topic. Nice job keep it up!!,181520,http://cikgulee.blogdrive.com/archive/69.html
karachi online shopping
December 3, 2011   03:11 PM PST
 
This is generally a wonderful website i should say,I enjoyed reading your articles. This is truly a great read for me. I have bookmarked it and I am looking forward to reading new articles. Keep up the good work
karachi online shopping
December 1, 2011   07:08 PM PST
 
A great article indeed and a very detailed, realistic and superb analysis of the current and past scenarios.
Security Equipments
October 5, 2011   08:55 PM PDT
 
nice post
web hosting
July 27, 2011   03:21 PM PDT
 


I definitely enjoying every little bit of it and I have you bookmarked to check out new stuff you post.
Web Design
June 23, 2011   07:34 PM PDT
 
Hi, I have just visited your site and the info you have covered has been of great interest to me.
UK Education Consultants
June 7, 2011   02:12 PM PDT
 
A great article indeed and a very detailed, realistic and superb analysis of the current and past scenarios.
Study Consultants
April 28, 2011   05:07 PM PDT
 
If you want to see the mind blowing article with real facts and figures, this has really tremendous impacts on readers.
Apron
April 8, 2011   06:41 PM PDT
 
My friend suggested me to visit your blog. Very well explained. I would like to say that it is very interesting to read your blog.
Web Design
April 7, 2011   08:20 PM PDT
 
It’s glad to see good information being convey. Its a very nice written, and i
really like these blog. Thanks for the info.
AIMANIS
August 18, 2010   05:45 PM PDT
 
act masalah yang dah jadi budaya ni takan abis slagi masing2 nak tunding jari 1 ke orang lain..baki empat ke diri sndiri...
nape penat berfikir cara nak settle..sya yang juga terbabit dan terbabat sma dalm kes ponteng nak cdgkan..pnsyrh...ckgu...pntdbir..dah puas pikir..apa kata mntak plajar laks pkir...bila diorang mula berpkir..sbg guru kita guide diorng dgn menekankan masa depan dan matlamat hidup sndri..kena bg tggjawab kat student ni..bpkir nape ponteng..ajak berbicang dgn ckgu yang dsyangi lagi dpcyai...kt tak tau yang sbnrnya..main agak2..tuduh2..biar student ni settle sndri mslah ponteng ni...kt mnta diorng suggest jalan pnyelesaian...then..kita pilih yang relevan utk dilaksanakan..ubah ckit cara...jgn syok sndri..sama2 jaga hati..bila pnsyrh..ckgu jaga n baik ngan student..tak rugi..gnjaran yg sama akan dpt balik...percyalahhh
student a.gajah
June 23, 2010   06:52 PM PDT
 
mmg btol pon.. ada juga pelajar ponteng disebabkan guru mengaturkan masa masuk ke sekolah pada waktu pg tidak seperti sekolah2 lain.. lebih awal.. ini juga boleh menyumbg kepada gejal ponteng ini
sidin
May 3, 2010   02:37 AM PDT
 
budak2 skrg dah tak minat belajar..lebih suka lepak dgn kwn2..pengaruh budaya dan persekitaran zaman skrg..budaya barat jd ikutan..budaya timur terhapus sudah..
slumber
May 3, 2010   02:28 AM PDT
 
budak zaman sekarg xsama mcm dlu..degil dan hati batu..sbb tu ajar jd baik xnak ikut..besar kepala..mak bapak asyik persalahkan pihak sekolah..ingt lahir ank terus antar ke sekolah ke..mak bapak yg harus ajar n didik anak2 kat rumah dulu,sebelum guru..biar jd manusia yg pandai hormat guru..ini tdk biadap dgn guru..sikap anak2 maybe terbentuk dr hasil dan rezeki yg tak halal..darah yg mengalir dlm tubuh mereka xsuci,kotor..jd hati pun tak mcm manusia lg..lu pikir la sendiri..
hamba Allah
May 3, 2010   01:48 AM PDT
 
hai semua pembaca..
topik ini amat mendukacitakan para guru..apabila dipersalahkan..sedangkan anak murid di sekolah ada ibubapa masing2..guru hanya dapat mendidik di sekolah sahaja..tugas dan perhatian ibubapa mendidik akhlak anak2 mereka supaya menjadi manusia berguna..bukan menjadi pakar panjat tembok sekolah, biadap dgn guru, isap rokok ganja dll..perhatian ibubapa amat penting..kerana bl disoal murid yg bersalah pasti dia akan menjawab ibubapa saya tak penah marahkan saya..saya bebas buat apa sahaja.jadi mana letaknya peranan ibubapa..dalam mendidik akhlak anak2 zaman ini..
dhyiela nabilah
February 16, 2010   03:37 PM PST
 
saya rasa lah kan...pelajar yg ponteng tu pelajar yg mau jadi kurang pandai....betul tak???????/
Muhd Suhaily
May 8, 2009   12:09 PM PDT
 
Salam,

Ponteng ini bermula dari keinginan dlm diri samada ingin mencuba sesuatu dan pengaruh dari keadaan sekeliling yang membawa kepada pelajar tersebut ingin mencuba walaupun mereka tahu tindakan itu salah. Trend ini menjadi ikutan sebab bila ramai yang cuba ponteng, mereka akan terikut-ikut, jika org lain boleh buat then terdetik dalam hati..saya pun nak try lah...mereka inginkan kepuasan dlm diri. Memang perkara ini terjadi banyak faktornya, bukan saja kedaan sekeliling malahan faktor media,ibubapa dan daya pemikiran pelajar yang semakin kreatif namun disalah guna sehingga menjadi pro aktif apabila terlalu mengikut naluri masing-masing.
who ever you want
May 6, 2009   07:12 PM PDT
 
where's the answer??????
ellieyna
October 13, 2008   10:02 PM PDT
 
i think this problem is caused mostly by friends
mama
September 11, 2008   11:47 AM PDT
 
sya rs sume pihak patut d pertanggungjwbkan.bkn menyalahkan 1 pihak shj.
HASFARILLA
July 23, 2008   02:37 PM PDT
 
Di dalam masalah pelajar ponteng ini kita seringkali membicarakan perkara yang sama berulang-ulang. Semua pihak cuba mengetengahkan masalah yang hanya berkaitan dengan pelajar ponteng tanpa memikirkan apakah punca masalah gejala kurang sihat ini berlaku. Kita perlu selam jauh ke dalam hingga ke peringkat akar umbi agar kita pasti punca sebenar masalah ini. Tidak perlu kita menyalahkan orang lain tanpa kita muhasabah diri sendiri. Persoalannya adakah kita telah menunaikan tanggungjawab dan amanah yang diberi oleh Allah itu dengan sempurna ? semua pihak berkepentingan dalam menangani masalah ini. Apa yang pasti penerapan nilai itu baik di rumah mahu pun disekolah telah terabai hingga menyebabkan anak-anak rasa kekosongan jiwa dalam kehidupannya. Cubalah kita fikirkan......
iela..
July 10, 2008   01:26 AM PDT
 
student..sye rse bukan salah ckgu kerana ckgu mmang de pngalaman mngajar gejala srpti nieh sbenar nyer dtg dari dri sndiri..sye tau sbab sye sorang plajar sye pn pnah ponteng klau seseorang plajar tiada kyakinan dri tok blajar dia kn ase mlas tok blajar n ksedaran dri dunia skarang brteknolog tnpa klulusan tiada pekerjan..
bahtera biru
March 24, 2008   05:36 PM PDT
 
masalah ponteng ni perlu dibendung dgn lebih meluas.
kerajaan kata nak wujudkan insan kelas pertama,tapi dgn cra kepimpinan yg ditunjukkan oleh mrk sy ykin budaya ini ditak akn dpt kita bendung
lai
February 26, 2008   01:16 PM PST
 
semua masalah ni berpunca daripada sistem pendidikan negara. peranan guru untuk mendidik anak telah disekat dengan pelbagai halangan. kesempatan ini telah digunakan oleh ibu bapa untuk menghukum guru jika tindakan dikatakan terlalu ekstrimmm...cubalah bayangkan tugasan cikgu yang bertimbun. tambah lagi dengan kerja perkeranian, kursus, mesyuarat dan sebagainya....tlalu banyak...macam mane guru nak jadi terbaik dalam kelas????..sehingga banyak masa bersama keluarga tpaksa dikorbankan untuk sekolah tanpa diberi sebarang imbuhan??????///
cikgu_manis
February 21, 2008   09:59 PM PST
 
a'kum...
saya baru sahaja belajar daripada murid saya sendiri dengan apa yang mereka sendiri belajar di rumah dan di sekolah, saya rumuskan disini adalah tentang bagaimana pelajar kita hari ini menghabiskan masa di rumah dan disekolah. Puncanya ibubapa tiada dirumah, tiada disiplin terbentuk di dalam keluarga, tiada komunikasi yang baik, terlalu "BAGI MUKA" anak kesayangan sehingga mereka ajukan masalah kepada guru bagaimana nak disiplinkan anak mereka. (tau buat anak tapi tak tau nak jaga) sorry la tuan2, puan2, adakah tanggungjawab guru sepenuhnya untuk bentuk pelajar jadi cemerlang, sebahagian ok, saya setuju, tapi yang selebihnya siapa????? guru juga? guru kene jaga pelajar tonton apa hari ini di rumah? ke mana dan di mana mereka berada sekarang? siapa yang kene ambil tau ni?? cikgu lagi,,... kalau macam ni, memang patut NUTP buat lagi1 permohonan kenaikan pangkat(bukan gaji je) bagi guru yang ambil "tau sangat" tentang anak-anak lain. saya sedia maklum tugas guru hari ini, dan peranan ibubapa yang sibuk mengejar harta benda untuk kebahagian keluarga, tapi sikap pelajar kita hari ini perlu mendapat perhatian dari rumah, bukan dari sekolah, cikgu tak efisyen bukan sbb cikgu tak bagus, cikgu dok goyang kaki, tapi sikap pelajar hari ini yang membuatkan cikgu lemah dan lemas, bak kata pepatah melayu, benda yang selalunya baik kita lakukan tapi tidak kelihatan di mata orang, yang tahu kita saja, yang nampak buruk je, jangan lah bangga sangat dengan pusat2 tuition kat luar tu, ehhh diaorang pun cikgu gak la... nak carik partime income je ( yg lagi best anak2 dapat cemerlang beli kertas soalan bocor... tu makbapak tau tak? )... budak2 nak belajar boleh cari jalan, tak nak boleh jalan, ambil duit gaji je.....( bukan semua).

Nak budak2 giat dengan koku? mmmmm.. nonsence la beb!!! hari ni kita tgk mcm2 teknologi... apa barang buat aktiviti kat sekolah,, tak klas la.. (tu yg budak cakap). baik pegi cc ( mcm2 ada..........).. cikgu dok tunggu mcm belacan kat sekolah tak de respon( kesiannnn cikgu) itu siapa yang nak buat kajian tindakan... jgn cakap tengok dan lihat anak-anak milenium hari ini, lebih expect cakap tentang tidak sepatutnya.
Guru hari ini hanya untuk memastikan kerja cemerlang jika ibubapa dan semua pihak turut menjadikan media teknologi kepada berbentuk dan berunsurkan pendidikan, bukan semata2 cari duit berbuyung2 atau kepentingan peribadi syarikat( untung je nak... risiko tak ambil kira) pandai2 lah nak kreatif kan sumber? media tv dan surat khabar tu, jgn tau masalah alam sekitar je, masalah rasuah je, cakap biar kaji dulu, jgn nak hentam guru sesuka hati, buat mcm karam singh tu, ada bukti baru masuk tv, ni tak de, eeeee diorg ni, belajar je tinggi2 tapi otak beku!!!!
cheeky gurl
February 13, 2008   07:19 PM PST
 
hai
ruru
February 11, 2008   04:33 PM PST
 
aslm..bg saya x sepatutnya kita menyalahkan guru semata.pelajar sekarang semakin terdedah dengan dunia luar.enjoy je.masa zaman saya dulu,masalah ponteng sekolah nie tidak lah terlalu membimbangkan.tetapi sekarang makin menjadi2.malah mereka pun da x hormt guru.ibubapa zaman kini pun x memainkan peranan mereka..kerja2 je tau..jg anak x tau..ke mana anak pergi pun x ambil tau..bagaimana tu??pikir2kan lah.
cikgu ct
February 10, 2008   04:46 PM PST
 
saya rasa cikgu juga harus dipersalahkan ini kerana cikgu juga perlu caru alternatif lain supaya budak minat belajar
Yan
January 30, 2008   10:39 AM PST
 
Cikgu Lee, kita semua tahu kebanyakkan masa remaja kita yang bersekolah menghabiskan masa dengan merokok.kita juga tahu kebanyakkan masa remaja kita berada di sekolah.selain peranan pihak berkuasa dan institusi keluarga.apakah peranan seorang guru untuk menangani masalah ini dan bagaimanakah langkah yang progresif perlu diambil?
Ekh
November 11, 2007   09:29 PM PST
 
Elo........sbenarnye masalah ponteng ni berpunca daripada perangai ibu bapa d rumah.BUKAN KERANA GURU SEMATA2.....klu la ibu bapa sentiasa pantau anak2 mereka dari semasa ke semasa x de la anak2 mereka ni terjebak dalam masalah ini.
budak baik
October 27, 2007   12:29 AM PDT
 
salam...bagi sy semua pihak perlu cari jln penyelesaian utk atasi gejala ponteng bknnya asyik tunding jari kpd pihak tertentu shj.ibu bapa perlu pantau aktiviti anak, persekolahan serta pljrn anak2, guru perlu lebih kreatif n xhanya berpandukan buku atau sukatan pljrn semata2,pihak sekolah perlu ambik kisah jgk klau wujudnya gejala ponteng di sekolah
awi
September 26, 2007   03:15 PM PDT
 
aku rasakan,pendapat aku tak sama dengan korang. so no komen.
Pelkut kecik
September 26, 2007   02:54 PM PDT
 
Kita perlu banyak lakukan kesalahan disiplin....baru cikgu suka...hehehe
gOB-lIN
September 26, 2007   02:53 PM PDT
 
PELURU KUMBANG
Name
September 26, 2007   02:52 PM PDT
 
betul tu....saya sokong 100%...hehe
mysara
September 6, 2007   07:26 PM PDT
 
sape cakap guru adalah penyumbang terbesar gejala sosial.apa pun tepuk dada tanya iman...
zoey
September 5, 2007   11:38 PM PDT
 
jgn nk salahkan guru jer.sebenarnya masalah tu bpunca dari diri pelajar itu sendiri. Kenapa terjadinya gejala ponteng ini.kadang-kadang sikap pelajar yang terlalu manja menyebabkan mengapa guru terpaksa melakukan pelbagai cara supaya dapat membasmi masalah sedemikian.zaman sekarang guru seolah-olah kena mengikut rentak pelajar. Guru sentuh sikit jer,mula nk main saman.Macam mana nak maju. Saidina Umar pernah berkata kalau nak lihat kemajuan,lihatlah pada generasi mudanya..wallahualam
kte
August 22, 2007   05:06 PM PDT
 
sebenarnya banyak pihak yang terlibat dalam masalah ni.kite tak perlu mnyalahkan sesiapa,yang pasti perlu pikirkan cara untuk mengatasi.pelajar yang ponteng mestilah dipanggil dan siasat kenapa mereka bsikap demikian.kemudian ambik inisiatif untuk menyelesaikan agar ia tidak berulang lagi.
kte
August 22, 2007   05:02 PM PDT
 
ntah
tasya
August 14, 2007   12:57 AM PDT
 
gelaja ponteng sebenarnya bermula dengan diri sendiri kalau malas nak bljo semua alasan ada2 jerr...yang pasti tekad dihati tak de kne mngena ngan orang lain..klu dasar pemalas, pemalas jugerrr la.. tak dapat nak mnlg. kita semua pernah beljo dan yang masih bersekolah tuu.. masih terkapai-kapai lagi cari arah tjuan utk masa hadapan. klu dah buat kptsan memonteng jerr kjerr nyerr.. klu dah hbs bljo tak dapat kjerr padan nyerr muka baru tau masa tuu ..skrg korang suker2 la kutuk sana kutuk sne..bilerr dah tua nanti baru korang mnyesal tak sudah. ilmu tuu..kat mner2 samer jerr..cuma otak kita klu dah di setkan dengan tanggapan yang sepatutnya maka jadi la cam tuu..saya juga student tau juger prsan tu cam mnerr.. tapi tak de la sampai ptg..klu korang ponteng maknanya koranglah manusia yang plg rugi di dunia ini.....sekian...
nurqalbi
August 13, 2007   12:05 PM PDT
 
assalamualaikum...em sayer tak setuju sangat la dgn pendapat org yang asyik nak salahkan guru....korang kener sedarla skit,maner ader org yg perfect 100%...cam2 jgkla guru.....yang salah sebenanyer diri sendiri.....cepat sangat terpengaruh ngan anasir2 jahat....ni menunjukkan diri sendiri 2 tak ade pegangan agamer yang kuat...,lagi satu kalo kader niat nak ponteng jer cuber bayangkan wajah ibu bape kiter....dgn penuh harapan dier bgi kat kiter moger2 dapat tgk anak dier berjayer d dunie n akhirat tapi kalo kiter ponteng,leburla harapan diorang........, lastly kalo kiter ader masalah,jangan tuding jari kat orang lain.....must remember...kalo takder guru,tak mungkin adernyer orang yang berjayer skarang.so renungkanlah.....wassalam
cekgu garang
August 12, 2007   12:26 PM PDT
 
masalahnya sekarang ialah pihak sekolah atau guru-guru terikat dengan arahan dan peraturan yang dibuat oleh pihak kementerian. guru tak boleh ambil tindakan yang mereka rasa betul tapi salah pada pandangan kementerian. macammana guru nak disiplinkan murid yang ponteng kalau guru tak boleh jatuhkan hukuman yang lebih berat kepada murid. murid sekarang dah tak lut dengan hukuman yang ringan-ringan. kene bagi hukuman yang lebih berat. tapi guru tak boleh buat apa yang dia rasa betul. selagi guru tak diberi kuasa untuk mendisiplinkan pelajar, selagi itulah masalah disiplin tak dapat diatasi. ibarat orang bersalah, tapi tak boleh dihukum!
Name
July 6, 2007   09:22 PM PDT
 
guru sebenarnya tidak bersalah.Ponteng sebenarnya disebabkan oleh pelajar yang tiada disiplin dan berasa tidak seronpk dalam belajar.
Ashilla
June 27, 2007   01:48 AM PDT
 
Aku pun tak retilah ngan kes ini.
Lantaklah ngan pelajar tu.
Guru di sekolah aku dah berbuih mulut....
Dah tension sgt ngan perangai bebudak yang tak tahu tujuan ke sek.Kena lagi ngan kerani yang tak ada tanggungjwb.Semua dokumen atau urusan guru sendiri yang taip. Guru terlalu banyak kerja.
Korang tau tak ?!!!
Cuba !korang jadi guru
i'm agree!
June 5, 2007   10:08 PM PDT
 
cikgu2 kena terime ye luahan hati murid! ni fakta! sbb murid yg kena!bkn CIKGU! mmg cikgu baik coz ajar kitorang.. tp cbe la buat sampai murid tu x nak balik sebab sronok blajar! KALAU boleh la.. thanx alot ye cikgu!
a student!
June 5, 2007   10:04 PM PDT
 
yup! i'm so agree wit u! u noe wat?
some tcher in my skewl often go out to bring those who participating the sports to competition! is sport more important than study??
as a prove, i failed my physics! if they always not in skool,i think better we just sit at home! study by myself!
hikaru
June 2, 2007   06:33 PM PDT
 
ponteng tidak akan terjadi jika pelajar itu tidak bergaul dengan orang yang 'kurang'.so kalau taknak masuk jail,jgn ponteng ye semua
bakal guru
April 2, 2007   10:48 AM PDT
 
pada pandangan saya,sebenarnya masalah ini berpunca dari kelemahan pelajar itu sendiri dalam mengawal kehendak dan nafsu mereka.sekiranya pelajar mempunyai jati diri yang kuat mereka dapat menangkis sebarang hasutan,ajakan mahupun pengaruh daripada luar.contohnya faktor pengaruh rakan sebaya,seorang pelajar yang mempunyai jati diri yang kuat tidak akan terpengaruh dengan ajakan atau tindakan rakan mereka yang teruk..oleh itu punca utama segala masalah sosial yang melibatkan pelajar adalah berpunca daripada jati diri yang lemah dan otak yang lemah dan LEMBAP!!
pian
March 23, 2007   09:53 AM PDT
 
nice
jayliza
January 8, 2007   05:07 PM PST
 
actually blaming the teachers and parents is absolutely so not logical.....truancy....skipping classes and so on are done by students which are so dumb...not knowing tht its their own mistakes....and yet they want to blame others....
hantu raya
August 21, 2006   12:51 PM PDT
 
saya sebagai senior berasa amat berbangga dengan meningkatnya kadar kepontengan pelajar ke sekolah .. dalam hal ini , tiada siapa patut dipesalahkan ...ikut suka lepa la lepa yang ponteng... yang nak bodo nanti lepa jugak...
ykw
July 27, 2006   03:37 PM PDT
 
ini semua tak betul , semua salah cikgu yang tidak mahu mengajar
azura
June 23, 2006   11:55 AM PDT
 
Salam sejahtera,
Dlm menangani masalah 'absenteeism' kita tak sepatutnya menunding jari kepada satu pihak sahaja. It won't settle the problem as this is caused by many factors yg patut kita tangani secara bersama-sama. Faktor ibubapa, rakan sebaya, guru-guru, pentadbiran dan pelajar itu sendiri perlu dikenalpasti. Perlu diingatkan bahawa masalah ponteng sekolah adalah indikator kepada masalah salah laku yang lain seperti merokok, vandalisme, buli, dadah dll. Masalah ini telah lama berlaku, jadi tiba masanya kita lakukan satu tindakan/program utk menyelesaikannya spt di negara barat tlh byk aktiviti kearah membanteras gejala ponteng....
mainur
April 21, 2006   05:43 PM PDT
 
saya rasa guru dan pengaruh rakan menjadi punca utama.
tulip_31
April 7, 2006   11:48 AM PDT
 
I rasa gejala ponteng kelas bukan lagi isu yang baru didengar ini kerana saya pernah merasa sendiri pegalaman itu disebabkan oleh pengaruh rakan yang tak minat belajar sekarang saya merasa menyesal kerana ponteng kelas hanya sekali dalam hidup saya saya tertinggal kelas kerana tak tahu pukul berapa kelas strart kerana jadual asyik bertukar
student........
March 26, 2006   03:22 PM PST
 
i m a student.. n i tink the main reason we student skippin school is bcoz our teachers.. only 30% teachers in my school is ok.. the other 70 is k.o... hmm.. i really think tat blaming parents is wrong. i mean.. i duno about other student but.. i spent a LOT of my time wit my so-called-bloved-school than my parents.. so, i really tink tat the main reason we skippin school is bcoz the lack of teachin skill from teachers.. otherwise.. y we go to tuition? ryte?
Was there..
March 13, 2006   12:58 PM PST
 
A'kum & slm sejahtera,
Budaya 'escapism' di sekolah byk disebabkan olh faktor2 dalaman & luaran yg kdg-kala kita sbg ibubapa/penjaga,guru dsbnya sendiri tidak merasakan kehadirannya.
Secara jujur, saya sendiri pernah ponteng sekolah walaupun tidak sekerap mana. Jika diimbas balik,antara sebab yang ketara termasuklah penyampaian guru yang tidak efisen & konsisten, subjek yang tidak digemari, rasa 'stress' dengan kelas @ guru dan tidak ada 'mood' pada masa itu.
Bagi saudara/saudari yg saya rasa sudah cukup berpengalaman dalam hal ini tentunya tahu sebab-musabab tentang mengapa rakan-rakan anda ponteng pada waktu itu.
Janganlah jadikan isu ini sebagai permainan 'ping-pong '.
Berperananlah & bekerjasamalah.
* Ketika saya menjawab persoalan ini, saya sedang mengikuti KPLI di salah sebuah maktab perguruan. Tercetus idea utk memberi komen kerana saya 'berpengalaman' ponteng bersama rakan-rakan sewaktu zaman persekolahan dahulu dari beberapa sekolah sekitar 'sini'. Rata-rata pada masa itu, kami semua 'berkongsi' alasan luaran & dalaman yang sama iaitu
a) Sikap tidak endah dgn pelajaran
b) Tidak 'seronok' berada dirumah
c) Pengajaran guru krg/tidak memberangsangkan

Renungkanlah.
mee
March 4, 2006   02:52 PM PST
 
saya kurang bersetuju jika ada yang mengatakan guru yang seharusnya di persalahkan dalam hal pelajar yang ponteng sekolah ni, bagi saya ibu bapa adalah orang yang paling dekat dengan anak2 mereka yang seharusnya menitikberatkan masalh yang menimpa anak2 mereka, ibu bapa sering menyalahkan guru2 sedangkan mereka tidak sedar yang mereka terlalu sibuk mencari harta, menjaga anak2 yang masihkecil dan anggap anak tang dah besar ni x perlu lagi perhatian, padahal anak2 muda yang sering mendapat perhatian dari ibu bapa mereka sebenarnya takut untuk melakukan perbuatan2 yang memburukkan nama ibu bapa mereka..
honey
February 15, 2006   03:35 PM PST
 
pelajar ponteng,mesti nak salahkan guru..rasanya ponteng berpunca dari murid tu sendiri...well,saya pun penah gak jadi pelajar.mmg la sesetengah guru kurang menguasai kemahiran pedagogi,tapi klu murid tu sendiri tak kuat semangat nak belajar, benda-benda sebegini memang akan dijadikan alasan kukuh tak ke sekolah..
kebanyakan guru yang tak pandai nak mengajar tu pulak bukan betul-betul tak pandai..tapi tak minat nak mengajar..ye la..ape2 sekarang,kerja punya pasal sanggup mohon kpli walaupun langsung takde hati jadi guru...yang jadi mangsa tumpang sekaki nama buruk tentula guru-guru yang lain...banyak cara boleh dilakukan untuk atasi masalah ponteng...asalkan semua pihak bagi kerjasama yang sepatutnya,ponteng boleh dibendung..
mohd zaidi
February 9, 2006   03:08 PM PST
 
cikgu apakah faktor yang menyebabkan masalah disiplin palajar sekarang ni kian serius dan bagaimana hendak mengatasinya
LianaMY
September 13, 2005   10:06 PM PDT
 
Hi Cg Lee. Web berinformasi n gud idea!
Apa dah jadi dgn pelajar2 kita hari ini? Semakin kita dipermudahkan, apa nak dapat senang diperolehi.... semakin byk cabaran! Ponteng seolah2 satu perkara biasa sahaja bg pelajar. Bukan tak kena rotan pun. Diberi surat2 amaran malah dibuang sekolah pun tak memberi kesan kpd mereka! Mereka tak berperasaan ke? Tu baru PONTENG! Yg kes lebih berat spt belasah kawan, peras ugut, bunuh?????? Tuler cabaran besar GURU zaman milenium ni. Terdera dgn sikap pelajar, tekanan dan pelbagai lagi. Hanya GURU yg memahami GURU!
sani
August 22, 2005   09:55 AM PDT
 
masalah pnteng adalah disebab pelajar kurang minat blajar.
apple_mint
June 9, 2005   12:52 PM PDT
 
saya selalu gak ponteng skool... sebab cara cikgu mengajar boring sangat... takde mood nak blajar. baik tidur kat hostel
Tomatoinc
October 22, 2004   01:04 AM PDT
 
bad teachers could be a problem, but it shouldn't be the core reason. for every student have at least 3-4 different teachers a day. are all of them bad? probably not.

on improving the quality of teaching...i suggest two approachs
a) increase the wages to make teachin attractive to capable graduates.
b) sack all rubbish teachers. at the moment, anyone who is willing can become teacher, just as long as u are not really dumb. how can students respect teacher as such?
gotterdammerung
October 20, 2004   02:01 PM PDT
 
Ponteng sekolah ni dah jadi satu penyakit politik bukan lagi penyakit masyarakat majmuk kerana bila ianya jadi kepala berita ahli politik dengan spontan menuding jari kepada ibu bapa. Sejak dulu lagi bila saja timbul masalah disiplin pelajar, ibu bapa akan jadi kambing hitam samada di awal atau di penghujung masalah.

Kalau ibu bapa di tuding jari ke arah muka mereka, maka apa perlu kita ada birokrasi pelajaran? Ibu bapa bukan satu organisasi yang tersusun (organised) untuk berdepan dengan masalah persekolahan tetapi rakyat melantik kerajaan untuk mengadakan organisasi tersusun itu (kementerian) agar dapat menangani masalah dengan cara yang saintifik dan tersusun.

Kalau ibu bapa dapat mengatasi masalah di sekolah, saya suka melihat ini berlaku jadi kita semua pembayar cukai tak perlu buang wang kita untuk menggaji kementerian dan menteri yang tak habis-habis menyalahkan ibu bapa.

Kita tahu ramai ibu bapa yang berjaya mendisiplinkan anak- anak mereka dan tidak ramai yang tidak. Yang tidak ramai inilah menjadi racun kepada yang ramai maka itulah perlunya kita memilih kerajaan untuk mengadakan jentera bagi melindungi racun yang kecil ini dari menular ke dalam masyarakat majoriti.

Saya hanya minta kerajaan menggunakan tempoh 5 tahun untuk selesaikan satu masalah bukan menjadikan tiap-tiap 5 tahun berulang dengan masalah yang sama. Bila agaknya kerajaan akan belajar dari kesilapan yang sama dan berulang-ulang.

Menteri bersilih ganti masalah tetap sama.
Tomatoinc
October 19, 2004   06:25 PM PDT
 
maaf ya kalau bahasa saya kurang memuaskan. oh well, i think i ll use english.

Dear Mr Lee, as a student still myself, and a recent graduate from the antiquated education system of Malaysia...i certainly have to agree with you that the responsibility of getting students to school lies with everyone, ranging from government, ministry of education, school administration, teachers, and students themselves.

However, i think the more important factor here is the parents. Parents should drive the children to love to go to school. There's no argument such as "tiada apa-apa untuk dipelajari di sekolah". If the teachers are THAT useless (which are applicable in some cases), students can still do and learn alot in school. That's where the school and teachers come into the picture.

Back in my time in Victoria Institution, almost everyone loves to come to school. Most of us have our own agenda in school, be it being part of the 'strict academic' classes, or being part of the active fun co-curriculum activities. Somehow we fall in love with the idea of coming to school. I spent more of my time in school, be it to study, to play soccer or basketball with my mates, to be involve in scouting activities..etc.

So, masalah ponteng sekolah itu salah siapa bukan seperkara yang penting. pada pendapat saya, ia lebih penting untuk merangka cara untuk menbendung gejala ini, and mengatasinya.

i hope my words above has soem insights. :P
ali allah ditta
October 18, 2004   01:58 AM PDT
 
Saya setuju dengan pandangan tentang guru yang tak pandai mengajar sebagai salah satu punca ponteng sekolah.

Sememangnya tiap2 sekolah terdapat hampir antara 20-35% guru yang tak tahu mengajar atau tak ada teknik mengajar yang sempurna. Mereka ini ibarat deadwood yang hanya tunggu masa untuk berhenti atau diberhentikan.

Masalah appraisal yang dibuat oleh Pengetua sememangnya tidak memperlihatkan keadaan yang sebenar kerana terikat dengan birokrasi pentadbiran. Sekolah tak ada kuasa untuk buang cikgu yang malas. Dan cikgu yang malas pun tahu dia tidak boleh di apa2kan.

Jika itu keadaannya sampai bila pun sistem pengurusan sekolah tidak akan maju.

Menteri,KPPK & kesatuan2 guru lain hanya pandai berkokok saja tapi situasi sebenar di sekolah hanya pengetua & sekolah itu saja yang tahu.
hyelbaine
October 17, 2004   06:43 PM PDT
 
Can you blame them for skipping school? While there those who really skip school for the wrong reasons, some actually skip because they don't learn anything in school.

When the quality of teaching is bad and slow compared to the tuition or home schooling that some of the kids go through, what other benefit do they have lugging around bricks for bags to school?

Cheers!!! :D
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry

Tusyen RM33/sebulan Untuk Semua Matapelajaran