1. Kenapa Cikgu Lee tulis blog ini?
Saya memang suka menulis dan suka berkongsi pengalaman serta pendapat dengan orang lain. Pengalaman saya, biar tidak seberapa, rasanya boleh dikongsi dan dimanafaatkan di mana yang sesuai.
2. Apakah yang menjadi fokas penulisan dalam blog ini?
Saya akan menulis apa sahaja yang ada kaitan dengan pengalaman dan pandangan saya sebelum, semasa dan selepas menjadi seorang guru.
3. Adakah Cikgu Lee akan melayan pertanyaan daripada pembaca?
Ya, saya cuba membantu setakat yang boleh. Sila alamatkan pertanyaan kepada cikgulee@gmail.com atau gunakan Contact Me di atas laman web untuk berhubung dengan saya.
4. Kenapakah ada soalan di Tag Board yang tidak dijawab?
Banyak soalan yang berulang yang sudah saya maklumkan berulang kali. Pembaca dinasihatkan merujuk kepada jawaban sebelumnya atau FAQ ini.
5. Adakah Cikgu Lee akan online pada setiap masa?
Tidak. Saya cuma online apabila ada masa. Saya masih ada kerja lain.
6. Selain daripada tulisan Cikgu Lee, apakah maklumat lain yang boleh diperolehi daripada laman web Cikgu?
Saya cuba jadikan laman web saya ini sebagai satu sumber rujukan sama ada daripada hasil tulisa saya sendiri mahupun daripada pengumpulan saya. Maklumat lain yang berkaitan ada disenaraikan di bawah Jaringan, contohnya Portal Pendidikan banyak menawarkan soalan-soalan latihan pelbagai mata pelajaran.
7. Bagaimana untuk mengetahui tetang semua tulisan Cikgu?
Klik pada bahagian Archive di atas laman web ini. Semua tulisan disenaraikan mengikuat tarikh ia ditulis.
8. Adakah saya boleh mengambil tulisan Cikgu Lee sebagai rujukan dalam penulisan saya sendiri?
Boleh, tetapi mesti dinyatakan dari mana petikan asal diambil dalam tulisan anda. Ini akan mengelakkan anda daripada dituduh mencedok dan menciplak tulisan orang lain.
9. Adakah Cikgu Lee menerima undangan untuk memberikan ceramah tentang isu-isu pendidikan atau kekeluargaan?
Saya bersedia menimbangkannya jika ada undangan.
10. Kenapakah hampir semua tulisan Cikgu Lee begitu panjang?
Penulisan saya tidak seperti blog yang lain yang sekadar catatan harian atau luahan perasaan pada satu-satu ketika sahaja. Saya cuba mengupas sesuatu isu secara mendalam dan mengambil pelbagai pengamalan, perbandingan dan pandangan agar ia dapat difahami dan dihayati. Saya ingin mengajak pembaca mendalami sesuatu isu dan bukan sekadar mengetahuinya pada peringkat permukaan sahaja.
11. Bolehkah saya mencadangkan tajuk perbincangan untuk Cikgu Lee?
Saya mengalu-alukan cadangan. Jika sesuai dan jika saya mempunyai cukup fakta saya akan menulisnya.
12. Bolehkah saya memberikan pandangan terhadap tajuk yang dibincangkan oleh Cikgu Lee?
Semua pandangan dan pendapat dialu-alukan tetapi biarlah tertib dan kena pada tempatnya kerana semua orang dapat membaca apa yang kita luahkan.
Dicatat pada 04:44 am oleh
cikgulee