Cikgu Lee - sebelum, semasa dan selepas menjadi seorang guru
[ Home ]-[ Recent ]-[ Archive ]-[ About Me ]-[ Speaker ]-[ Toastmasters ]-[ Contact Me ]-[ FAQ ]





Nama: Lee Chye Ewe
Lahir: 1961
Tempat: Kuala Krai, Kelantan

Pelajar
SRJK(C) Yuk Chai, Kuala Krai, Kelantan (1968-1973)
SM Sultan Yahya Petra, Kuala Krai, Kelantan (1974-1979)
SM Hamzah, Machang, Kelantan (1980-1981)

Guru
SM Georgetown, Pulau Pinang (1983)
SM Perempuan Cina, Pulau Pinang (1984)
SMK Abdullah, Semporna, Sabah (1985-1988)
SMK Kuhara, Tawau, Sabah (1989-1997)


<< September 2004 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04
05 06 07 08 09 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28 29 30

Metacrawler Search
Site search Web search

powered by FreeFind

Untuk Dijual

Jaringan

Kem Pelajaran
Portal Pendidikan
Maktab Perguruan
PBSMM Blogroll Cikgu Lee!


Project Petaling Street



Lee Chye Ewe's Facebook profile


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Sunday, September 05, 2004
Bukit Gemok, Tawau

Tawau amat kurang dengan tempat-tempat pelacongan yang menarik. Oleh kerana itu pelancong asing hanya menjadikan Tawau sebagai tempat persinggahan sementara sebelum bertolak ke Pulau Sipadan, salah sebuah pulau yang terindah di dunia. Mereka lebih suka bermalan di Semporna daripada di Tawau.

 

Akan tetapi jika diberikan perhatian yang khusus dan bersungguh-sungguh, ada tempat-tempat tertentu yang boleh diberikan nafas baru dan ditukar menjadi tempat tarikan pelancong dalam dan luar. Salah satu tempat yang berpotensi dijadikan tarikan pelancong ialah Bukit Gemok. Mengikut nota geografi, kedudukan Bukit Gemok ialah 40 19’N / 1170 19’E. Ia terletak kira-kira 11KM daripada bandar Tawau.

 

Bukit Gemok agak terkenal di kalangan penduduk Tawau, terutama sekali di kalangan pendaki bukit pelari Hash. Ramai penggemar yang mendakinya pada waktu pagi mahupun waktu petang. Mereka menjadikan pendakian Bukit Gemok sebagai satu bentuk latihan jasmani dan juga riadah.  




Tempat mula Bukit Gemok, di kaki bukit.

 

Tinggi Bukit Gemok ialah 428 meter dari paras laut dan dan merupakan sebahagian daripada Hutan Simpan Bukit Gemok seluas 445 Hektar. Ia telah diistiharkan sebagai hutan simpan sejak tahun 1984.

 

Apa yang menarik pada hutan Bukit Gemok ialah pendakian yang mencabar dan jambatan gantung yang terdapat di puncak bukit. Jambatan gantung yang dikenali sebagai Titian Silara ini sepanjang 231 meter ini membolehkan pengunjung melihat pemandangan bandar Tawau. Jambatan gantung yang boleh menampung 5 orang pada setiap bahagian pada satu-satu masa merupakan ganjaran kepada pendakian yang mencabar. Jambatan gantung ini juga dijadikan sasaran kepada pendaki kali pertama agar tidak berputus asa pada pertengahan jalan. Memang berbaloi untuk bersusah-susah sebelum menikmati keindahan alam di puncak bukit.




Jambatan Gantung di puncak Bukit Gemok

 

Saya telah mendaki Bukit Gemok selama 4 kali. Kali pertama saya tidak sempat sampai ke puncak kerana terlalu lewat memulakan perjalanan. Pendakian mengambil masa 45 minit hingga satu jam untuk sampai ke kemuncak. Penurunan pula mengambil masa 20 hingga 30 minit.

 

Pada kali pertama, kerana kurang pengalaman, saya mula mendaki pada jam 5 petang. Sebelum sempat sampai ke kemuncak hari sudah agak gelap. Saya dinasihatkan untuk tidak meneruskan perjalanan. Dengan hati yang hampa saya menuruni bukit semula. Saya sebenarnya begitu teringin menghabiskan pendakian pada cubaan yang pertama.


 

Pada cubaan kali kedua saya bersama-sama dua orang anak saya memulakan pendakian pada jam 2.00 petang. Dengan pengalaman yang pertama kami dapat berjalan dengan lebih cepat. Terdapat 7 pondok perhentian dari bawah untuk sampai ke kemuncak. Pondok yang terakhir dan terbesar terletak di puncak bukit.

 

Sepanjang perjalanan kami terpaksa melalui hutan semulajadi, melalui celahan batu dan pokok besar. Memang sudah ada anak jalan yang dapat diikuti kerana telah sering digunakan. Ada juga tempat-tempat yang agak bahaya kerana terpaksa memanjat batu-batan yang agak tinggi dan curam. Disebabkan tempat-tempat yang curam dan licin ini, orang ramai dinasihatkan supaya tidak mendaki pada waktu hujan atau pada waktu awal pagi.


Batu-batan yang diliputi lumut yang perlu dilalui semasa mendaki.


Pada sepanjang perjalanan, selain daripada terpaksa berhati-hati dengan jalan yang berbengkang bengkok, kami juga sempat melihat pelbagai tumbuhan yang jarang dilihat di tempat lain. Jika nasib baik kita juga dapat melihat pelbagai burung dan serangga. Ada juga kalanya kita dapat melihat monyet yang bergayutan di atas pokok.




Serangga yang kelihatan dalam perjalanan

 

Kami mengambil masa kira-kira sejam untuk sampai ke kemuncak. Sungguh gembira apabila kami telah berjaya berada di kemuncak. Kami menghabiskan masa kira-kira sejam untuk berjalan-jalan di atas jambatan gantung yang disambungkan daripada beberapa pohon pokok yang besar lagi tinggi. Dari sini kami dapat melihat seluruh pemandangan bandar Tawau.




Di puncak bukit, di hadapan Jambatan Gantung Titian Silara
 

Ramai juga pendaki lain yang berada di atas bukit. Ada tua, muda, dewasa dan kanak-kanak. Pakaian mereka semua basah kuyup dengan peluh masing-masing. Terbayang rasa puas di muka setiap orang kerana telah berjaya sampai ke kemuncak Bukit Gemok.




Satu lagi pemandangan Jambatan Gantung


Kali ketiga saya mendaki Bukit Gemok ialah pada dua tahun yang lepas bersama beberapa orang ahli Kelab Toastmaster kami. Kedua-dua orang anak saya juga turut serta. Ia merupakan aktiviti di luar Kelab kami. Kami mengambil masa yang lebih pendek untuk sampai ke kemuncak kali ini. Cuma sayangnya jambatan gantung telah rosak dan sedang diperbaiki. Kami diberitahun kemalangan pernah berlaku sebelum ini. Itulah sebabnya jambatan gantung terpaksa diperbaiki.




Salah sebuah pondok berehat. Ada tujuh pondok rehat kesemuanya.

 

Petang kelmarin, 4 September 2004 saya mendaki lagi buat kali keempat. Kali ini saya bersama keluarga saya dan beberapa orang kawan yang lain membuat cubaan kami setelah agak lama tidak mendaki. Kami dapati sebuah pejabat baru telah dibina di bawah kaki bukit. Kami dikenakan bayaran RM1 seorang tetapi resit pembayaran tidak diberikan. Pekerja di sana mendakwa belum ada resit disediakan kerana pejabat yang dibina belum disiapkan. Kami tahu maksudnya yang sebenar tetapi tidak banyak bertanya.




Perjalanan ke kemuncak bukit

 

Perjalanan kami ke atas tidak banyak bezanya. Oleh kerana sudah agak biasa dengan jalannya kami menumpukan lebih masa untuk menikmati keindahan alam semulajadi di bawah teduhan pokok-pokok yang besar. Ia seolah-olah membawa saya kembali ke zaman kanak-kanak saya kerana sering kali masuk ke hutan bersama bapa atau ibu saya.




Sebahagian pemandangan bandar Tawau


Agak terkejut apabila kami sampai ke kemuncak pada kali ini. Jambatan gantung telah digantikan dengan jambatan yang baru dan lebih kukuh daripada yang sebelumnya. Jambatan yang baru ini lebih sempit tetapi kelihatan lebih menyakinkan daripada yang lama. Untuk mereka yang mempunyai perasaan takut terhadap ketinggian, mereka terpaksa tidak melihat ke bawah semasa melalui jambatan ini.




Titian Silara yang tinggi tergantung

 

Pemandangan yang dapat kami lihat dari kemuncak Bukit Gemok pada kali ini agak terhad kerana telah terlindung oleh pokok-pokok yang semakin besar dan tinggi. Namun begitu pemandangan di kemuncak bukit sungguh cantik dan mengasyikan. Kita merasa seperti burung yang terbang tinggi di langit sambil melihat ke bawah. Mereka yang menggemari alam semulajadi tentu akan sukakan tempat ini.




Tumbuhan liar di Bukit Gemok

 

Saya masih mencari kenapakah tempat ini dinamakan Bukit Gemok. 


Pokok berumur beratus tahun, salah sebuah tempat bergantung jambatan gantung.


Dicatat pada 03:48 pm oleh cikgulee

Agnes
May 18, 2009   09:09 AM PDT
 
RUMAH AKU DEKAT JE.TAPI AKU BELUM PERNAH PERGI KAT BUKIT GEMUK.
skull
July 24, 2008   09:34 AM PDT
 
tawau memank best...
rumah ku dkat ngan bukit tawau...
tapi memandangkn parentzku cbuk... jarang pigi lol!!~
sdeyh...
joe
May 10, 2008   07:07 PM PDT
 
tawau..... kampung halaman ku yang indah.....
yuli
December 26, 2007   05:32 PM PST
 
hai.....apa kbr
Cikgu Lee
September 5, 2004   07:42 PM PDT
 
Benar ed_thix. Kalau kita tidak perkenalkan tempat-tempat yang sedia ada nescaya akan pupuslah semua tempat semulajadi yang sepatutnya boleh menjadi tarikan.
ed_thix
September 5, 2004   06:18 PM PDT
 
Tawau, tak pernah sampai lagi (walau pun duduk di KK) ... walaupun

Tak kurang dengan KK yang makin kurang dengan tempat2 nature-friendly

p/s: kalau nak larikan diri dari kesibukan bandaraya KK, saya dan rakan2 selalu ke kundasang/ranau/poring ... :)
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry