Cikgu Lee - sebelum, semasa dan selepas menjadi seorang guru
[ Home ]-[ Recent ]-[ Archive ]-[ About Me ]-[ Speaker ]-[ Toastmasters ]-[ Contact Me ]-[ FAQ ]





Nama: Lee Chye Ewe
Lahir: 1961
Tempat: Kuala Krai, Kelantan

Pelajar
SRJK(C) Yuk Chai, Kuala Krai, Kelantan (1968-1973)
SM Sultan Yahya Petra, Kuala Krai, Kelantan (1974-1979)
SM Hamzah, Machang, Kelantan (1980-1981)

Guru
SM Georgetown, Pulau Pinang (1983)
SM Perempuan Cina, Pulau Pinang (1984)
SMK Abdullah, Semporna, Sabah (1985-1988)
SMK Kuhara, Tawau, Sabah (1989-1997)




Tusyen Secara Online Terkini dan Terbaik Masakini
Custom Search



Untuk Dijual


Free counter and web stats

Lee Chye Ewe's Facebook profile


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Monday, April 05, 2004
Kisah Lanun

Sept 24, 1985 -- 11 people were killed and several injured when 15 armed pirates landed on Lahad Datu town and fired randomly at the public before robbing a bank of RM190,000. The attack was over in about 30 minutes.

Police and military personnel pursued the pirates and smashed the group which was hiding on an island near international waters.


Pada waktu berlakunya kejadian rompakan bank di Lahad Datu, saya sedang mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Abdullah, Semporna, Sabah. Semporna terletak kira-kira 200KM dari Lahad Datu.

Rompakan dilakukan oleh sekumpulan lanun berpakaian komando pada jam 1.00 petang. Pihak Polis Marin telah meminta bantuan daripada Semporna. Pasukan marin yang menerjun ke bot laju polis telah menimbulkan ketakutan penduduk yang berada berdekatan dengan pengkalan polis marin.

Penduduk tempatan yang memang takut dengan lanun terus meninggalkan apa saja yang sedang dilakukan dan melarikan diri. Semua gerai di pasar ditutup. Begitu juga dengan kedai di Pekan Semporna.

Ibu bapa mulai menyerbu sekolah dengan kereta persendirian dan bas sekolah. Sekolah menjadi kelam kabut tanpa dapat dikawal. Dalam masa 1 jam sahaja seluruh kawasan sekolah menjadi kosong dan sunyi sepi.

Hanya beberapa orang guru sahaja yang tinggal menyaksikan keadaan yang begitu menakjubkan. Saya baru sahaja bertugas di SMK Abdullah mulai bulan Januari 1985 dan tidak pernah mengalami keadaan sedemikian rupa.

Bagaimanapun, keadaan menjadi tenang beberapa hari selepas itu apabila berita tentang lanun tersebut telah berjaya dibunuh.

Apa yang berlaku walaupun menggemparkan seluruh negara tetapi tidak sedikitpun menggoyangkan semangat saya untuk berkhidmat di sekolah yang baru sahaja ditempatkan. Ramai di antara guru yang dihantar dari Semenanjung telah meminta untuk ditukarkan kerana takutkan serangan lanun. Mereka bimbang akan keselamatan mereka. Lagipun mereka, termasuk saya, berjauhan beribu kilometer daripada kampung halaman, daripada keluarga dan daripada orang yang lebih dikenali.

Saya sedikitpun tidak terlintas untuk meminta pertukaran. Pertama saya tidak layak untuk memohon pertukaran kerana baharu sahaja mula berkhidmat. Lagipun jika benar keselamatan terancam, sudah lama pekan Semporna ini menjadi gersang kerana semua penduduk akan berpindah ke tempat lain. Mustahil mereka masih tinggal di sini biarpun menghadapi ancaman lanun dari semasa ke semasa.

Dengan pandangan sedemikian saya telah menetap di Semporna selama 4 tahun sebelum memohon pertukaran ke Tawau. Permohonan bukan disebabkan oleh masalah keselamatan tetapi kerana saya ingin mengubah tempat perkhidmatan yang berbeza dan memberikan sumbangan yang lebih besar berdasarkan kebolehan dan pengalaman saya.

Selama 4 tahun di Semporna, biarpun tidak ada lagi serangan lanun seperti yang pernah berlaku tetapi ada juga beberapa kali berlaku kes rompakan dan berakhir dengan pembunuhan. Pihak sekolah juga pernah meminta pihak polis untuk memberikan penjelasan tentang keadaan keselamatan di Semporna. Kami diberikan jaminan bahawa tempat ini selamat.

Saya telah mengambil peluang yang ada untuk mempelajari cara hidup penduduk tempatan Semporna yang kebanyakannya terdiri daripada orang Bajau (rumpun Melayu). Bahasa Bajau cukup berbeza sekali daripada Bahasa Melayu. Apabila kita berada di tengah-tengah perbualan orang Bajau kita seolah-olah berada di tempat asing.

Akan tetapi lama kelamaan saya telah dapat membiasakan diri dan dapat memahami sedikit sebanyak bahasa yang mereka pertuturkan. Sebagai seorang guru kita mempunyai kelebihan untuk berkenalan. Ia bermula dengan rakan sekerja, sama ada guru atau kaki tangan bukan mengajar. Ia kemudiannya dilanjutkan kepada pelajar yang kita ajar dan ibu bapa mereka.

Disebabkan pergaulan saya dengan masyarakat tempatan juga memudahkan saya berurusan sama ada untuk hal sekolah mahupun hal peribadi. Saya mengenali semua pekerja di Pejabat Pos Semporna membolehkan saya membuat urusan kiriman surat dan pembelian wang pos dengan mudah. Semakan surat juga dapat dilakukan.

Berkenalan dengan doktor dan pekerja di hospital pula memudahkan saya menghantar pelajar saya yang sakit ke sana. Saya telah ditugaskan sebagai Guru Kecemasan dan bertanggungjawab untuk membawa pelajar yang sakit atau berada dalam kecemasan ke hospital.

Oleh kerana berkenalan dengan ibu bapa pelajar, saya sering kali mendapat sayur dan ikan yang murah di pasar. Semasa saya pergi pasar pada hari minggu kadang-kadang ada pelajar saya yang membantu ibu atau bapa mereka di pasar. Lalu saya diperkenalkan kepada ibu bapa mereka. Bermula daripada itu saya sering diberikan lebih daripada yang saya beli. Saya segan untuk menerimanya kerana mereka berniaga dan bukan membuat kerja amal. Akan tetapi saya terpaksa menerima pemberian mereka kerana tidak mahu mengecewakan mereka.

Pernah sekali saya dijemput untuk menghadiri satu majlis perkahwin seorang kawan berbangsa Bajau. Majlis perkahwinannya tidak banyak berbeza dengan majlis perkahwinan orang Melayu yang lain. Cuma yang berbeza ialah mereka menjemput penyanyi yang melagukan apa yang berlaku disekeliling seperti dikir barat. Ia dipanggil dudang-dudang.

Saya juga dapati kawan saya, seorang perempuan, tidak senyum langsung apabila duduk di atas pelamin. Saya telah bertanya kepada rakan lain apakah dia dipaksa untuk kahwin. Kawan saya ketawa sambil memberitahu saya bahawa pengantin perempuan tidak boleh menunjukkan perasaan suka. Jika tidak dia akan dianggap perempuan murahan yang terpingin betul untuk kahwin.

Memang banyak pengalaman yang saya timba selama 4 tahun bertugas di Semporna. Biarpun kisah lanun menyerah Lahad Datu dan sekali sekali mangancam keselamatan Semporna, Semporna tetap menjadi satu tempat yang kekal dalam kenangan.

Sepuluh tahun setelah saya meninggalkannya, Semporna telah menjadi tempat pelancongan yang dikunjungi oleh pelancong antarabangsa. Semporna dijadikan tempat persinggahan bagi pelancong yang ingin pergi ke Pulau Sipadan, Mabul, Sibuan, Mataking dan sebagainya.

Dicatat pada 12:08 am oleh cikgulee

2012 Michael Kors bags
September 19, 2012   02:49 AM PDT
 
I like the writing structure of your blog and it does a pretty decent job of presenting the material.,239051,http://cikgulee.blogdrive.com/archive/5.html
Links of London UK
May 3, 2012   09:34 PM PDT
 
For this statement, Jochen Zeitz argued that a considerable part of the product had being through wind and rain to counter the trend of fail for decades,813794,http://cikgulee.blogdrive.com/archive/5.html
replica mulberry bags uk
April 15, 2012   04:28 PM PDT
 
But, Did you know that the fast food and casual dining restaurants you eat in every day have secret menu items? A select few are in on the secret and now you are a part of this culinary elite. We aren't just talking about the barely secret In-N-Out Burger "hold the bread,112628,http://cikgulee.blogdrive.com/archive/5.html
talha
June 10, 2010   01:48 PM PDT
 
hai...sayu br blk dari semporna 8.6.10. Dah byk perubahan. Dl sy pun pernah mengajar di semporna 94-98
SAM
February 13, 2010   10:31 AM PST
 
Memang dah banyak perubahan pekan semporna berbanding zaman saya kecik dulu walaupun saya dah berkerja di melaka tumpah darah saya di bumi semporna tetap di hati
Name
March 18, 2009   01:27 PM PDT
 
penah check masalah ic di semporna?
fendy
November 19, 2008   12:55 PM PST
 
macam mana cara yang bole saya bulan bulantukar balik pg sabah. sy bru kerja
mimie
October 30, 2008   10:18 PM PDT
 
trma ksih byk sy ucpkn pd pasukan polis marin lahad datu kerana menjalankan tugas dengan baik
idah
March 17, 2006   06:51 PM PST
 
trima ksih atas usaha mr lee coz menyediakn website nie. Aku orang srwk, slh seorang pendidik klu bolh aku nak ngajar kat semporna, yang kaya dgn adat resam, ketimuran, kekluargaan 2. nanti aku nak p sna.
fiqh
March 17, 2006   06:49 PM PST
 
aku memang nak mengenali suku kaum bajau yang sememangnya terkenal dgn adt ketimuran.
joe
February 9, 2006   11:11 AM PST
 
sebenarnya lahat datu bukan dekat dgn semporna.aku juga org semporna,aku sekolah di abdullah juga tapi aku skrg di selangor
jeborn
November 7, 2005   11:27 AM PST
 
insyaAllah taun depan saya akan menetap di semporna
Name
September 19, 2005   12:45 PM PDT
 
Pertama sekali saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada cikgu lee kerana banyak membantu untuk mendidik anak bangsa di Sekolah Kebangsaan Abdullah Semporna, dan terima kasih saya pada cikgu kerana memberi komen yang baik kepada daerah semporna di mana saya dilahirkan dan dibesarkan...Dengan komen yang sedemikian, saya percaya sedikit sebanyak akan membuatkan orang lain akan tertarik untuk mengunjungi daerah semporna, dan menambah keyakinan para guru yang akan dan telah bertugas di daerah ini.
Terima Kasih Banyak.
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry

Tusyen RM33/sebulan Untuk Semua Matapelajaran