Cikgu Lee - sebelum, semasa dan selepas menjadi seorang guru
[ Home ]-[ Recent ]-[ Archive ]-[ About Me ]-[ Speaker ]-[ Toastmasters ]-[ Contact Me ]-[ FAQ ]





Nama: Lee Chye Ewe
Lahir: 1961
Tempat: Kuala Krai, Kelantan

Pelajar
SRJK(C) Yuk Chai, Kuala Krai, Kelantan (1968-1973)
SM Sultan Yahya Petra, Kuala Krai, Kelantan (1974-1979)
SM Hamzah, Machang, Kelantan (1980-1981)

Guru
SM Georgetown, Pulau Pinang (1983)
SM Perempuan Cina, Pulau Pinang (1984)
SMK Abdullah, Semporna, Sabah (1985-1988)
SMK Kuhara, Tawau, Sabah (1989-1997)




Tusyen Secara Online Terkini dan Terbaik Masakini
Custom Search



Untuk Dijual


Free counter and web stats

Lee Chye Ewe's Facebook profile


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Monday, April 26, 2004
Penilaian Guru

Untuk mengetahui pencapaian seseorang pelajar, guru-guru menggunakan pelbagai cara dan kaedah bagi menguji dan menilai. Ini termasuklah peperiksaan, ujian, soalan lisan, kerja praktikal, pemerhatian, pandangan orang lain dan sebagainya. Penilaian pelajar di sekolah mahupun institusi tinggi adalah perkara lumrah. Tanpa satu sistem penilaian yang baik kita tidak akan dapat mengukur kebolehan seseorang individu. Kemasukan ke institusi pengajian tinggi, pemberian biasiswa dan pengambilan pekerja semuanya berdasarkan kayu pengukur yang telah ditetapkan.

 

Namun begitu penilaian terhadap penilai itu sendiri, iaitu guru, agak rumit. Sejak negara kita mencapai kemerdekaan guru-guru dinilai dengan pelbagai cara. Sebelum pengenalan Sistem Saraan Baru (SSB) dan Sistem Saraan Malaysia (SSM) guru-guru dinilai melalui borang prestasi khas yang biasanya tidak diketahui oleh guru yang dinilai.

 

Sistem lama yang dikendalikan secara rahsia banyak kelemahannya. Ia banyak terdedah kepada penyalahgunaan. Ia sering dijadikan senjata seseorang guru besar atau pengetua dalam memberi kenaikan pangkat atau dikenakan tindakan terhadap seseorang guru. Orang yang pandai mengambil hati pengetua akan mendapat penilaian yang baik sementara orang bekerja berpandukan garis panduan tetapi tidak tahu mengambil hati pihak atasan sering kali menjadi mangsa.

 

Saya bercakap berdasarkan pengalaman. Saya sendiri pernah menjadi mangsa kepada penilaian yang tidak adil. Perkara ini berlaku semasa saya bertugas di Sekolah Menengah Kebangsaan Abdullah Semporna. Saya melakukan apa sahaja yang diminta dan diarahkan oleh pihak sekolah. Maklumlah penyapu baru.

 

Pada tahun ketiga saya berada di sana (1987) kami mendapat seorang pengetua baru bernama Misrah Ibrahim (kemudian ditukar ke Langkawi sebagai Pegawai Pendidikan Daerah). Sebagai pengetua baru Misrah mempunyai banyak idea dan kaedah baru. Kebetulan pada ketika itu saya baru sahaja memiliki komputer peribadi baru dan merupakan orang yang pertama memilikinya di sekolah. Penyediaan latihan dan kertas soalan dengan menggunakan komputer telah diketahui oleh pengetua saya. Bermula daripada itu saya disuruh menyediakan pelbagai carta, borang, laporan dan poster dengan menggunakan komputer peribadi saya. Semua ini dilakukan dengan menggunakan kertas dan dakwat pencetak saya sendiri.

 

Pada waktu itu selain daripada mengajar Bahasa Inggeris, saya juga diberi tanggungjawab sebagai Ketua Guru Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT), Ketua Guru Bantuan Yayasan Sabah, Ketua Penasihat Persatuan Bulan Sabit Merah dan Ketua Guru Kecemasan Sekolah. Tugas-tugas tambahan yang lain tidak dinyatakan secara rasmi tetapi perlu dilakukan kerana itulah arahan.

 

Apa yang disuruh saya lakukakan sahaja dan kebanyakannya dilakukan pada luar waktu sekolah. Dalam keadaan yang demikian juga saya menyediakan buku aturcara dan segala program Majlis Pelajar Cemerlang dan program hari Sukan. Walaupun berat tanggungjawab yang diberikan kepada saya, sekurang-kurangnya berbanding dengan guru-guru lain yang tidak diberikan apa-apa tugas selain daripada mengajar, saya tidak pernah merasa terkilan. Saya anggapkan itu sebagai pengiktirafan kepada kebolehan saya oleh pihak sekolah.

 

Keadaannya berubah setahun kemudian. Saya telah memohon cuti untuk membawa isteri saya yang sakit ke hospital Tawau. Perubatan yang lengkap tidak diperolehi di Semporna pada ketika itu. Hospital Tawau terletak kira-kira 110 KM dari Semporna. Permohonan saya ditolak dengan alasan bahawa isteri saya boleh pergi ke Tawau sendiri dengan menaiki teksi.

 

Jawapan yang diberi oleh pengetua amat memeranjatkan saya. Saya bersedia untuk dipotong gaji kerana mengambil cuti untuk menghantar isteri saya yang sakit ke hospital. Tetapi saya langsung tidak dapat menerima alasan yang tidak berperi kemanusiaan seperti itu. Sekalipun saya tidak pernah melakukan apa-apa untuk sekolah saya beranggapan permohonan saya adalah wajar. Atau sekurang-kurangnya bukan ditolak dengan alasan yang tidak perihatin dan tidak bertanggungjawab. Kalaulah orang sakit boleh pergi sendiri ke hospital, tidak ada sebab untuk saya memohon cuti.

 

Mengenang kembali pengorbanan yang telah saya lakukan untuk sekolah, masa dan wang ringgit saya sendiri yang tercurah begitu sahaja. Bukan kerana perbuatan saya sebelum ini meminta balasan atau ganjaran tetapi saya rasa cukup kecewa dengan layanan yang diterima. Rupa-rupanya selama ini saya dipergunakan.

 

Kerja-kerja yang saya lakukan tidak pernah menerima sebarang ganjaran, imbuhan mahupun kata-kata pujian. Saya mula menjadi tawar hati. Mulai daripada saat itu saya hanya menjalankan tugas rasmi yang diserahkan kepada saya sahaja. Perubahan sikap saya telah menyebabkan pengetua tidak senang. Dia mula menyindir saya dalam mesyuarat guru dan mencari pelbagai peluang untuk menindas dan menekan saya.

 

Malahan dia juga pernah mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada saya berdasarkan khabar angin. Dalam surat itu dilemparkan pelbagai tuduhan liar terhadap saya. Apabila sampai ke peringkat itu kemarahan pengetua terhadap saya, saya harus bertindak membela diri saya. Saya menjawab segala tuduhan yang dilemparkan kepada saya secara hitam putih dalam 11 halaman. Dalam surat balasan saya juga saya mengemukakan bukti yang kukuh untuk menegakkan kebenaran saya. Saya malah mencabar beliau agar mengambil tindakan disiplin terhadap saya jika tuduhan beliau itu benar-benar berasas.

 

Surat saya tidak dijawab dan saya juga tidak dipanggil untuk memberi penjelasan.  Pengetua tidak lagi menyindir saya dalam mesyuarat tetapi kebenciannya terhadap saya masih membara. Dalam diam dia menggunakan senjata sulit.

 

Apabila saya mendapat pertukaran ke Sekolah Menengah Kebangsaan Kuhara Tawau (1989) setelah empat tahun berkhidmat di SMK Abdullah, saya dipandang lain macam oleh rakan setugas saya yang baru. Saya sedar akan pandangan sedemikian kerana khabar angin yang telah disebarkan oleh pengetua saya yang lama.

 

Saya tahu kemampuan saya dan saya sedar apa yang saya telah lakukan. Saya tahu saya benar dan kebenaran itu tidak perlu dibukti dengan terburu-buru. Saya tidak menghiraukan pandangan serong yang diberikan terhadap saya dan tabah menghadapi cabaran. Saya terima apa sahaja tanggungjawab yang diberikan kepada saya. Selain daripada mengajar Bahasa Inggeris Tingkatan Tiga, saya dilantik sebagai Guru Tingkatan, Ketua Guru Rumah Sukan, Ketua Penasihat Kelab Catur dan Ketua Guru Penasihat Kelab Komputer.

 

Pandangan serong yang saya terima sebelum ini terus hilang apabila saya berjaya membuktikan kemampuan saya dan keikhlasan saya. Saya terus diberi kepercayaan oleh pengetua baru saya Encik Albert S.K. Chia. Pada tahun berikutnya saya dilantik sebagai Ketua Guru Disiplin sesi petang.

 

Saya kemudian dipilih untuk mengikuti Kursus Peningkatan Keguruan Profesionalisma dalam tahun 1990 selama 6 minggu di Sabah Medical Centre Kota Kinabalu. Kurus itu amat bermakna kepada saya kerana saya telah dapat mempejajari banyak perkara baru yang cukup berguna kepada saya sebagai seorang pendidik yang lebih baik. Yang lebih menggembirakan saya ialah terbongkarnya satu rahsia yang amat benar.

 

Seperti biasa selama menghadiri kursus saya mengambil kesempatan untuk belajar apa saya yang dapat dan mengambil bahagian dalam semua aktiviti yang dianjurkan. Kursus ini dianjurkan oleh pihak Jabatan Pendidikan Negeri Sabah. Antara penceramahnya termasuklah Pembantu Menteri Kewangan sekarang Datuk Sapwai Ahmad. Kursus ini dihadiri oleh guru-guru daripada seluruh negeri Sabah.

 

Pada akhir kursus saya telah dipilih sebagai peserta kursus terbaik. Saya juga dimaklumkan bahawa mereka terkejut dengan pencapaian saya. Saya agak hairan dengan komen sedemikian dan meminta penjelasan. Saya kemudian diberi tahu bahawa mengikut penilaian yang dibuat oleh Misrah Ibrahim, pengetua saya di SMK Abdullah, saya merupakan seorang guru yang malas, tidak bertanggungjawab dan tidak memasuki kelas. Saya terkejut besar kerana pengetua saya  sanggup berbohong dan begitu tidak bertanggunjawab untuk menganiayai saya. 


Lantaran daripada itu saya bertanya kepada pihak penganjur adakah mereka percaya dengan penilaian pengetua lama saya. Mereka menjawab tidak. Mereka juga beranggapan sekalipun benar saya pernah bersikap buruk seperti yang dinilaikan tidak mungkin saya dapat berubah sikap kepada apa yang mereka lihat semasa dalam kursus.

 

Jika bukan kerana saya berpeluang mengikuti kursus ini siapalah yang dapat membela tuduhan liar yang telah dilemparkan kepada saya oleh seorang pengetua? Saya tidak mungkin mengetahui rahsia ini tanpa kursus ini. Saya percaya sampai hari ini Misrah tidak mengetahui bahawa saya telah mengetahui niat buruknya itu. Inilah bahayanya penilaian yang dilakukan secara rahsia.

 

Saya percaya ramai lagi guru yang pernah menjadi mangsa dalam keadaan yang serupa. Sebaliknya ramai juga yang telah dinaikkan pangkat melalui penilaian rahsia yang berat sebelah ini. Itulah juga sebabnya Sistem Saraan Baru (SSB) diperkenalkan. Sistem Saraan Baru mengamalkan pendekatan yang lebih terbuka kerana guru-guru diberi peluang untuk mengemukakan tanggunjawab dan tugasan tahunan sebagai panduan kepada penilai. Mereka dikehendaki menyediakan Sasaran Kerja Tahunan (SKT). Guru-guru juga akan diberi tahu akan kelemahannya supaya mereka boleh memperbaiki diri.

 

Dalam SSB saya telah diberikan penghargaan atas sumbangan dan pengorbanan saya. Saya diberikan pergerakan gaji menegak dalam tahun 1993. Saya diisytiharkan sebagai Guru Cemerlang SMK Kuhara Tawau pada tahun yang sama. Dalam tahun berikutnya apabila keputusan diumumkan saya telah dijemput untuk menghadiri majlis penganugerahan Guru Cemerlang di Dewan Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), Kota Kinabalu.


Anugerah Guru Cemerlang 

Menerima Anugerah Guru Cemerlang 1993 daripada Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia Datuk Dr Wan Zahid Mohamad Noordin. (Datuk) Dr Hasbullah Mohd Tahar, Pengarah Pendidikan Negeri Sabah di sebelahnya.

 

Bagaimanapun penyalahgunaan SSB telah menyebabkan pengenalan Sistem Saraan Malaysia (SSM). Walaupun SSM nampaknya lebih baik daripada SSB berita mengenai keputusan peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan guru amat memeranjatkan banyak pihak. Mengikut laporan akhbar hanya 0.9% atau 1,170 orang daripada 130,000 guru yang lulus dalam peperiksaan tersebut. Keputusan ini telah memberikan tanggapan yang negatif kepada guru itu sendiri dan juga sistem penilaian yang diperkenalkan.

 

  • Adakah ini menunjukkan guru-guru yang gagal ini tidak lagi berminat untuk mengambil tahu tentang bidang-bidang ilmu yang dinilai?
  • Adakah mereka hanya menumpukan perhatian kepada apa yang berkaitan dengan mata pelajaran yang diajar sahaja?
  • Ataupun soalan-soalan yang dikemukakan tidak relevan dengan profesion perguruan?
  • Atau inikah golongan yang dianggap sebagai kayu mati (dead wood) dalam perkhidmatan awam?

Kita serahkan kepada pihak yang lebih pakar dan arif.

 

Bagaimanapun, penilaian terhadap seseorang guru biar dalam apa bentuk sekalipun masih lagi tertakluk kepada pilih kasih, emosi, bidang penilaian dan tahap pencapaian yang ditetapkan. Pengukuran melalui ujian dan peperiksaan tidak dapat menilai seseorang guru itu secara menyeluruh.

 

Ada guru yang telah mengajar selama 20 tahun tetapi hanya mempunyai setahun pengalaman. Ini disebabkan pengalaman setahun pada tahun pertama itulah yang diulang-ulang untuk 19 tahun yang seterusnya tanpa sebarang perubahan dan penambahan. Jika buku teks sudah beberapa kali ditukar dengan sukatan pelajaran yang berbeza tetapi guru itu masih menggunakan nota yang sudah usang tentu ada masalahnya.

 

Ada juga guru yang berkelulusan tinggi tetapi tidak dapat mengajar pelajar dengan baik kerana tidak dapat berkomunikasi dengan orang yang lebih rendah tahap pengetahuannya. Guru bukan sekadar seorang penyampai tetapi pendidik. Maksudkan selain daripada menyampaikan ilmu dia juga harus memastikan supaya ilmu itu difahami dan diguna pakai.

 

Proses pendidikan bukan satu proses yang semudah meluahkan ilmu dalam buku teks kepada pelajar. Ia harus diikuti dengan rasa tanggungjawab dalam memastikan pelajar benar-benar memahami apa yang diajar. Ia juga harus disulusi dengan kasih saying bagi menyelami masalah pelajar supaya mereka dapat mengikuti pelajaran dengan hati yang terbuka dan senang.

 

Oleh itu bagi seseorang pendidik yang menggunakan kaedah pelbagai dan rumit lagi berkait-kait, penilaian terhadap seseorang guru juga tidak semudah itu. Seorang guru tidak boleh dinilai berdasarkan kelayakan akademik semata-mata. Pelajar didikannya harus juga diambil kira tetapi ini mengambil masa yang lama.

 

Penilaian hanya satu panduan dan bukan keputusan muktamad. Kecuali penilai juga dinilai, penilaian itu tidak akan adil dan tidak akan mencapai objektifnya.


Dicatat pada 10:44 pm oleh cikgulee

Air Jordan Shoes Outlet
September 18, 2012   05:48 AM PDT
 
I want all the stuff about Season 3 and I want no more loan comments! Now-se!,698833,http://cikgulee.blogdrive.com/archive/16.html
Belstaff Coat Sale
May 2, 2012   09:33 PM PDT
 
Thanks for this information. This is very eye-opening. It seems as though Slenda is not so splendid!,739236,http://cikgulee.blogdrive.com/archive/16.html
Salimar Mohammad
October 15, 2010   11:10 AM PDT
 
Tahniah kerana menjadi yang terbaik!
Semua guru besar/pengetua kena ada rasa kemanusiaan dan menjaga kebajikan subordinatnya.
Spark
August 29, 2008   12:22 AM PDT
 
Tunggulah balasannya di akhirat nanti... misrah
hth
March 20, 2008   08:19 AM PDT
 
i'm having the same situation as u were in SMK A S under Misrah I.
What can i do ? the difference between u & me is that u dare to refuse all yr other duties but i do not have the gut to say NO. I'd approached a number of heads in the office asking 4 transfer. But my powerful GB was able to KEEP me as she needs me and makes me work as a slave 4 her. I hate her and the unfair faces in the education office. Hidden hatred......
Ramli Zain
October 1, 2004   04:40 AM PDT
 
Saya juga adalah seorang guru dan faham akan masalah yang dihadapi.
Sekarang saya sdg melanjutkan pelajaran.
Disini saya ingin mendapatkan respon daripada saudara:-
Saya ingin membuat kajian KEPERLUAN PENILAIAN GURU TERHADAP PENILAIAN PRESTASI GURU BESAR/PENGETUA.
Sekian, terima kasih
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry

Tusyen RM33/sebulan Untuk Semua Matapelajaran