Cikgu Lee - sebelum, semasa dan selepas menjadi seorang guru
[ Home ]-[ Recent ]-[ Archive ]-[ About Me ]-[ Speaker ]-[ Toastmasters ]-[ Contact Me ]-[ FAQ ]





Nama: Lee Chye Ewe
Lahir: 1961
Tempat: Kuala Krai, Kelantan

Pelajar
SRJK(C) Yuk Chai, Kuala Krai, Kelantan (1968-1973)
SM Sultan Yahya Petra, Kuala Krai, Kelantan (1974-1979)
SM Hamzah, Machang, Kelantan (1980-1981)

Guru
SM Georgetown, Pulau Pinang (1983)
SM Perempuan Cina, Pulau Pinang (1984)
SMK Abdullah, Semporna, Sabah (1985-1988)
SMK Kuhara, Tawau, Sabah (1989-1997)




Tusyen Secara Online Terkini dan Terbaik Masakini
Custom Search



Untuk Dijual


Free counter and web stats

Lee Chye Ewe's Facebook profile


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Thursday, April 03, 2008
Kerja Sampingan

Kebanyakan daripada kita lebih mengutamakan kerja sampingan daripada kerja rasmi. Ramai orang menghabiskan lebih banyak masa untuk menguruskan kerja-kerja sampingan daripada kerja dan tugas rasmi. Ramai orang mudah terpengaruh dengan kerja sampingan yang dilakukan dan mengurangkan timbangan untuk kerja rasmi. Ramai juga orang mendapat kenaikan pangkat dan anugerah kerana kerja-kerja sampingan.

Memang telah menjadi isu dan rahsia terbuka bahawa ramai guru memeberi kelas tambahan atau kelas bimbingan di luar bilik darjah untuk mencari pendapatan tambahan. Ada yang meminta kebenaran daripada pejabat pelajaran dan menjalankan kerja mereka tanpa mengganggu tugas mereka di sekolah.

Ramai pula di antara guru-guru ini memberikan kelas tambahan secara besar-besaran tanpa menghiraukan surat perkeliling yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran. Kementerian Pelajaran mengkehendaki guru-guru yang ingin mengadakan kelas tambahan di luar mendapat kelulusan terlebih dahulu. Ia juga tidak boleh bercanggahan atau mempengaruhi kerja-kerja rasmi guru-guru di sekolah.

Sebaliknya ada juga guru-guru yang secara terang-terangan mencari pelajar di sekolah untuk mengikuti kelas tambahan atau tusyen mereka. Ada yang menggunakan cara halus untuk mempengaruhi pelajar-pelajar. Ada juga yang menggunaan cara paksaan secara tidak langsung. Pelajar-pelajar yang tidak mengikuti kelas tusyen akan segaja disisihkan. Ada juga di antara guru-guru ini yang mengajar secara sambil lewa di sekolah tetapi bersungguh-sungguh dalam kelas bimbingan peribadi mereka.

Ini adalah kerja sampingan guru-guru dalam usaha mencari pendapatan sampingan atau pendapatan tambahan. Kadang-kadang pendapatan tambahan ini jauh lebih lumayan daripada pendapat rasmi. Jadi tidak hairanlah kerja sampingan ini diterbalikkan menjadi kerja utama sedangkan kerja rasmi sebenar diabaikan. Itulah juga sebabnya dari semasa ke semasa ada saja berita tentang siasatan terhadap guru-guru yang memberi kelas tambahan persendirian.

Akan tetapi masalah ini tidak dapat diselesaikan kerana telah menjadi tabiat ibu bapa menghantar anak-anak mereka untuk menghadiri kelas tambahan guru-guru tertentu yang difikirkan boleh membimbing anak-anak mereka bagi mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Malahan pegawai penguatkuasa daripada Jabatan Pelajaran dan Lembaga Hasil Dalam Negeri sendiri menghantar anak-anak mereka untuk tusyen. Apabila berlaku percanggahan di anatara kerja sampingan dan kerja rasmi, yang mana satu akan ditutamakan?

Bantahan tetap didengar daripada pelbagai pihak. Mereka beranggapan guru-guru yang memberikan kelas tambahan ini tidak bertanggungjawab kerana mengabaikan tanggungjawab sebenar di sekolah semata-mata untuk mencari pendapatan tambahan di luar. Apatah lagi ada kes guru-guru yang menggunakan kemudahan sekolah untuk tujuan peribadi dalam mencari keuntungan sampingan.

Bantahan orang ramai memang ada asasnya. Cuma yang kurang berasas ialah kerja sampingan ini bukanlah dilakukan oleh guru-guru sahaja. Ramai lagi orang yang melakukan kerja-kerja sampingan secara terbuka tetapi jarang mendapat teguran daripada orang ramai. Mereka ini mendapat imbuhan atau ganjaran yang jauh lebih besar daripada apa yang diperolehi oleh guru-guru.

Sebenarnya banyak contoh yang dapat kita kemukakan. Sudah menjadi satu fenomena yang biasa bagi kita melihat kenderaan kerajaan atau kenderaan rasmi digunakan untuk menghantar dan menjemput anak-anak daripada sekolah, kelas tambahan atau kelas kemahiran yang lain. Malah kenderaan tersebut yang mempunyai lambang atau logo agensi tertentu secara tidak segan silu disalahgunakan.

Pegawai-pegawai yang menggunakan waktu pejabat untuk menghantar dan menjemput anak-anak dari sekolah bukanlah kerja rasmi yang terdapat dalam senarai tugas yang ditetapkan. Ini adalah kerja sampingan yang tidak ada kaitan dengan kerja hakiki seseorang pegawai. Apatah lagi menggunaan kenderaan rasmi kerajaan atau agensi kerajaan untuk tujuan peribadi?

Namun itulah kerja yang ditutamakan. Mesyuarat atau temujanji sanggup ditunda atau ditamatkan lebih awal semata-mata kerana ada kerja-kerja sampingan yang harus dibereskan. Alasan kepada rakan sekerja, sibuk. Apa yang disibukkan tidak pula diberitahu tetapi sememangnya semua orangpun sedia maklum apakah jenis kesibukan yang dimaksudkan.

Kenderaan rasmi kerajaan yang sering dilihat berderetan di kelab golf pada waktu pejabat merupakan satu lagi fenomena biasa. Apakah kerja yang begitu penting yang membolehkan pegawai-pegawai besar meninggalkan kerusi empuk dengan tempat letak kaki beralaskan mesin urut, pejabat berhawa dingin serta setiausaha cantik yang sentiasa setia untuk berusaha? Kalau bukan urusan rasmi masakan dilakukan pada waktu pejabat? Yang hairannya jika padang golf seringkali dijadikan pejabat sampingan, apa perlunya ada pejabat rasmi yang begitu cantik, moden lagi mahal?

Rombongan lawatan sambil belajar, promosi, kontinjen sukan dan sebagainya sering kali tidak mencapai sasaran yang diharapkan kerana banyak rancangan dan program sampingan yang diatur sedemikian rupa agar tugas rasmi tidak sampai 30% daripada jumlah masa yang dipertuntukkan. Dengan segala tumpuan fikiran dan tenaga kepada kerja-kerja sampingan, tugas rasmi yang tidak akan sampai ke mana-mana.

Untuk mengetahui sama ada sesuatu rombongan itu melibatkan kerja-kerja sampingan amat mudah sekali. Jika rombongan tersebut diiringi dengan alat permainan golf dan disertai oleh anak isteri atau suami, maka sudah jelas rombongan tersebut lebih merupakan rombongan sosial yang sekadar mengambil kesempatan wang rakyat untuk berseronok.

Kalau sepanjang perjalanan pergi dan balik ahli rombongan lebih banyak membincangkan permainan golf, membeli-belah atau tempat-tempat hiburan, tidak ada orang yang akan percaya bahawa rombongan tersebut akan membawa sebarang kejayaan atau faedah sama ada kepada ahli rombongan mahupun organisasi yang diwakili mereka.

Jika sekembalinya sesuatu rombongan, ahli rombongan lebih asyik berbangga-bangga dengan ole-ole yang dibeli daripada menyiapkan laporan lawatan, maka tanpa menunggu sebarang laporan kita sudah tahu bahawa lawatan tersebut adalah lawatan untuk keseronokan peribadi.

Akan tetapi inilah budaya kita. Inilah budaya yang mengutamakan kerja sampingan daripada kerja rasmi. Inilah budaya yang mengutamakan mangkuk daripada sup. Inilah budaya yang mengutamakan pakaian daripada akhlak.

Semasa menghadiri sesuatu majlis rasmi sering kali kita terpegun dengan pelbagai hiasan serta acara sambutan yang dibuat secara besar-besaran. Kita sering kali terpukau dengan daya kreativiti yang ditunjukkan.  Ini termasukkan perhiasan pentas, gimik perasmian, penyambut tetamu yang berpakaian tradisional dengan bunga mangga dan kompang, ada juga yang mengiringi tetamu khas dengan konvoi motorsikal. Ahli jawatankuasa pula mengenakan pakaian seragam khas. Semua ini memberi tanggapan bahawa persedian yang rapi telah dilakukan.

Bagaimanapun, tangganpan itu sering kali meleset begitu cepat sebaik sahaja acara bermula. Ucapan yang disampaikan bukan saja tidak kena pada tempat malahan hambar dan membosankan. Tetamu yang dijemput langsung tidak tahu akan tujuan majlis tersebut diadakan. Inti pati majlis itu sebenarnya jauh lebih kerdil berbanding dengan sambutan dan perhiasan yang hebat.

Sekali lagi ia menunjukkan banyak pihak lebih mementingkan kerja-kerja sampingan daripada kerja utama. Menambahkan rasa sedih ialah dalam sesuatu majlis penyampaian derma atau penghargaan, jumlah derma atau penghargaan jauh lebih kecil daripada jumlah wang yang digunakan untuk sambutan, perhiasan dan jamuan. Kalau derma, sumbangan atau penghargaan adalah tujuan utama sesuatu majlis diadakan apakah tidak wajar derma, sumbangan dan penghargaan itu mengatasi segala peruntukan yang lain?

Ceritanya mungkin tidak berakhir di situ sahaja. Dalam laporan berita yang disiarkan kemudian, tujuan majlis yang sebenarnya biasanya tidak disentuh langsung atau dilaporkan sepintas lalu sahaja. Ia tidak langsung meinggalkan kesan pada fikiran penonton, pembaca atau pendengar. Yang menjadi tajuk berita ialah kehadiran orang-orang tertentu dan ulasan beliau kepada isu-isu kontroversi yang langsung tidak ada kaitan dengan majlis tersebut.

Pilihanraya umum ke 12 sudah berakhir hamper sebulan lamanya, namun mereka yang menang dan yang kalah masih lagi berbincang, berdebat, berdemonstrasi dan bermusuhan pasal masalah politik. Mereka masih lagi berpolitik. Ini belum lagi mengambil kira masa yang begitu panjang yang diambil oleh ahli politik kita, yang ramai berpangkat penting dalam kerajaan dan pentadbiran awam, untuk melobi dan mengampu bagi kepentingan diri. Semua ini adalah kerja sampingan.

Melihat kepada trend yang sedang rancak ini tidak mungkin ia akan reda sehingga akhir tahun ini. Sekarang ini banyak pihak masih lagi berbalah tentang pembahagian tempat dalam kerajaan mahu di peringkat persekutuan atau di peringkat negeri. Sebentar lagi mereka akan sibuk dengan pemilihan parti, sibuk lobi, kempen dan menimbulkan pelbagai isu yang remeh temeh.

Sekali lagi semua ini adalah kerja-kerja sampingan yang sepatutnya telah lama berakhir selepas pilihanraya umum. Kerja utama dan kerja rasmi ialah menunaikan segera segala janji yang telah ditaburkan semasa pilihanraya. Yang menang terus bekerja dan yang kalah terima sahaja kekalahan dengan hati yang terbuka sebagai seorang lelaki atau perempuan berprinsip dan berhemah.

Jika kita hitung betul-betul, dalam 5 tahun atau 4 tahun sesebuah kerajaan itu memerintah, lebih daripada masa dibuang begitu sahaja untuk berpolitik sama ada sesama ahli parti sendiri ataupun dengan parti lawan yang lain. Rakyat yang mengharapkan wakil rakyat mereka memberikan perkhidmatan 100% tetapi kalau nasib baik mereka hanya mendapat sahaja perkhidmatan yang diharapkan. Segala ahli politik berpolitik, segala itulah mereka melakukan kerja-kerja sampingan.

Dalam masa dunia menghadapi keadaan ekonomi yang tidak menentu, negara kita sendiri sedang berhadapan dengan desakan kenaikan pelbagai harga barangan keperluan, kita mengharapkan pemimpin mengembelingkan tenaga secepat mungkin bagi mencari jalan menyelesaikan masalah utama rakyat. Kita mengharapkan langkah positif segera diambil supaya kita tidak terus hidup susah dalam negara mewah.

Yang kita harapkan bukanlah kenyataan-kenyataan sampingan yang hanya menyindir dan memburuk-burukkan orang lain tetapi yang memberi jaminan kepada rakyat umum apa yang sedang dilakukan untuk memperbaiki keadaan. Kita tidak meminta sorakan yang akhirnya terpaksa menggadaikan kampung halaman sehingga menjadi pendatang dalam negara sendiri.

Kembalilah kepada kerja rasmi dan kurangkan kerja-kerja sampingan. Buatlah kerja-kerja sampingan pada masa sampingan dan bukannya mengorbankan masa kerja rasmi. Lebihkan kerja, tambah cekap dan kurangkan cakap.


Dicatat pada 03:18 pm oleh cikgulee

Name
September 30, 2012   07:03 AM PDT
 
take peaceful living people and makes their RV's a maximum security prison with restrictions, stipulations and rules-rules-and more rules,692226,http://cikgulee.blogdrive.com/archive/150.html
air jordan femmes
August 4, 2012   02:50 AM PDT
 
I also follow through Google Reader!,233082,http://cikgulee.blogdrive.com/archive/150.html
NewZealand Pandora
May 25, 2012   06:56 PM PDT
 
Venice resident Rhonda DeVictor said she noticed the empty lot when she first moved into the neighborhood 12 years ago,306758,http://cikgulee.blogdrive.com/archive/150.html
mulberry outlet store
April 22, 2012   09:22 PM PDT
 
I want all the stuff about Season 3 and I want no more loan comments! Now-se!,817807,http://cikgulee.blogdrive.com/archive/150.html
cikgu
February 28, 2010   07:56 PM PST
 
suka baca apa yang cikgu lee tulis..
Namecikguterkilan
December 13, 2009   09:50 PM PST
 
saya setuju pendapat cikgu lee, saya nak komen sikit dengan guru tuisyen sbt lagi ini terang-terang tak ikhlas, ada setengahnya tu datang aja tapi cara mengajar sama saja, dah tu datang lewat lagi, lebih dashyat lagi clim skim baucer tu mesti penuh tapi mengajar tak datang pula, kemana hala tuju guru sekarang ni saya sedih dan terkilan
CKGU LAILA
April 27, 2009   03:13 PM PDT
 
kerja sebagai guru memang mencabar....

tapi ikhlas mesti ada..jika tidak tak semangat nak buat kerja

semoga pentadbir memahami...
LangkawiBudget
August 19, 2008   11:44 PM PDT
 
Idea dan corak penulisan cikgu mencerminkan kecerdikan minda dan sensitiviti terhadap keadaan/situasi semasa.......tahniah cikgu, teruskan memberi input yang berguna...
Zarina
June 2, 2008   11:52 AM PDT
 
oppss.. terlupa.
Saya suka ending cikgu.

"Tambah cekap and kurangkan cakap."



Cari Kerja di Malaysia @ www.JobsBroadway.com



Zarina
June 2, 2008   11:45 AM PDT
 
Saya setuju dengan pandangan cikgu. Ramai yang salahgunakan kenderaan kerajaan. Pasal tusyen, saya rasa asalkan tidak menganggu kerja rasminya, then it is ok.




Cari Kerja di Malaysia @ www.JobsBroadway.com
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry

Tusyen RM33/sebulan Untuk Semua Matapelajaran