Cikgu Lee - sebelum, semasa dan selepas menjadi seorang guru
[ Home ]-[ Recent ]-[ Archive ]-[ About Me ]-[ Speaker ]-[ Toastmasters ]-[ Contact Me ]-[ FAQ ]





Nama: Lee Chye Ewe
Lahir: 1961
Tempat: Kuala Krai, Kelantan

Pelajar
SRJK(C) Yuk Chai, Kuala Krai, Kelantan (1968-1973)
SM Sultan Yahya Petra, Kuala Krai, Kelantan (1974-1979)
SM Hamzah, Machang, Kelantan (1980-1981)

Guru
SM Georgetown, Pulau Pinang (1983)
SM Perempuan Cina, Pulau Pinang (1984)
SMK Abdullah, Semporna, Sabah (1985-1988)
SMK Kuhara, Tawau, Sabah (1989-1997)


<< September 2007 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01
02 03 04 05 06 07 08
09 10 11 12 13 14 15
16 17 18 19 20 21 22
23 24 25 26 27 28 29
30

Metacrawler Search
Site search Web search

powered by FreeFind

Untuk Dijual

Jaringan

Kem Pelajaran
Portal Pendidikan
Maktab Perguruan
PBSMM Blogroll Cikgu Lee!


Project Petaling Street



Lee Chye Ewe's Facebook profile


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed


Wednesday, September 05, 2007
Bocor Lagi

 

 

Soalan peperiksaan UPSR bocor lagi. Kali ini seorang lelaki yang mengakui dirinya seorang guru mendakwa mendapat soalan Bahasa Malaysia and Matematik bocor. Belia mendapat soalan tersebut sebelum peperiksaan dijalankan. Ada juga laporan mengatakan bahawa soalan-soalan diperolehi dengan mudah di negeri Kedah sehingga guru-guru mengumpul pelajar untuk membuat latihan terakhir.

 

Adakah dakwaannya itu benar? Bagi saya besar kemungkinan ianya benar. Sudah banyak kali soalan peperiksaan pada pelbagai peringkat bocor. Sayangnya tidak ada tangkapan, hukuman atau penyelesaian yang sebenar dilakukan setakat ini.

 

Seperti biasa, banyak janji daripada kerja. Kita tunggu dan lihat apa akan jadi pada kesudahannya kali ini. Ini saja yang mampu kita lakukan sebagai seorang rakyat biasa, ibu bapa, guru dan pelajar.

 

Ketua Pengarah Kementerian Pelajaran Dato' Hj. Alimuddin b. Hj. Mohd Dom dilaporkan meminta orang yang mempunyai maklumat soalan bocor supaya memberikan maklumat kepada beliau. Beliau yang kelihatan seolah-olah merayu mengatakan maklumat ini akan membuatkan kerja penyiasatannya menjadi lebih senang.

 

Yang sepatutnya kalau ada orang yang mendapati ada soalan bocor mereka seharusnya memaklumkan kepada Lembaga Peperiksaan Malaysia atau Kementerian Pelajaran. Pada hakikatnya tidak ramai yang sanggup berbuat demikian. Yang mereka disangsikan ialah apakah tindakan akan diambil atau apakah laporan secara senyap-senyap akan diketahui orang ramai? Apatah lagi ini berkaitan dengan kewibawaan Lembaga Peperiksaan Malaysia dan Kementerian Pelajaran Malaysia.

 

Kita sering kali mendengar pemimpin naik angin kerana laporan negatif sampai kepada media terlebih dahulu sebelum kepada pihak yang sepatutnya. Maka kita diminta laporan dibuat supaya melalui saluran yang betul. Penghebahan kepada media sering dipersalahkan dan sekaligus melupakan isu yang sebenar. Pembawa berita sering kali dipersalahkan.

 

Pengalaman memberitahu kita bahawa ramai orang membuat aduan dan laporan yang betul tetapi jarang dilayan dengan baik. Malah dalam banyak kes orang yang berniat baik yang pergi membuat aduan dipersulitkan. Banyak soalan yang bukan-bukan dikemukakan seolah-olah pengadu disoal siasat seperti pesalah. Kita juga banyak mendengar laporan yang penuh dengan bukti kukuh tidak diambil endah dan terbiar begitu sahaja buat bertahun-tahun lamanya.

 

Dengan pengalaman sedemikian, tidak ramai orang yang sanggup tampil ke hadapan untuk menegakkan keadilan. Kini semua orang sudah pandai mengambil jalan pintas yang jauh lebih berkesan. Mereka lebih suka menghebahkannya kepada media dan nampaknya pihak media lebih bertanggungjawab. Sekurang-kurangnya mereka memegang janji mereka dengan tidak mendedahkan identiti pelapor yang sebenar.

 

Nampaknya juga, saluran membuat aduan melalui media jauh lebih berkesan daripada membuat aduan melalui saluran yang dikehendaki. Apabila satu negara sudah tahu akan berlakunya kebocoran soalan peperiksaan, mahu tidak mahu orang yang berwajib terpaksa menjawab dan terpaksa mengarahkan pihak tertentu untuk membuat siasatan. Maka kita dengar janji dibuat untuk mengambil tindakan yang sekeras-kerasnya.

 

Yang menarik pada peristiwa soalan UPSR bocor kali ini ialah ia telah dibahaskan dengan begitu cepat di Dewan Rakyat. Cuma yang kita rasa terkilan ialah perbahasan yang dilakukan secara sepontan. Pandangan dan cadangan yang diberikan oleh ahli dewan juga bersifat sepontan dan tidak mendalam atau menyeluruh.

 

Contohnya seorang ahli dewan mencadangkan supaya sistem peperiksaan dibatalkan dan digantikan dengan sistem mata. Sistem peperiksaan sekarang dikatakan sebagai penyebab kepada kebocoran. Mungkin ada benarnya tetapi adakah ada sistem lain yang boleh mengukur dan mengetahui pencapaian pelajar dengan lebih baik? Adakah sistem mata yang dicadangkan dapat digunakan untuk mengukur tahap pencapaian pelajar dengan berkesan? Sejauhmana sistem ini dapat mengatasi masalah soalan bocor tidak pula dihubung kaitkan.

 

Pada tanggapan umum perbahasan seperti itu hanyalah peluang untuk mendapat publisiti. Dalam keghairahan kita untuk untuk membincangkan sesuatu masalah kita berlumba-lumba merebut peluang dalam perbahasan. Kita tidak sedar apa yang kita bincangkan itu sama ada bermanafaat atau tidak. Apakah tidak boleh, kalau memang kita ikhlas hendak menyelesaikan masalah, perbincangan dan perbahasan yang mendalam dibuat dengan persediaan yang cukup  dan bukannya pakai tangkap muat sahaja. Akhirnya kita dilihat sebagai melatah dan celupar. Kalau kesilapan kita ditonjolkan dalam media maka cepat-cepatlah kita menafikannya dan mengatakan media tersilap petik.

 

Apa yang berlaku sekali lagi membuktikan kepada kita bahawa kita terlampau asyik hendak bercakap tetapi ternyata salah tembak. Kita tidak sedar apa yang sepatutnya dibincang dan dibahaskan. Masalah yang berlaku ialah soalan bocor. Yang kita mahu tahu bagaimana soalan itu bocor dan bagaimana cara untuk mengelakkan ia daripada terus berlaku.

 

Apa pula kena mengena dengan sistem peperiksaan yang hendak diubah? Bukankah ini masalah pengawalan dan tanggungjawab? Apakah kerana rumah dimasuk pencuri maka kita akan merobohkan rumah kerana mendakwa rumah kita baik? Atau kita seharusnya berpindah dan menetap di tempat lain yang lebih selamat? Apakah bumbung parlimen yang bocor atau bangunan kerajaan baru yang bocor maka kita hendak merobohkan bangunan tersebut?

 

Semasa anak-anak kita sedang menduduki peperiksaan di sekolah kita sepatutnya sedar bahawa markah hanya akan diberi jika kita memberikan jawaban yang betul. Jawaban yang betul bermaksud menjawab seperti yang dikehendaki soalan. Kita jawab soalan mengikut arahan yang diberikan dalam kertas peperiksaan. Ringkasnya jawab apa yang ditanya bukan cakap tidak menentu pasal.

 

Kalau orang bertanya kepada kita sama ada kita sudah makan atau belum, jawablah sudah makan atau belum. Jangan pula jawab kita baru balik dari pasar. Mungkin kita makan di pasar tetapi itu bukan cara kita jawab soalan. Kalau memberi jawaban biarlah tepat dan jangan berputar-putar dan berbelit-belit. Ular sawa yang pandai berbelitpun kadang-kadang menjadi mangsa belitannya sendiri. Masakan kita hendak berlawan dengan ular?

 

Oleh itu, jika kita memang ikhlas dan bersungguh-sungguh hendak menyelesaikan masalah soalan bocor pada apa peringkat sekalipun, kita hendakkan fokus pada masalah yang sebenar. Jangan salahkan pengadu dan jangan salahkan sistem peperiksaan secara keseluruhan. Kita seharusnya tahu bagaimana soalan dibina, disimpan, dicetak, diedar dan akhirnya sampai kepada tangan pelajar yang menduduki peperiksaan. Di sinilah letaknya nadi kepada kebocoran.

 

Kalau ada kebocoran tentu sekali ada kecuaian di mana-mana atau ada orang dalam yang membelot. Kalau kecuaian itu disegajakan itu bermakna orang yang dipertanggungjawabkan tidak amanah. Kalau orang yang tidak amanah berada dalam Lembaga Peperiksaan Malaysia maknanya pemilihannya bermasalah. Kita sudah memilih orang yang tidak beramanah. Kita sengaja menjemput masalah. Inilah yang dikatakan harapkan pagar, pagar makan padi.

 

Kalau kita memilih musang untuk menjaga ayam jangan harap ayam kita selamat. Kalau kita memilih pencuri sebagai pengawal keselamatan jangan harap harta benda kita akan selamat. Kalau penyamun dijadikan polis atau askar, apa kesudahannya?

 

Oleh itu, penyiasatan janganlah tertumpu sekadar hendak mendapat siapakah yang membocorkan soalan tetapi harus diselidiki secara mendalam siapakan yang membenarkan kebocoran ini berlaku. Kalau kawalannya ketat, rapi dan teliti tidak mungkin kebocoran akan berlaku.

 

Kebanyakan kes ragut dan kecurian berlaku kerana kita cuai, atau segaja tidak mahu menjaga keselamatan diri kita atau harta benda kita. Kita tidak ambil endah terhadap nasihat polis. Jika kita sengaja menayangkan kekayaan kita atau memberi peluang mudah kepada orang lain untuk mencuri, meragut atau merompak, kemungkinan besar ragut, curi dan rompak akan berlaku.

 

Jika sistem kawalan kita longgar dan kawalan itu sendiri banyak kebocoran maka lambat laun kecurian atau kebocoran soalan akan berlaku. Kita sendiri yang menyediakan peluang kepada mereka yang berkepentingan. Orang yang berkepentingan hanya menunggu masa sahaja untuk memulakan operasinya.

 

Bagi orang yang bekerja di ladang dengan pekerja yang ramai, waktu pembayaran gaji tidak pernah tetap. Wang gaji untuk pekerja setiap bulan boleh sampai berpuluh ribu. Kadang-kadang pekerja dibayar pada awal bulan. Kadang-kadang mereka dibayar pada hujung bulan. Ini bukan kerana majikan mereka tidak menepati janji  tetapi ia adalah satu cara untuk mengelakkan mereka daripada dirompak malah dibunuh.

 

Dengan sengaja waktu pembayaran gaji tidak dimaklumkan terlebih awal mereka mengurangkan risiko daripada dirompak kerana perjalanan mereka tidak dapat diduga. Jika waktu pembayaran gaji adalah tetap tidakkah ada di antara pekerja yang akan merancang untuk merompak dan menjadi kaya serta merta daripada mambanting tulang empat kerat untuk mendapat gaji harian yang sedikit?

 

Jika sistem binaan soalan, percetakan, simpanan, kawalan dan penghantaran soalan masih sama seperti dahulu kala biarpun kita sudah 50 tahun merdeka, maka kebocoran akan berlaku dan terus berlaku. Setiap gerak-geri sudah dijangka dan diduga sama seperti kesudahan drama televisyen murah. Kalau inilah yang berlaku maka kita sememangnya menjemput dan menunggu waktu dan ketikanya untuk soalan peperiksaan bocor lagi.

 

Kalau kita hendak meningkatkan prestasi dan pencapaian pelajar, kita sepatutnya menjaga dan memastikan sistem penilaian kita benar-benar boleh diyakini dan dipercayai. Dengan ini pengukuran dan penyukatan yang dibuat akan mendapat pengiktirafan. Pelajar-pelajar dan guru-guru mahupun ibu bapa akan merasai berbaloi bekerja keras untuk mendapat pencapaian keputusan yang baik.

 

Kalau kita ada menyaksikan persembahan sempena perayaan Hari Kemerdekaan ke-50 yang lalu kita tentu sekali kagum bagaimana beribu-ribu pelajar dapat menari dan membentuk corak yang begitu indah yang mereka sendiri tidak dapat melihatnya. Kita pasti kagum dengan mereka yang terlibat di belakang tabir yang melatih pelajar-pelajar ini secara berasingan pada peringkat permulaan dan akhirnya dapat digabungkan dan menjadi satu persembahan yang begitu menarik.

 

Kalau tidak ada satu sistem latihan yang sama masakan tarian itu dapat dihasilkan daripada beribu-ribu pelajar yang berasal daripada sekolah-sekolah yang berbeza. Kalau bukan kerana mereka yang terlibat melakukan segala yang mungkin untuk memberikan persembahan yang terbaik masakan kita dapat menyaksikan sesuatu yang membuatkan kita bangga?

 

Dalam erti kata yang sama jika kita semua orang yang terlibat tidak melakukan yang terbaik dalam menjayakan peperiksaan yang melibatkan begitu ramai pelajar dari seluruh negara apalah ertinya wang riggit, masa dan tenaga yang dikorbankan oleh pelajar-pelajar, guru-guru, pegawai-pegawai, pekerja-pekerja, ibu bapa dan ramai lagi?

 

Kalau mulut kita bocor, tangan kita bocor, hati dan pemikiran kita bocor, bagaimana kita hendak mengatasi masalah soalan yang bocor? Seharusnya kita tampal dahulu kebocoran di mulut kita, tangan kita, hati kita dan pemikiran kita. Kebocoran pada diri kita tidak memerlukan wang ringgit. Semuanya percuma asalkan kita mahu.

 

Kalau soalan PMR, SPM dan STPM nanti turut bocor, tahulah kita di mana bocor terlebih dahulu.

 


Dicatat pada 03:17 pm oleh cikgulee

firdaus
December 11, 2009   01:11 PM PST
 
sape nak nombor tepon saya kalau nak tengok kat sebelah nie >0194268050 kalau ada nak tanya apa2 telefon lah saya ok bye..bye...
IKMAL
November 18, 2009   01:26 PM PST
 
harap2 saye bleh dapat 5A dalam UPSR ngan hasel titik peluh saye.

jangan lupa.doa2kanlah saye dan semua murid yang menjawab UPSR 2009.insyaallah,saye pasti dpat 5A dalam UPSR.amin.......
UPSR~candidates
September 15, 2009   08:48 PM PDT
 
he eleh bocor2 pon
pemahamn susah gak
kkm
September 9, 2009   08:20 PM PDT
 
saya sangat gembira.
eyk@
September 9, 2009   08:12 PM PDT
 
i hope i can get 5A..
syahira
September 9, 2009   04:38 PM PDT
 
saya upsr tahun nie...bley tak sesiapa tolong saya untuk esok?
antu
September 9, 2009   03:31 PM PDT
 
kmk maok soalan UPSR 2009 kinek tuk juak.
Name
September 9, 2009   02:40 PM PDT
 
heloooo
MUHAMMAD REDZUAN BIN MOHD SIMA
September 9, 2009   01:12 PM PDT
 
SAYA NAK JUGA JWPN UPSR.
MUHAMMAD REDZUAN BIN MOHD SIMA
September 9, 2009   01:08 PM PDT
 
TIDAK JUJUR SAYA SEBAGAI SEORANG PUN RASA SUSAH UNTUK MENJAWAB
JOHAN@JOJO
September 9, 2009   01:08 PM PDT
 
SAYA NAK SEMUA JWPN UPSR 2009
cassie
September 9, 2009   07:02 AM PDT
 
bagilah lagi soalan bocor. doakan untuk saya. saya mesti dapat 6A.
NURUL@@
September 8, 2009   07:31 PM PDT
 
Eh dah lps sehari ea soalan upsr cm ne senang ke???????????
atikah
September 7, 2009   06:49 PM PDT
 
TLG DOAKAN SY SPAYA DAPAT 5A DLM UPSR ESK . GOOD LUCK 4 UPSR. : )
syng kwn2
September 7, 2009   03:16 PM PDT
 
hi kwn2..esok dh peksa..sedia ke?sye pon mcm kmu jugak..ambik upsr kali nieh..kite smue blaja rjin2...lantak la sape pon bocorkan soalan..janji kite x tengok..sye tau smue tkot2..sbb sye pon murid mcm kmu jugak..jika kite x tkot relax jer maksodnye kite ini bkn plajar yng bijak..gud luck 4 u n me...bye..
marah
September 7, 2009   02:53 PM PDT
 
wei,babi gilerr nak soalan bcor,gimmpus la.Orang buat dengan usaha sendiri DUIT=doa,usaha,ilmu dan tawakkal!!!
marah
September 7, 2009   10:39 AM PDT
 
kesian org miskin yg xdak komputer depa x tau la....... x sempati ka
arie
September 7, 2009   07:02 AM PDT
 
elo..owank busaha largh nie x..kalo arpkn soalan bcor nk wt pew..
SANTH
September 6, 2009   09:28 PM PDT
 
WEI JANGAN SEKALI KALI BUAT SOALAN BOCOR
jey
September 5, 2009   08:36 PM PDT
 
i need more bocor;s
Name
September 5, 2009   01:09 PM PDT
 
mana boleh soalan bocor.Mmglh boleh dpt 5A
zack
September 5, 2009   08:49 AM PDT
 
have soalan bcor gi tahu
viin
September 4, 2009   10:52 PM PDT
 
klu soalan sjk(t) bocor tolong beritahu dengan sy ok. terima kasih
Name
September 4, 2009   08:06 PM PDT
 
i wish i get 5AS .........PLZ give me if got soalan bocor.............PLZ
muhammad muzzammil
September 4, 2009   01:42 PM PDT
 
saya berharap saya mendapat soalan boco 2009 tapi malangnya saya x dapat.apa yang saya dapat hanya soalan upsr09 science 2009
Name
September 3, 2009   10:39 PM PDT
 
x adil.................
Name
September 3, 2009   10:37 PM PDT
 
gi tu sye pun leh dpt 5a klau dpt solan bocor beb x pyah p kolah dpt solan bocor itu x adil............................
arifah97
September 3, 2009   10:10 PM PDT
 
kta hrs b'usha nk dpt 5A..bkn nyerr mcm soalan bocor..klau g 2 bek x yah ambk upsr..
awa
September 1, 2009   05:13 PM PDT
 
bestnyer kalau dpt soalan bcor lgi
EINA N LYA
August 29, 2009   12:45 PM PDT
 
cikgu x adil!!!
mne bleyyysoaln bocor..
klu cm nie sume leyy dpt5A
fa10
August 28, 2009   04:39 PM PDT
 
mana adil camne.. kalau gitu saya pun nak tau soalan upsr09.. ihope i will get 5a..
Name
August 27, 2009   12:38 PM PDT
 
ADEKE ORG NK KSI SOALN YG BTUL2 AKN KLUAR?
Nadirah
August 14, 2009   10:11 PM PDT
 
when i study i can get 5A
leshanand
August 5, 2009   09:32 PM PDT
 
if soalan bocor beritahulah saya ia. terima kasih
rudy
August 1, 2009   02:44 PM PDT
 
saya baru jarh ambik UPSR thn lepas.ada rakan saya ni dya sk .... dkt sini alor setar kedah.smpai cikgu sanggup buat klas mlm nk bg soalan bocor.bg bdk2 yg x pandai cikgu beri pembaris yg mana diatas nya ada jwpn bg semua soalan objektif.benci skolah.....walaupun sekolah saya sksa x pernah bocor soalan tp kementerian ttp slhkan skolah sya.benci!
rudy
August 1, 2009   02:43 PM PDT
 
klau pn nak tru,tru sja lah
azizah
July 29, 2009   08:44 PM PDT
 
kita kenalah usaha..bulan nak dapat soalan bocor..kalau dapat soalan bocor pun tak bermakna sebab nanti pi sekolah menengah yang bagos bagos asyik dapat keputusan yang teruk..kita kena jujur...tuhan nampak apa yang kita lakukan...harap thun ni tak da soalan bocor..
azizah
July 29, 2009   08:43 PM PDT
 
kita kenalah usaha..bulan nak dapat soalan bocor..kalau dapat soalan bocor pun tak bermakna sebab nanti pi sekolah menengah yang bagos bagos asyik dapat keputusan yang teruk..kita kena jujur...tuhan nampak apa yang kita lakukan...harap thun ni tak da soalan bocor..
FAIQAH
July 28, 2009   06:11 PM PDT
 
SAYA RASA SAYA BOLEH DAPAT 5A .MAY BE LAH TAPI HARAP DAPAT LAH 5A
faiqah
July 28, 2009   06:08 PM PDT
 
i hope i can get 5a in upsr
FAHZAN
June 2, 2009   03:01 PM PDT
 
KENAPA X CARI PENGETUA KALAU NAK SOALAN BOCOR
imran skpaloh
June 1, 2009   01:41 PM PDT
 
kenaper yer soalan upsr bocor.kalau bocor tadah ngan besen atau balDi

kalau bosang dengar lah commen sayer ni....

sayer pun periksa juga tahun ni doakan sayer supaya dapat 5a
imran skpaloh
June 1, 2009   01:34 PM PDT
 
aper nak jadi lah soalan upsr bocor
girl12
May 24, 2009   02:09 PM PDT
 
klau sln bocor pun,jgnlh tiru sln tu..buat sndiri.klau usha sndri,pstu dpt 5A,kn tu mknanya kepuasan..5A tu dri usaha kite sndri..buknnya 5A dri penipuan..klau dpt 5A sbb tiru,mmg sah-sahlah yg korang ni x pndai..mls nk usha.ini bukannya rezeki..so..siapa2 yg ade UPSR09 tahun ni,buatlh sungguh2 dn jgn tiru..klau korang ade usha,pasti berjaya..klau dh usha tpi x berjaya,psti ade hikmah dsebliknye..so jgn cepat putus asa..cowilak klau dh bosan sgt dengar komen sye ni..sje jek nk bagi pndapat tapi smua tu benar k??1 more,sbenarnye kte ni pn nk dududki UPSR thn ni[2009]..bye..
eika
April 25, 2009   11:25 AM PDT
 
saya baru jarh ambik UPSR thn lepas.ada rakan saya ni dya sk .... dkt sini alor setar kedah.smpai cikgu sanggup buat klas mlm nk bg soalan bocor.bg bdk2 yg x pandai cikgu beri pembaris yg mana diatas nya ada jwpn bg semua soalan objektif.benci skolah.....walaupun sekolah saya sksa x pernah bocor soalan tp kementerian ttp slhkan skolah sya.benci!
faiz
April 10, 2009   09:52 PM PDT
 
ok,lah tu
alia
March 28, 2009   12:01 AM PDT
 
sye x dpt soalan bcr pun dpt 5a(2008)
aini
March 26, 2009   06:27 PM PDT
 
siapa yg bcrkn sln?klu mcm tu ramai yg dpt 5a.
aini
March 26, 2009   06:26 PM PDT
 
siapa yg bcrkn sln?klu mcm tu ramai yg dpt 5a.
aini
March 26, 2009   06:26 PM PDT
 
siapa yg bcrkn sln?klu mcm tu ramai yg dpt 5a.
muhammad izhar sk ibrahim
March 16, 2009   04:46 PM PDT
 
saya takut akan UPSR...i hope year 2009 can get more answer UPSR because i want to get 5 A
muhammad izhar sk ibrahim
March 16, 2009   04:45 PM PDT
 
saya takut akan UPSR...i hope year 2009 can get more answer UPSR because i want to get 5 A
ATIQAH
February 22, 2009   01:15 PM PST
 
HARAP TAHUN NI 2009 TAK DE SOALAN BOCOR LAGI
iskandar
November 5, 2008   08:29 PM PST
 
kalau ada soalan bocr tolong beri pada saya ok.....

tq////
Cikgu Dee
September 14, 2008   10:41 AM PDT
 
memang tahun ini (UPSR08)bocor pun...malah makin teruk..Sampai budak bawa jawapan objektif (B.Ing&Math)sebijik2 dalam dewan.Apa nak jadi weh wahai pihak lembaga peperiksaan.Jangan jadi UPSR jadi Ujian Peniruan Sekolah Rendah.Nampaknya Menteri berkenaan kena letak jawatan dah.
ZACQUAN
September 2, 2008   06:47 PM PDT
 
KLAU ADE SOALAN2 YG BOOR PLEZZZZZZZZZZ GIVE FOR ME PLEZZZZZZZZZZ
cikgu amir
April 11, 2008   12:10 PM PDT
 

bocor sekalipun, jika dapat skor (confirm ke???), adakah anda wahai murid-murid merasai kepuasan hasil keputusan yang diperolehi? kejayaan dengan usaha yang jujur memberikan kepuasan yang sukar diungkap... dan para guru yang mengajar juga akan merasai kepuasan... kepuasan itu lebih baik daripada membanggakan keputusan cemerlang yang penuh kepalsuan.....

oleh itu, janganlah meminta (atau sanggup membeli set soalan bocor) supaya mendapat nama sebagai skorer peperiksaan, tetapi berusahalah dengan keupayaan anda sendiri.... anda akan tetap merasai keseronokannya nanti........... walaupun mungkin anda tidak mendapat A....
cila
October 9, 2007   09:59 PM PDT
 
kalau ada soalan bocr tolong beri pada saya ok.....
jak
September 27, 2007   03:14 PM PDT
 
Saya ada terdengar dari pelajar yang bakal menghadapi PMR bahawa kawannya yang belajar di salah sebuah pusat tuisyen di Sg Petani telah mendapat soalan-soalan yang mungkin bocor. Soalan-soalan tersebut diedarkan dalam masa terdekat ini.Kalaulah benar terjadi demikian apa nak jadi dengan Kementerian pelajaran? Dahlah UPSR 100% bocor dalam semua mata pelajaran .
lord evil
September 22, 2007   04:36 PM PDT
 
if soalan bocor beritahu lah saya
ali
September 21, 2007   01:58 PM PDT
 
cikgu lee,adakah upsr akan diadakan lagi?saya harap tidak kerana saya pelajar tahun 6
pyan
September 15, 2007   01:28 AM PDT
 
Tu lah sebab cikgu tak leh buat tuisyen. ada kepentingan peribadi, terutama mereka yang duduk dalam lembaga peperiksaan.
IbuAnak
September 10, 2007   05:42 PM PDT
 
Hello Mr. Lee

Saya setuju dengan coretan cikgu. Dalam masa yang sama, saya agak sedih, risau dan agak marah. Mana tidaknya, anak saya dan rakannya telah berusaha bersungguh-sungguh, belajar siang dan malam, keluar dari rumah dengan tekad menduduki peperiksaan dengan tenang dan yakin, ini pula jadinya. Sungguh tidak adil buat anak-anak yang telah berusaha ini. Ibu bapa sepatutnya menyediakan anak-anak untuk menghadapi peperiksaan bukannya mengharap ada soalan bocor. Berilah contoh teladan yang baik pada anak-anak. Dah besar nanti mereka pula cari jalan untuk menyeleweng. Mana tidaknya kecil-kecil ibu bapa dah tunjuk teladan begitu.
jak
September 10, 2007   02:33 PM PDT
 
Memang betul pun bocor. Kalau pelajar yang gagal dalam percubaan dan berada dalam kelas belakang sekali boleh menyiapkan kertas soalan matematik dan english dalam masa 20 minit bukankah menakjubkan tiba-tiba pelajar-pelajar ini menjadi GENIUS.
nikeasy
September 8, 2007   03:34 PM PDT
 
Satu kupasan yang baik. Biar pihak yang terbabit membuka mata dan telinga untuk mengatasi permasalahan ini dengan berkesan.
Terima kasih cikgu lee.
Cikgu Lee
September 6, 2007   06:40 AM PDT
 
Terima kasih Ayie Klau. Pembetulan sudah dibuat.
ayie klau
September 6, 2007   02:25 AM PDT
 
"Ketua Pengarah Kementerian Pelajaran Datuk Salle Husein " salah tu cikgu nama dia... cuba cek betul betul ok nanti kena saman
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry