Cikgu Lee - sebelum, semasa dan selepas menjadi seorang guru
[ Home ]-[ Recent ]-[ Archive ]-[ About Me ]-[ Speaker ]-[ Toastmasters ]-[ Contact Me ]-[ FAQ ]





Nama: Lee Chye Ewe
Lahir: 1961
Tempat: Kuala Krai, Kelantan

Pelajar
SRJK(C) Yuk Chai, Kuala Krai, Kelantan (1968-1973)
SM Sultan Yahya Petra, Kuala Krai, Kelantan (1974-1979)
SM Hamzah, Machang, Kelantan (1980-1981)

Guru
SM Georgetown, Pulau Pinang (1983)
SM Perempuan Cina, Pulau Pinang (1984)
SMK Abdullah, Semporna, Sabah (1985-1988)
SMK Kuhara, Tawau, Sabah (1989-1997)


<< May 2005 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30 31

Metacrawler Search
Site search Web search

powered by FreeFind

Untuk Dijual

Jaringan

Kem Pelajaran
Portal Pendidikan
Maktab Perguruan
PBSMM Blogroll Cikgu Lee!


Project Petaling Street



Lee Chye Ewe's Facebook profile


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Saturday, May 21, 2005
Buku Untuk Dijual - Mari Kita Berbahasa

 

Judul:                                        Mari Kita Berbahasa Jilid 1

Penulis:                                      Hj. Muhammed Salehudin Aman

Penerbit:                                    Citra Kurnia Enterprise, Sri Kembangan, Selangor Darul Ehsan

Tebal Buku:                                184 Halaman

Harga:                                       RM12.90

 

Ulasan Sidang Pengarang:

 

Buku ini bertujuan mmberikan gambaran yang jelas tentang beberapa perkara yang sering mengelirukan pengguna bahasa. Semua tajuk yang dimuatkan dalam buku ini berusaha meleraikan kukusutan yang dihadapi oleh pelajar mahaupun pengguna bahasa golongan lain.

 

Haji Muhammed Salehudin Aman, seorang ahli bahasa yang berpengalaman sebagai guru dan pensyarah maktab serta seorang Munsyi Dewan yang aktif mengendalikan kursus bahasa Melayu bagi kakitangan sektor kerajaan dan swasta. Pengalaman dan kecintaan beliau terhadap bahasa Melayu serta kesungguhan beliau mengkaji dan mendalami ilmu kebahasaan secara bersungguh-sungguh meletakkan beliau sebagai seorang pembimbing kursus bahasa Melayu yang disanjung tinggi.

 

Buku ini memuatkan sebahagian daripada karya beliau yang tersiar dalam ruang Munsyi Bahasa, Utusan Malaysia yang menjadi rujukan kepada banyak pihak. Menyedari peri pentingnya penggunaan bahasa Melayu yang betul dan persis, buku ini diterbitkan dengan penuh rasa tanggungjawab dan kecintaan yang mendalam terhadap bahasa Melayu yang kita cintai.

 

Pengenalan Penulis:

 

Muhammed Salehudin Aman ialah mantan pensyarah Bahasa Melayu dan Perkaedahan Pengajaran Bahasa di Jabatan Pengajian Melayu, Maktab Perguruan Perempuan Melayu, Melaka. Beliau juga pernah menjawat jawatan Ketua Unit Disiplin, Tatatertib dan Rekod di Jabatan Hal Ehwal Pelajar di maktab yang sama.

 

Muhammed Salehudin mendapat ijazah Sarjana Muda (pengkhususan Linguistik) dan ijazah Sarjana Sains (pengkhususan Bahasa Melayu) dari Universiti Putra Malaysia.

 

Kini beliau ialah Munsyi Dewan, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Sebagai Munsyi Dewan, beliau kerap menjadi penceramah / pembimbing kursus penataran bahasa Melayu untuk DBP, Persatuan Penterjemah Malaysia, Jabatan-jabatan Kerajaan dan Badan-badan Berkanun.

 

Selain itu, beliau juga terlibat dengan program dan aktiviti DBP, antaranya sebagai rakan penyelidik Kajian Leksikal Bahasa Daerah, panel hakim Forum Pelajar, penilai esei dan laporan tahunan bagi pertandingan yang dianjurkan oleh DBP. Beliau juga anggota Jawatankuasa Peningkatan Mutu Buku Teks yang bertanggungjawab menyemak dan mengawal mutu buku teks sekolah.

 

Dalam penulisan, beliau telah menghasilkan tulisan tentang kebahasaan, khususnya aspek tatabahasa. Hasil tulisan beliau termuat, antaranya dalam Dewan Bahasa, Pelita Bahasa, Jendela Selatan (DBP), Jurnal Bahasa, Jurnal Akademik, Bingkisan (maktab), Majalah Guru Negeri Sembilan, Catan Rasa (antologi puisi), dan lain-lain.

 

Buku beliau yang berjudul Bahasa Biasa, Membiasakan Bahasa yang Betul terbitan Maktab Perguruan Perempuan Melayu menghimpunkan hasil karya beliau dalam aspek bahasa, sastera dan budaya.

 

Beliau juga merupakan penulis ruangan Munsyi Bahasa dalam Portal Pendidikan Utusan Malaysia-DBP.

 

Di samping itu beliau juga aktif membentang kertas kerja tentang penyelidikan bahasa dan pendidikan dalam pelbagai seminar serta diundang TV1 sebagai tamu untuk membicarakan Bahasa Rojak dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia.

 

 

Kandungan:

 


Sedutan:



Untuk memesan sila hubungi cikgulee@gmail.com


Dicatat pada 10:35 pm oleh cikgulee

wana
July 3, 2007   09:08 AM PDT
 
Bagus Cikgu! Teruskan usaha anda menegakkan bahasa kebangsaan kita..yang kurik kendi, yang merah saga, yang baik budi, yang indah BAHASA.
Name
September 22, 2005   07:47 PM PDT
 
selepas spm, pendidikan nak macam mana
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry