Cikgu Lee - sebelum, semasa dan selepas menjadi seorang guru
[ Home ]-[ Recent ]-[ Archive ]-[ About Me ]-[ Speaker ]-[ Toastmasters ]-[ Contact Me ]-[ FAQ ]





Nama: Lee Chye Ewe
Lahir: 1961
Tempat: Kuala Krai, Kelantan

Pelajar
SRJK(C) Yuk Chai, Kuala Krai, Kelantan (1968-1973)
SM Sultan Yahya Petra, Kuala Krai, Kelantan (1974-1979)
SM Hamzah, Machang, Kelantan (1980-1981)

Guru
SM Georgetown, Pulau Pinang (1983)
SM Perempuan Cina, Pulau Pinang (1984)
SMK Abdullah, Semporna, Sabah (1985-1988)
SMK Kuhara, Tawau, Sabah (1989-1997)




Tusyen Secara Online Terkini dan Terbaik Masakini
Custom Search



Untuk Dijual


Free counter and web stats

Lee Chye Ewe's Facebook profile


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Thursday, May 12, 2005
Tak Nak

 Perkakas makan pinang makcik saya


Seorang kawan saya yang baru sahaja kembali daripada melawat negara Jepun memberitahu saya bahawa semua tempat yang dilawatinya amat bersih. Apa yang lebih menghairankannya ialah setiap orang yang merokok mempunyai satu kotak kecil yang digunakan khas untuk mengisi habuk rokok. Mereka dilarang membuang habuk rokok, apatah lagi puntung rokok.

 

Saya merasa kagum bukan kerana orang Jepun merokok tetapi sikap bertanggungjawab mereka dalam menjaga kebersihan. Saya tidak pernah pergi ke Jepun dan tidak juga pernah melihat atau mendengar bahawa adanya orang yang boleh menjaga kebersihan sehingga membawa kotak kecil untuk diisi habuk rokok.

 

Berbanding dengan tempat kita, bukan sahaja perokok membuang puntung rokok di merata-rata tempat, habuk rokok dibiarkan berterbangan sekalipun mengotori orang lain. Asap rokok juga dihembus sewenang-wenangnya di kawasan yang dilarang merokok.

 

Memang terbukti bahawa merokok boleh mengakibatkan pelbagai penyakit terutama sekali batuk kering dan barah paru-paru. Memang terbukti juga laporan perubatan tentang bahayanya rokok terhadap kesihatan tidak dapat menghalang begitu ramai orang daripada terus merokok. Iklan rokok serta rancangan tajaan syarikat tembakau yang masih berterusan melalui media massa adalah bukti kepada sikap dingin terhadap amaran kerajaan tentang bahaya merokok.

 

Sejak masih di bangku sekolah saya telah melukis pelbagai poster kerana menyertai kempen anti merokok. Sejak pada waktu itu juga setiap kotak rokok dikehendaki meletakkan label amaran kerajaan bahawa merokok boleh membahayakan kesihatan. Sejak daripada masa itu juga cukai rokok dinaikkan hampir pada setiap tahun semasa belanjawan (kini bajet) dibentangkan. Kempen semakin banyak harga semakin tinggi, rokok terus laris dan mendapat sambutan.

 

Hakikatnya, setelah sekian banyak amaran, peringatan, nasihat, kempen dan bermacam-macam aktiviti anti merokok, hasilnya tidaklah membanggakan. Kempen anti merokok dengan “Tak Nak” yang menelan belanja beratus juta Ringgit belum juga menampakkan sebarang perubahan yang nyata di kalangan perokok. Yang nyata mereka yang terlibat dalam pembikinan iklan telah mendapat keuntungan yang besar.

 

Secara berseloroh adik saya pernah memberitahu saya sebab “Tak Nak” tidak berjaya. Poster “Tak Nak” biasanya menggambarkan sebatang rokok yang telah bengkang bengkok dan disertakan dengan tulisan “Tak Nak” yang besar-besar. Kita mengatakan “Tak Nak” kepada apa yang kita tidak mahu dan tidak suka. Dalam konteks ini, rokok yang telah rosak, tidak siapa yang mahu. Jika rokoknya masih baik, tentunya “Nak”. Jadi poster ini tidak membawa apa-apa makna langsung kepada perokok.

 

Tentunya setiap orang mempunyai tanggapan dan tafsiran yang berlainan terhadap apa yang kita lihat dan apa yang kita dengar. Betul atau tidak pandangan kita akan terbukti apabila melihat kepada keberkesanan dan kejayaan sesuatu usaha. Dalam hal ini, kempen anti merokok dirasakan telah gagal.

 

Saya masih ingat semasa kecil kedua-dua ibu dan bapa saya merokok. Bapa saya suka menghisap rokok yang digulung sendiri. Dia menggunakan tembakau yang dijemur dan dibalut dengan kertas rokok. Dengan pemetik api lamanya dia menyalakan rokok kertasnya. Dia biasanya merokok satu atau dua batang sehari apabila berehat daripada kerja di kebun sayur.

 

Ibu saya pula menggunakan rokok daun untuk membalut tembakau. Daun rokok senang dibeli pada waktu itu dan kami juga pernah memotong daun rokok kepada saiz yang diingini. Sekali sekala ibu saya juga makan pinang, daun sireh dan kapur. Semua ini memang menjadi kegemaran kaum wanita pada waktu itu. Kami juga pernah menanam daun sireh di rumah pada waktu itu.

 

Bapa saya memberitahu kami bahawa dia mula merokok ketika bekerja membersihkan hutan. Asap rokok boleh membantu menjauhkan dirinya daripada digigit nyamuk. Pada waktu itu bapa saya masih bujang. Tidak ada ubat nyamuk pada waktu itu. Asap api sama ada daripada unggun api atau rokok merupakan cara yang terbaik untuk menghalau nyamuk.

 

Apabila kami semakin besar dan berpeluang membaca akhbar tentang bahayanya merokok, bapa saya telah bertekad untuk berhenti merokok. Seingat saya dia cuma makan gula-gula beberapa hari sahaja sebagai pengganti rokok. Tidak lama selepas itu dia tidak lagi merokok. Ibu saya juga sudah lama tidak merokok. Dia sememangnya bukan seorang perokok yang serius.

 

Biarpun atas rasa ingin tahu kami pernah mencuba rokok bapa atau emak secara senyap-senyap, tidak seorangpun daripada kami 5 orang adik beradik yang mempunyai tabiat merokok. Saya sendiri tidak tahan menghidu asap rokok. Bapa kami telah membuktikan bahawa dia boleh berhenti merokok dan kesungguhan itu dijadikan sebagai bukti dia tidak mahu kami merokok.

 

Seorang kawan saya mempunyai cara yang tersendiri untuk berhenti merokok setelah merokok hampir 10 tahun. Dia mula dengan tidak membeli rokok sendiri. Dengan tidak ada rokok pada dirinya dia tidak akan merokok. Tetapi dia tidak akan menolak apabila ditawarkan rokok oleh kawan-kawan yang lain. Usahanya berjaya juga akhirnya dan tidak lagi menerima rokok daripada orang lain.

 

Seorang kawan saya yang lain pula hanya merokok pada waktu berbuka puasa. Katanya untuk memberi ganjaran kepada dirinya selepas sehari berpuasa. Dia memulakan niatnya untuk berhenti merokok sebelum bulan puasa. Dengan meletakkan sasaran dan menghadkan dirinya, lama kelamaan dia juga berjaya melepaskan tabiat merokok.

 

Ada lagi seorang kawan saya yang cuba menasihati seorang kawan yang lain supaya berhenti merokok. Selain daripada memberitahunya bahawa merokok boleh membahayakan kesihatan dia juga mengatakan bahawa merokok ibarat membakar wang. Dengan senyum kawannya bertanya balik, dengan tidak membakar wang selama ini berapa banyak wang yang telah disimpan atau berapa banyak harta yang telah terkumpul? Tersengih-sengih kawan saya tanpa jawaban.

 

Saya tidak suka merokok dan tidak akan merokok. Saya tidak tahu apakah ‘nikmat’ yang dirasai oleh seorang perokok. Di sekeliling saya ramai yang merokok. Saya tidak pernah menegur mereka. Apa yang saya lakukan apabila berhadapan dengan orang yang merokok ialah mengelakkan diri supaya tidak terhidup asapnya.

 

Saya tahu jika saya menegur mereka yang merokok, saya terpaksa menjawab pertanyaan berapa banyak harta yang telah saya simpan kerana tidak merokok. Saya tidak dapat menjawabnya. Saya tahu mereka sudah terlalu ketagih dengan rokok dan tidak akan melepaskannya dengan mudah. Kalau kempen anti merokok yang membelanjakan beratus ribu juta Ringgit tidak berjaya mengubah tabiat mereka apalah sangat dengan teguran saya.

 

Merokok sudah menjadi begitu biasa dan lumrah. Pada suatu ketika dahulu tidak ramai wanita yang merokok. Pada hari ini begitu ramai sekali kaum wanita yang merokok. Bermula daripada golongan berpendapatan rendah dan tidak berpelajaran sampailah kepada golongan profesional yang berpangkat lagi berada, ada saja wanita yang merokok. Malah di kalangan doktor juga ramai yang merokok.

 

Apa sudah jadi dengan kempen anti merokok kita? Kenapa sudah begitu lama berkempen belum lagi ada hasilnya? Apakah ia sudah menjadi satu rutin atau masih merupakan satu usaha yang gigih?

 

10 atau 20 tahun dahulu mungkin lebih mudah untuk mengawal anak-anak daripada merokok. Ibu bapa pada ketika itu lebih garang dan lebih banyak menggunakan rotan daripada nasihat. Anak yang tidak dengar cakap akan dirotannya. Dengan kaedah denda ramai di antara kita yang terselamat dan dijauhi daripada tabiat merokok.

 

Pada hari ini, masa yang dapat dihabiskan oleh ibu bapa dengan anak-anak mereka amatlah sedikit. Kadang-kadang ibu bapa tidak tahu langsung apa yang berlaku kepada anak-anak mereka. Tanpa masa yang mencukupi kawalan juga menjadi longgar. Asalkan anak-anak pandai berlakon dan berselindung, tidak siapa yang tahu tabiat merokok mereka. Tambahan pula nasihat yang diberikan jarang memberikan kesan kepada anak-anak yang tidak lagi mendengar cakap ibu bapa.

 

Merokok tidak pernah dilihat sebagai satu tabiat yang tidak baik, yang terhina atau yang kotor. Dengan imej yang dipaparkan oleh golongan lebih tua dan berjaya, ditambah pula dengan para pengiat hiburan yang menjadi ikutan muda-mudi, merokok dilihat sebagai satu simbul status, kejayaan dan berdaya tarikan. Lagipun semua contoh boleh dijadikan teladan, baik atau buruk sifatnya.

 

Dengan tanggapan demikian perokok akan merasakan tidak ada yang tidak kena pada tabiat merokok. Kalau tidak ada yang tidak kena kenapa pula sibuk-sibuk berkempen? Jadi biar apa sekalipun orang lain kata atau apa sahaja kempen yang dijalankan, perokok akan tetap dengan tabiat kesukaan mereka. Lagipun bukan dia seorang yang merokok.

 

Contoh dan teladan yang ditunjukkan oleh golongan yang lebih berkuasa dan berumur menjadikan kempen anti merokok dilihat sebagai suatu permainan. Orang yang terlibat dalam kempen anti merokok sendiri adalah perokok yang merokok tanpa henti. Bayangkan orang yang terlibat dalam kempen anti merokok masih merokok di luar dewan sebelum bermulanya satu-satu aktiviti kempen anti merokok.  Bayangkan pekerja yang memasang poster “Tak Nak” juga bersambungan rokok yang dihisap. Malah poster itu sendiri dilukis oleh seorang perokok yang kononnya mencari ilham dengan rokok.

 

Dengan sikap demikian apa bezanya kempen anti merokok dengan iklan barangan atau promosi barangan komersil? Kalau kita sendiri tidak boleh berjalan betul seperti ketam, mustahil untuk kita meminta orang lain berjalan betul. Jika kita sendiri tidak mengaggap merokok itu tidak baik, apa jua yang kita kata adalah hiasan untuk mendapatkan upah dan keuntungan semata-mata.

 

Melihat kepada kes bangkrup yang semakin bertambah di kalangan orang muda dan semakin ramai orang muda yang membunuh diri, tidak sukar untuk kita rumuskan bahawa mereka tidak menghargai nyawa dan hidup mereka. Mereka lebih mengutamakan keseronokan jangka pendek dan tidak langsung menghiraukan rancangan masa depan.

 

Dengan sikap sedemikian, kesihatan bagi mereka adalah tidak penting. Yang penting mereka berseronok terlebih dahulu. Apa yang akan jadi kemudian jadilah. Jika seseorang tidak sayang terhadap nyawa dan hidupnya sendiri, mereka tidak akan takut terhadap penyakit dan masalah kesihatan. Oleh itu amaran sebesar mana sekalipun tidak akan menakutkan mereka.

 

Kalau jalan yang kita tuju sudah terbukti buntu, barang kali adalah lebih baik bagi kita untuk menggunakan wang kempen anti merokok untuk membantu golongan yang lebih memerlukan bantuan. Dengan wang beratus juta Ringgit itu berapa banyak rumah kos rendah yang boleh disediakan? Berapa banyak pula bekalan elektrik dan air paip yang boleh disalurkan kepada penduduk di pedalaman? Biarlah mereka yang benar-benar ingin hidup diberikan bantuan dan pertolongan. Sekurang-kurangnya golongan ini tahu menghargai nyawa dan hidup mereka.

 

Kalau perokok ingin meneruskan tabiat mereka, biarlah. Cuma yang kita minta ialah janganlah menghembuskan asap kepada orang lain, hisaplah asap itu puas-puas kerana rokok semakin mahal. Janganlah merokok di kawasan yang terlarang. Nanti ada orang yang akan rimas dan pengsan. Janganlah membuang puntung rokok dan habuk rokok sesuka hati. Sekurang-kurangnya jadilah perokok yang bersih dan bertanggungjawab.

 

Jika anda seorang perokok dan jika anda merasakan kempen anti merokok itu tidak berguna, maklumkanlah kepada pihak yang menjalankan kempen supaya menyalurkan wang tersebut kepada orang lain yang benar-benar memerlukan wang tersebut. Inilah jasa anda sebagai seorang perokok.

 

“Tak Nak” kepada kempen yang membazir. “Tak Nak” kepada sikap berpura-pura. “Tak Nak” kepada kerja sia-sia.


Dicatat pada 07:17 pm oleh cikgulee

wanis
July 13, 2009   02:12 PM PDT
 
kandang mau tergelak jugak dengan kempen tak nak ni. kata si perokok" memanglah tak nak sebab rokok tu dah dipatahkan, kalau ok nak..." logik jugak tu...kan gambar rokok tu menunjukkan rokok dah tak elok sape pun tak nak
spe2 pn
January 8, 2008   04:20 PM PST
 
rokok cm apa jaa ! huh ! 2pn rmai yg isap rokok. ape r !
KLKUAN
September 1, 2007   10:08 AM PDT
 
Bersambung....

Saya mencadangkan kepada kerajaan Malaysia agar tidak membenarkan terus menjual rokok di depan kaunter kedai runcit, kedai serbaneka, restoran makanan di dalam pusat membeli-belah dan permis turut larangan di bawah umur 18 tahun amat kurang berkesan harus dikaji semula serta membuat iklan kesihatan di dalam kaca TV secara percuma serupa grafik gambar kotak rokok seperti penyakit jantung,kanser,lelah dan sebagainya kepada orang awam tentang keburukan hisap rokok dan asap rokok supaya di dalam kes kematian perokok dan bukan perokok setiap tahun akan menurunkan.

bersambung....
famie
August 2, 2007   11:17 PM PDT
 
tlng gtau tntg cara2 nk brhnti merokok
weru
July 25, 2007   11:25 AM PDT
 
2 ar...aku pun rse cam 2 gak...kerajaan nie kdang2 bodo gok,ade ke g wat kempen anti merokok,org klu doh merokok,xkn brentinye,dari abis duit wat kempen,baek wat pembngunan je,kate nk jd negara maju,tol x?
KLKUAN
July 15, 2007   11:54 PM PDT
 

( Kisah benar apa yang bukit di mata depan saya )

1 ) Saya seorang kawan berkerja di kilang besi sudah berhenti merokok sejak dua tahun lalu akibat kesakitan pada mulut apabila cuba kembali merokok.Mulutnya sakit akibat asap rokok.Akhirnya dia berjaya membuang tabiat rokok setelah disokong oleh saya.

2) Seorang pengawal keselamatan adalah perokok akibat dia tidak tahan sakit paru-paru. Menurutnya dia menghisap rokok 20 batang rokok sehari. Saya menasihat dia jumpa pegi ke Klinik berhenti merokok.Akhirnya dia berjaya mengurangkan rokok disebabkan gula gantian boleh membantunya.Namun sehingga sekarang dia harus bergantung pada ubat-ubatan.

3. Seorang jiran meninggal dunia kerana serangan penyakit jantung akibat menghisap rokok sejak sekian lama.

Perokok harus mematuhi tempat larangan merokok ( berhawa dingin ) bermakna Jangan hisap rokok kepada orang bukan merokok disekiling tempat lain.Mereka tidak suka asap rokok. Hati mereka kurang selesa bau asap rokok. Cuba bayangkan Jika awak hisap rokok di sekiling orang bukan rokok senyuman hati mereka tidak sedap bau rokok.

bersambung
my name is mukhsin
June 14, 2007   07:07 PM PDT
 
ish² xde sikap nk bantu kerajaan lgsg. ape nk jd ngn rakyat m'sia ni?
wakenabeb_wei........
April 27, 2007   02:35 PM PDT
 
2 la pasal
kononnya krgkn jumlah perokok kat malysia nie
tp krajaan sendiri yg punya angkara.....

klu gtu bek x yah ar jd pemimpin negara
klu dr sendiri pun dh x betul

klu nak kempen x nak rokok nie berjaya
kerajan kn dibubarkan
crk ja kerajaan br sebagai pemerintah
sapa tau da perubahan yg lebih positif nantikan.......
ahmad silhi
March 5, 2007   08:59 PM PST
 
o0o0o0o0o gitu rupanya aku tak lah merokok aku takut juga aku ambik la teladan dari koo
U_groundaye@yahoo.com.my
April 15, 2006   02:48 PM PDT
 
syabas inspektor shahab........
aku sokong ko, drp mghabis duit berkempen 'tak nak' 'tak nak' baik bg bantuan kat org miskin yer dak...
kerajaan skang suka berkempen ntah apa2, bg kondom & jarum free la...bengong btul !!
pastu da xde duit , naikkan harga barang, minyak, air , letrik.......
mentang2 pm & suku sakat xpyh byr suma 2....suma F.O.C depa xrs la........
skali tuhan tarik blk nikmat yg depa dapat br nak insaf kot !!
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry

Tusyen RM33/sebulan Untuk Semua Matapelajaran